Sebelum aku membebel dengan lebih panjang kita bermula dengan sesi soal jawab dulu hehehehe. Ok banyak pertanyaan yg aku terima dari kawan2 dan orang yg tak berapa aku nak kenal hehehe, dan banyak sangat soalan yg sengal hehehe seperti biasa dari kawan2 aku yg nak berlawak tetapi dalam banyak2 tu ade jugak yg boleh diterima oleh pemikiran yg logikstik hahaha. Dari seseorang yg bertanyakan soalan ini kepada aku "cam mane nk control wanita" haaaa pelik sikit lah, kenapa tanya kat aku macam ni??? hahaha aku sendiri pun loser dalam bab ni.
hehehe soalan yg mantap sampai aku sendiri pun tak boleh nak menjawabnya huhuhuhu sory naik lori ok bro aku tak leh nak jawab soalan kau ni. Kau tanye kat orang lain lah ek, ok pada sesiapa yg mula nak salah faham tu "control" yg dimaksudkan adalah bukan memerintah tetapi kawalan, mamat ni bukan bermaksud nak jadi raja untuk memerintah, yaaaa aku lah raja dan kau kena patuh segala perintah aku waahahahaa yaaa bukan bermaksud bergitu ok, cuma kadang2 awek atau bini ni diluar kawalan lelaki atau lelaki itu tak boleh atau sempat nak mengawal segala hal wanita itu. Kalau awek tu tak bermasalah sebab apa susah bro cari lain huhuhu tapi bila bini tu memang agak susah lah pandai2 lah fikirkan cara. Haaa kalau yg dah ade anak tu dan anak anda pun susah untuk di kawal atau bertindak di luar kawalan anda huhhu aku ade satu movie berkaitan budak2 bermasalah ni kalau korang nak boleh mintak kat aku sesuai untuk totonan umum dan bolehlah bagi anak anda tengok huhuhu, pandai je aku tulis kan hahaha macam lah aku ni dah kawin dan ade anak hikhikhik, aku tengok jugak anak2 orang lain yg disekeliling aku ni dari situ aku cuba menghayatinya huhuhu.
Sekarang aku pulak nak bercerita tamat sudah sesi soaljawab. Aku yg semakin sebek huhuhu eerrkkk pada yg tak faham ape itu sebek hehehe "sebek" ini bermaksud kalau dalam bahasa kelantan sesuatu yg tak terusik contoh korang beli sesuatu barang dan bila balik rumah korang letak barang tu kat sesuatu tempat dalam rumah korang dan korang tak pernah gunakan barang tu pun, biar je kat situ hehehe. Ok bukan aku nak bagi tahu tentang pembaziran membeli barang yg tak digunakan ni, ni pasal badan aku yg semakin kehilangan kekuatan (stamina) hukhukhuk, dulu aku ni biasa pergi bersenam kat GYM tapi dah lama aku tak menjejakan kaki kat situ dah huhuhu dan sekarang makin tiada langsung masa untuk pergi kat situ. Dulu setakat berat 120kg tu selamba je aku angkat huhuhu tapi sekarang adooiii berat 40kg pun dah terkial-kial waaaaaaaaaa ='(. Oleh kerna tiada masa untuk pergi kat gym dan aku perlu meningkatkan kembali stamina aku ni aku mula bersenam secara kecil-kecilan kat rumah je huhuhu ade lah aku beli alatan besi berat ni "dumbeel" yaaaa aku perlu untuk kuat semula untuk menguruskan mak aku. Mak aku ni ade masalah buah pingang jadi gula dalam darah dia tu tak menentu dan kebiasanya menjadi letih dan aku perlu mengangkat dia untuk ke bilik air dan sebagainya.
Teringat mase hari pertama aku pergi gym, ade ke abang tu suh aku angkat sampai 240kg perrhhh gila ding dong lah. Mana lah aku daya nak angkat sampai berat yg macam tu, dia tak apa lah dah 3 tahun, hari-hari duk main kat gym ni huhuhu mampus lah aku nak kena ikut cara dia sedangkan aku baru je kali ni jejak kaki kat sini. Sebelum aku mengundurkan diri aku nak pesan sikit pada sesiapa yg baru nak mula berjinak-jinak dengan gym ni baik korang ade perlatih atau seseorang yg dah mahir untuk membimbing korang semasa di gym jangan buat ikut suka je bahaya sebab kemungkinan besar korang boleh mendapat kecederaan. Ok sampai sini dulu coretan aku untuk kali ni.. papai...
P/S= kesuntukan masa tak dapat aku membebel panjang huhuhuhu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan