Selasa, 3 Ogos 2010

TAKKAN KU MAAF KAN DIRI INI....

> > > TAKKAN KU MAAF KAN DIRI INI....
> > >
> > > Usia  ayah  menjangkau  70  tahun,  namun  tubuhnya  masih  kuat.
> > >Dia mampu menunggang  basikal  ke  kedai  yang  jauhnya lebih kurang 2
> > >kilometer bagi membeli   keperluan   harian.   Sejak  kematian  ibu  6  tahun 
> > >lalu, ayah bersendirian di kampung. Lantaran itu, kami adik-beradik -5 orang semuanya-
> > >bergilir-gilir menjenguknya.

> > > Kami  semua  sudah  berkeluarga,  tinggal pula jauh dari kampung halaman
> > > di Teluk  Intan. Sebagai anak lelaki sulung, saya mengambil
> > > tanggungjawab yang lebih.  Selain itu, kami adik-beradik sering menelefon ayah
> > > bertanya khabar dan  sebagainya.  Setiap  kali saya menjenguknya, setiap kali
> > > itulah isteri saya mempelawa dia tinggal bersama kami di Kuala Lumpur.

> > > "Tak  apalah,  lain kali aja...!" jawab ayah. Puas 2 anak saya merayu-rayu,
> > > ayah  tetap bertegas. Itu jugalah jawapan ayah kalau Kak Long
> > > mempelawanya, Kak   Ngah   mendesak   ataupun  adik-beradik  saya  yang  lain
> > > merayunya. Bagaimanapun  sesekali  ayah  mengalah.  Namun  sehari  2  berada 
> > > dirumah
> > > anak-anaknya, dia minta dihantar balik. Ada-ada saja alasannya.

> > > Suatu  hari  Januari  lalu,  ayah  mengikut saya ke Kuala Lumpur.
> > > Kebetulan sekolah masih bercuti, seronoklah anak-anak saya bermain dan
> > > bergurau senda dengan  atuk  mereka.  Masuk  hari  ketiga,  dia  merayu nak
> > > balik kampung. Seperti  biasalah,  ada-ada  saja alasan tak logik yang
> > > diberikannya."Saya sibuk  ayah, tak boleh nak ambil cuti. Tunggulah sikit lagi,
> > > ataupun hujung minggu  ni saya hantar ayah," balas saya. Anak-anak saya turut
> > > memujuk atuk mereka.  "Tak  apalah  kalau  kamu  sibuk  sangat,  belikan  ayah 
> > > tiket di Puduraya,  biar  ayah  naik  bas,"  katanya  membuat saya
> > > bertambah kecewa. Memang ayah pernah berkali-kali naik bas pulang ke kampung sendirian.

> > > "Tak usahlah..." kata saya memujuk dan merayu selepas makan malam
> > > itu. Ayah diam  terus  masuk ke bilik bersama cucu-cucunya. Bagaimanapun
> > > esok paginya ketika  saya bersiap untuk ke pejabat, ayah sekali lagi berpesan
> > > minta saya belikan  tiket  bas  di  Puduraya.  "Ayah  ni, tak faham ke, saya
> > > ni sibuk, sibuuuukkkk!!!" balas saya terus keluar menghidupkan enjin
> > > kereta.

> > > Saya  tinggalkan  ayah  terkontang-kanting di muka pintu. Sedih
> > > saya tengok mukanya.  Di  dalam  kereta,  isteri  saya  memujuk. "Buat apa
> > > kasar sangat dengan ayah ? Cakaplah elok-elok! Kesian dia...!" Saya terus
> > > membisu.

> > > Sebelum  isteri  saya  turun kereta sebaik tiba di pejabatnya,
> > > dia berpesan agar  saya  penuhi  permintaan  ayah.  "Jangan  lupa bang,
> > > belikanlah tiket ayah,"  katanya  ringkas.  Di  pejabat  saya  termenung  panjang.
> > > Lalu saya meminta  cuti  kecemasan,  terus ke Puduraya membeli tiket
> > > Transnasional ke Teluk Intan.

> > > Pukul  11.00 pagi saya sampai ke rumah, terus beritahu ayah
> > > supaya bersiap.
> > > "Bas  bergerak  pukul  2.00," kata saya ringkas. Saya mengaku
> > > bersikap agak kasar  ketika  itu kerana didorong rasa marah dengan sikap degil
> > > ayah. Ayah tanpa banyak kerenah bersiap.

> > > Dia  masukkan  baju dan kain ke dalam beg sandang. Lebih kurang
> > > pukul 12.30 saya bergerak ke Puduraya. Dalam perjalanan lebih kurang 1 jam
> > > itu,sepatah pun  saya  tidak  bersuara. Selalunya saya dan ayah akan
> > > bersembang panjang setiap kali naik kereta bersama. Ada-ada saja yang kami bualkan.

> > > Hari  tu  ayah  tahu saya marahkannya. Dia pun enggan menyapa saya.
> > > Tiba di Puduraya,  saya  terus  menghantar  ayah  ke  tingkat bawah
> > > stesen bas itu.
> > > Selalunya  saya akan membimbing lengan ayah tapi hari itu saya
> > > biarkan ayah turun sendiri, cuma saya perhatikan agar langkahnya tidak
> > > terganggu.

> > > Setelah  saya  pastikan  nombor  tempat duduk ayah, saya bersalam
> > > dan terus turun dari bas. Ayah langsung tidak memandang saya sebaliknya dia
> > > memandang ke  luar  tingkap.  Ayah merenung jauh. Tepat pukul 2.00 bas
> > > bergerak. Saya
> > > pandang  ayah tapi dia masih melemparkan pandangan ke luar
> > > tingkap mengelak daripada  memandang  saya.  Setelah  bas bergerak jauh, saya
> > > menaiki tangga menuju  ke  kereta. Semasa melalui gerai-gerai di hentian paling
> > > sesak itu, saya terpandang susunan kek pisang di atas meja. Langkah saya
> > > terhenti.

> > > Berdesup  fikiran  teringatkan  ayah  kerana  dia cukup suka
> > > makan kek itu.
> > > Pernah  2-3  kali kalau dia menaiki bas pulang ke kampung, dia
> > > akan meminta saya belikan makanan kegemarannya. Tapi hari itu ayah tidak minta
> > > apa-apa.

> > > Saya  terus  memandu  pulang.  Tiba  di  rumah, fikiran rasa
> > > tidak menentu.
> > > Ingatkan  kerja  di  pejabat,  ayah  yang  dalam perjalanan dan
> > > isteri yang berada  di  tempat  kerjanya. Malam itu sekali lagi saya
> > > meneruskan keegoan saya  apabila  isteri  meminta  saya menelefon ayah di kampung
> > > seperti yang saya  lakukan  setiap kali ayah pulang dengan bas. Malam
> > > berikutnya, isteri bertanya  lagi sudahkah saya hubungi ayah. "Takkan tak
> > > sampai-sampai lagi,"
> > > jawab  saya  meninggikan  suara.  Dinihari  itu,  saya  menerima
> > > panggilan telefon dari Hospital Teluk Intan.

> > > "Pak Long dah tak ada..." kata sepupu saya di hujung talian. "Dia
> > > meninggal 5  minit  tadi  selepas mengadu sesak nafas Maghrib semalam."
> > > Terlalu sebak dia  hendak  meneruskan  kata-kata, selain meminta saya pulang
> > > segera. Saya terjelepok  di  lantai.  Gagang  masih  di  tangan.  Isteri
> > > datang menerpa.
> > > "Kenapa   bang?"   Saya  hanya  menggeleng-geleng,  agak  lama 
> > > baru mampu memberitahu  "Ayah  dah  tak ada!" Tiba di kampung sayalah yang
> > > paling hiba sekali.  Tidak berhenti-henti menangis berbanding kakak dan
> > > adik-adik saya.
> > > Barulah  saya  sedar  betapa  berharganya seorang ayah dalam
> > > hidup ini.
> > > Kek pisang,  kata-kata  saya  pada  ayah,  sikapnya  semasa  saya  di
> > > Puduraya, kata-kata isteri membeli tiket silih berganti menyerbu fikiran.

> > > Hanya  Tuhan  yang  tahu  betapa luluhnya hati saya apabila
> > > teringatkan itu semua.  Saya  amat  terasa  kehilangan ayah yang pernah menjadi
> > > tempat saya meluahkan  rasa,  seorang  rakan yang sering bersimpati dan ayah
> > > yang cukup mengerti  perasaan  seorang  anak. Kenapalah saya tidak dapat
> > > membaca gerak rasa  seorang  tua yang merindui belaian kasih sayang daripada
> > > seorang anak yang akan ditinggalkan buat selama-lamanya.

> > > Kini  telah  5 tahun berlalu. Setiap kali pulang ke kampung, hati
> > > saya bagai dirobek-robek apabila memandang nisan di atas pusara ayah. Saya
> > > tidak dapat menahan  air  mata  apabila  terkenangkan  semula  peristiwa pada
> > > hari-hari terakhir  saya  bersamanya.  Saya  merasa  amat  bersalah  dan 
> > > tidak akan memaafkan  diri  ini.  Benarlah  kata  orang, kalau hendak
> > > berbakti biarlah semasa ayah dan ibu masih ada. Apabila sudah tiada, menangis air
> > > mata
> > > darah sekalipun tidak bererti lagi.
> > >
> > > Kepada  pembaca  yang  masih  ada ayah,jagalah perasaan seorang
> > > tua.
> > > Kasihi
> > > mereka sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil dulu.
> > >
> > > RENUNGKANLAH.......
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!