Surat memohon kerja

 
Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar
25 Jalan 3/4
Taman Bukit Indah
...68000 Ampang
Selangor.
(Rumah pakcik saya)
Malaysia Airlines System
12 mei 2004
Tuan,
Memohon Pekerjaan di Malaysia Airlines System.
Sehubungan  dengan perkara diatas, saya Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar no k/p  831021-10-**** mahu memohon untuk bekerja disyarikat tuan dalam bidang  teknikal. Ini kerana saya sangat berminat & bersungguh2 sampai tak  boleh tido malam mengingatkan pekerjaan dalam dalam bidang ini. Walaupun  begitu saye mengaku sebab saye mintak kerja disini kerana saya juga  adalah seorang petani anggur. Disebabkan begitu pihak tuan kenalah ambil  saya bekerja disini. Pihak tuan perlu tahu juga bahawasanya bapa saya  iaitu ABD GHAFAR adalah seorang ahli KWSP.
Jika pihak tuan tidak  mengambil saya bekerja saya serta merta akan menyuruh bapa saya  membekukan pengeluaran KWSP pihak tuan masa tua nanti. Jika pihak tuan  tak nak susah baiklah ambil saya bekerja disini. Itu saja keotaian saya.
2.  Untuk pengetahuan pihak tuan, disini saya akan tampilkan kelayakan  akademik dan pengalaman kerja saya sebelum ini kepada tuan.
3.Akademik. Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional 1999-2000
Matapelajaran :(gred)
Bahasa Malaysia 6D
Bahasa Inggeris 6D
Sains. 7E
Matematik 6D
Pendidikan Islam 5C
Sejarah 7E
Lukisan geometri 7E
Teknologi air-condition 6D
Kerja bengkel 3B
Sijil  Kemahiran Malaysia 2001-2002 (MLVK). Sijil Kejuruteraan Automotive  (Tahap 1&2) dari Institut Latihan Perindustrian Kementerian Sumber  Manusia Malaysia.
4. Pengalaman kerja. Pembantu mekanik kereta di Yusuf Workshop, Ipoh, Perak. 
Pembantu mekanik kereta di Dunlop Servitekar di Leboh Ampang, Kuala Lumpur (kedai gemok)
p/s (alignment kat situ tipu). 
Staff pejabat di Gesundheit Worldwide di Semabok, Melaka.(pusat serenti)
5.  Hanya ini sahaja dapat saya tampilkan kepada pihak tuan. Diharap dengan  kelayakan yang saya ada, permohonan saya untuk bekerja disyarikat tuan  dapat dipertimbangkan oleh tuan. Dan saya berasa gembira & seronok  & akan belanja satu MAS makan sekiranya diterima bekerja di syarikat  tuan dan saya berjanji akan bekerja dengan bersungguh-sungguh disamping  bangun awal dan datang kerja awal. Saya tak tipu nie. Walaupun saya  pernah ponteng skolah dan ditangkap beberapa kali saya akan insaf juga  jika saya dapat kerja ini. Saya tidak akan hisap ganja lagi jikalau saya  dapat kerja disini. Sekiranya saya didapati bersalah dalam apa2 juga  kesalahan pihak tuan tidak boleh ambil tindakan yg kuat disamping  menjentik jari saya sahaja. Untuk makluman tuan saya sangat kurus  jikalau dirotan sekali tulang2 saya akan bersepai dan pihak tuan akan  mendapat susah yang amat sangat. Saya juga berjanji tidak akan mencuri  skru2 nat2 yg lawa2.jika saya nak mencuri saya akan ambil sahaja dan  masuk dalam poket seluar itu tidak dikira mencuri. Saya pun dah penat  menulis segala nya bermula & berakhir dgn baik. Jika pihak tuan  tidak mengambil saya bekerja hidup pihak tuan akan berakhir dengan  bacaan yasin. Sekian terima kasih.
Sekian, terima kasih
Yang benar,
(Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar)
25 Jalan ¾
Taman Bukit Indah
68000 Ampang
Selangor
 
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan