ALLAH SWT. Telah mengurniakan kenikmatan yang sangat besar kepada
seluruh
hambanya iaitu dengat memerintahkan suatu amalan yang dapat digunakan
untuk
menolak tipu daya syaitan, untuk menghampakan angan-angannya dan untuk
mematahkan segala serangan busuknya. Amalan itu adalah ibadah puasa?
Itulah amalan yang merupakan benteng bagi sekalian kekasih ALLAH SWT.
Rasulullah saw. Bersabda :
"Puasa adalah separuh kesabaran." (HR. Tarmizi & Ibn Majah)
Firman ALLAH : " Bahawasanya orang-orang yang sabar itulah yang
mendapat
pahala tanpa ada hitunganya." ( Az-Zumar :10 )
Dari keterangan ayat di atas, jelaslah bahawa ibadah puasa itu melebihi
dari batas perkiraan atau hitungan.
Untuk mengukuhkan lagi keterangan di atas kita perhatikan pula hadis
Rasulullah saw :
" Demi Zat yang jiwaku dalam kekuasaan-Nya, sesungguhnya bau busuk pada
mulut orang yang berpuasa itu disisi ALLAH adalah lebih harum dari
minyak
kasturi. ALLAH berfirman : " Bahawasanya orang itu suka meningalkan
syawatnya, makanan serta minumannya untuk beribadah kepada-Ku. Maka
puasanya itu adalah kerana Aku dan Aku sendiri yang akan memberikan
balasanya." ( Bukhari & Muslim )
ALLAH juga menjanjikan kepada orang yang berpuasa, bahawa
mereka
akan dapat bertemu dengan ALLAH, sebagai balasan dari puasa yang
dikerjakanya itu, sebagaimana sabda Rasulullah saw. :
"Ada dua macam kegembiraan bagi orang yang berpuasa, satu macam
kegembiraan
ialah ketika ia akan berbuka dan yang satunya lagi ialah ketika ia
bertemu
dengan Tuhannya." ( HR.Bukhari & Muslim )
Firman ALLAH yang maksudnya :
" Seorangpun tidak dapat mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka
iaitu ( bermacam-macam kenikmatan ) yang menyedapkan pandangan mata
sebagai
balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan." ( As-Sajadah :17)
Para ulama berpendapat, bahawa yang dimaksud oleh ayat diatas ialah
orang-orang yang mengamalkan ibadah puasa. Jadi bagi orang yang
berpuasa
itu pahalanya berlipat ganda sehingga tidak dapat dihitung. Justeru itu
tidak dapat dikira atau dibayangkan tentang besarnya pahalanya, kerana
ibadah puasa itu memang di khaskan untuk ALLAH. Adapun penyebabnya,
maka
puasa mendapat keistimewaan sebagaimana yang dijelaskan adalah :
1. Ibadah puasa adalah merupakan ibadah
pengekangan diri dan rahsianya hanya diri sendiri yang
mengetahuinya. Ia bukanlah suatu ibadah yang dapat dilihat,
sebagaimana ibadah-ibadah lainnya. Disamping diri sendiri,
hanya
ALLAH sahaja yang mengetahuinya, kerana puasa itu adalah
amalan
batin yang menuntut kesabaran yang sangat tinggi.
2. Ibadah puasa adalah merupakan senjata
untuk
melawan musuh ALLAH Azzawa jalla. Kerana sebagai jambatan bagi
siasatan untuk mengoda manusia melalui nafsu syahwat,
sedangkan
nafsu syawat itu berpangkal dari makanan dan minuman . Jadi
usaha
untuk melawan musuh ALLAh, adalah sebagai salah satu jalan
untuk
menegakkan agama. Datangnya pertolongan ALLAH itupun
bergantung
kepada pengabdian manusia kepada-Nya,
sebagaimana firman ALLAH maksudnya :
" Apabila kamu menolong ALLAH ( menolong memajukan agama ALLAH), maka
ALLAH
juga akan menolong kamu dan mengukuhkan kakimu (kedudukanmu)."
(Muhammad : 7 )
Dari keterangan di atas, maka jelaslah oleh kita bahawa puasa adalah
merupakan pintu ibadah serta dapat dijadikan benteng. Kerana sangat
besarnya keistimewaan dan keutamaan dari ibadah ini, sehingga mencapai
tingkatan yang setinggi-tingginya, maka sangatlah perlu untuk diketahui
apa-apa sahaja syarat-syarat lahiriah dan batiniah dari ibadah
tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan