Khamis, 12 Ogos 2010

kelebihan surah Al-ikhlas

> "Au zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismillahirrahmannirrahim"
>
> Tafsirannya:
> Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang
Maha
> Pemurah lagi Maha Mengasihani.
>
> Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana
dengan
> bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh
kita
> dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing
> kepanasan.Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,kemudian
bacalah
> surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad.
Lamyalid
walam
> yu-lad. walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali. Masuklah
rumah
> dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada
anggota
> rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana
malaikat
rumah
> akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib)
yang
> diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan
kubur.
> Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan
sukar
> menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat,
amalan
> daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab
salam
> malaikat itu.
>
> Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
> Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia
meninggal
> dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat
dia
dari
> kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap
mereka
> melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian
> diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby). Rasulullah SAW pernah
bertanya
> sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara kamu yang dapat
khatam
> Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya
yang
> menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya
mustahil
untuk
> mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali
mengangkat
> tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa
Saiyidina
> Ali (yang sedang kecil pada waktu itu)tidak tahu apa yang
dikatakannya
itu.
> Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah
SAW
> menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah
> Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab
Al-Quran.
Lalu
> dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran
kerana
> ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
>
> Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
> Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat
Arasy
> di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi
ialah
> 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang
sahara
> sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari
timur
> hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000
malaikat
yang
> mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai
membaca
> surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,sesungguhnya
pahala
> dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah
Al-Ikhlas
> baik ianya lelaki mahupun perempuan.
>
> Sabda Rasulullah SAW lagi:
> Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu
itu
> tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis
di
sayap
> malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap 
malaikat
> Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap
malaikat
> Israfil a.s.
>
> Nota:
> Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat,
sampaikanlah
ilmu
> ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW
'Sampaikanlah
> pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang
anak
> Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
> 1) Sedekah/amal jariahnya
> 2) Doa anak-anaknya yang soleh
> 3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
>
> ~Wallahualam
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!