Isnin, 3 Januari 2011

Misi 2011

Adakah kau perduli?? OK masih dalam masalah keluarga. Aku pun tak tahu dah kenapa dengan keluarga aku ni. Aku dah bosan dengan semua ini, berhentilah kau dari menjadi orang bodoh yg nak berlagak pandai. Kau hanya tau bising je tapi lansung tak membantu apa2. Kau hanya dengan dunia kau saja tak perduli pun dengan orang lain (keluarga) cuma bila kau ade masalah je baru kau nampak keluarga dan minta tolong tapi kalau tak ada masalah kau buta keluarga.
Apa yg kau tahu hanya bising, memarahi dan mengarah tapi langsung tak membantu. Aku yg selama ini tangung segala tangungjawab kau tu, bagi kau tangungjawab tu hanya bebanan pada kau dan kau cukup menyampah tidak suka jadi kau lontarkan pada aku untuk menangungnya. Kau ingat dengan hanya berkata-kata boleh terlaksanakan sesuatu ke?? tanpa usaha atau perbuatan?? cuba kau berkata pada kereta tu boleh tak sampai kat mana kau ingin pergi?? kau cuma masuk dan tanpa buat apa2 kau hanya kata je kat kereta tu yg kau nak pergi ke suatu tempat..... sampai kau mampus pun tak sampai betul tak?? kereta tu pun tak bergerak seinci pun.
Cukup lah berlaga pandai tu... tak payah lah kau nak menutup kebodohan kau tu, aku dah bosan dengan semua ini. Sampai bila kau nak sebergini? sedarlah sebelum terlambat kau tu makin tua dan mati ni tak kira tua atau muda bila2 masa je tapi sebelum tu apa kata kau berbakti dulu dan laksanakan apa yg pernah kau cakap pada orang. Aku tahu yg kau bagi tahu orang macam2 kau buat itu lah buat ini lah semuanya kau buat tapi orang tak tahu apa yg kau kata tu hanyalah dongengan sahaja hanya fantasi bukan realiti. Semua orang yg dengar temberang kau tu percaya sebab apa yg kau kata itu memang berlaku tapi siapa yg melakukannya??? aku yg melakukan semua itu kau hanya mendapat nama dan pandangan baik dari orang sebab orang tak nampak aku yg melakukan itu.
Kau berselindung dari perbuatan aku jadi hentikanlah perbuatan sengal kau tu. Pandai kau temberang orang, kau tak bosan ke hidup sebergitu?? Pernah tak kau fikir kalau aku mati sapa nak melakukan semua ini??? oohhhh aku tahu dah tindakan yg akan berlaku.... kau akan campak je tangungjawab tu kat mana2 jauh dari kau kan. Bagus.. kau memang bagus kau memang insan yg mulia tapi seperti mana yg aku cakap sebentar tadi yg kau ni buta. Kau tak nampak perbalasan yg kau akan terima di akhirat kelak. Aku bukan minta apa2 pun cuma aku nak kau sekadar membantu walaupun sedikit je untuk melaksanakan tangungjawab "kita" sebagai anak!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!