Sabtu, 7 Ogos 2010

SYAITAN YG MEMBANTU ORANG BUTA

Assalammuallaikum,

Buat renungan bersama.

Kisah ini , tak pasti semasa zaman Nabi s.a.w atau para sahabat.

Ada seorang buta yang rajin solat berjemaah di masjid . Ada tali yang
dibuat untuk menghubungkan rumahnya dan masjid. Antara rumah dan masjid
ada satu lubang yang berair.

Suatu hari, dia terjatuh ke dalam lubang tersebut dan beliau berpatah
balik,untuk salin baju yang bersih. Kali kedua, dia terjatuh lagi dan balik
semula untuk bersalin baju. Kali ketiga, dia rasa nak terjatuh lagi
tetapi tiba-tiba ada orang yang menyambut untuk menahannya dari jatuh dan
memimpinnya hingga sampai ke masjid. Beliau bertanya kepada orang
tersebut,siapakah dia. Orang
itu menjawab Aku adalah syaitan.?Orang buta itu terkejut lalu bertanya,
kenapa dia menolongnya dari jatuh ke dalam lubang tersebut. Syaitan
menjawab , Aku menolong sebab aku takut dosa orang-orang Islam lain
terampun. Ini kerana semasa engkau terjatuh kali pertama, dosamu Allah
ampunkan, semasa engkau jatuh kali kedua, seluruh dosa ahli keluargamu
diampunkan, dan jika aku biarkan engkau jatuh kali ketiga maka seluruh
dosa
umat Islam akan terampun. Sebab itu aku menolongmu.?

Lihatlah dan fikirkanlah betapa besarnya pahala orang yang melangkah ke
masjid atau surau, itu belum ditambah dengan pahala mengerjakan solat
berjemaah. Orang yang butapun sanggup bersusah payah untuk solat
berjemaah di masjid, inikan pula kita yang sihat walafiat tanpa ada sebarang
halangan kecuali halangan nafsu yang sering memujuk kita untuk terus malas dalam
menambah pahala untuk bekalan ke akhirat, kehidupan yang lebih kekal....

Dari Abdullah bin 'Amr r.a, Rasulullah saw bersabda :
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat."

Muhasabahlah diri sendiri (yakni diri saya) sebelum muhasabah diri
orang lain.

Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah swt. Apa yang salah
dan
silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

Wassalam,
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!