Khamis, 12 Ogos 2010

RENUNGKAN SEKETIKA

Orang yang sombong adalah  orang yang diberi penghidupan tapi tidak
mahu sujud pada yang  menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin,
Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit
pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong  diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui
ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita-cerita kebaikan namun merasa  tidak
ada
apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dungu kepala otaknya?
Orang yang dungu  kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan
ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan
kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat?
Orang yang kuat adalah orang  yang dapat menahan kemarahannya ketika ia
di
dalam kemarahan.

Siapakah orang yang lemah?
Orang yang lemah  adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan
matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan
kemungkaran
itu.

Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang bakhil  lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk
membaca  selawat keatas junjungan Rasulullah S.A.W.

Siapakah orang yang  buta?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan  meneliti akan
kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil  pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli?
Orang yang tuli adalah orang yang diberi nasihat dan pengajaran yang
baik
namun tidak diendahkannya.

Siapakah orang  yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil  berat akan waktu
solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan  seperti kerajaan Nabi
Sulaiman
a.s.

Siapakah orang yang manis  senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah  orang yang ditimpa
musibah
lalu dia kata "Inna lillahi  wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku  redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir
senyuman.

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
Orang  yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang
bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan
dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang  yang bersyukur dengan apa yang ada dan
tidak
lupa akan  kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang  miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat  yang ada
sentiasa
menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang pandai?
Orang yang pandai adalah  orang yang bersiap siap untuk hari
kematiannya
kerana dunia ini  berusia pendek sedang akhirat kekal abadi

Siapakah orang yang  bodoh?
Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha  sekuat tenaga
untuk
dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang  yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa
mempertingkat ilmu agamanya.

Siapakah orang-orang yang  mundur hidupnya?
Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang  yang tidak memperdulikan
akan halal dan haramnya akan  sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu?
Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua
syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan
sembahyang,
pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak  siuman akalnya.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun
masih
berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang yang  selalu ditipu adalah orang muda yang menyangka bahawa
kematian
itu berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yang  paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang  mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah  yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas  adalah orang yang mati
membawa
amal-amal kebaikan di mana  kuburnya akan diperluaskan saujana mata
memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak
membawa
amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang  mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga
kelak
kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa
neraka.

Siapakah org yg bijak?
Orang yg bijak ialah org yg tidak membiar atau membuang email ini
begitu
sahaja, malah dia akan menyampaikan pula pada org lain.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!