Jumaat, 14 Januari 2011

Aku kah Aku kah kah

Huurrmmmmm tak ada apa yg aku nak coretkan kali ini, cuma aku nak bagi tahu yg aku sedang dalam keadaan yg tak tahu macam mana aku nak kata hahahaha. Aku sedang merindui dan marah pada dia ni.... GGRRRRRRR marah betul2 ni bukan cobaan. Bila aku marah aku suka ingin lupakan perkara yg membuatkan aku marah tu, dan pernah trjadi satu kes dimana orang tu terlampau membuatkan aku marah sampai aku bukan sahaja melupakan perkara yg dia wat tu tapi sampai ke dia aku pun lupa hehehe bahayekan (mber sekolah aku dulu). Jadi aku tak tahu cam ne aku nak gambarkan situasi aku ni hahahaha. Yang aku tahu aku dah letih dan bosan dalam situasi macam ni, bukan bosan kat dia tapi bosan mengharungi keadaan macam ni. Kat rumah pun macam ni aku terima situasi ni dengan dia pun dia nak wat aku dalam situasi yg sama tapi bila dengan kawan2 je baru aku lapang sikit sebab diaorg tak buatkan aku duk dalam situasi cam tu. Ok aku nak cerotkan sedikit tentang kawan2 ni... cuba korang renungkan sedikit dan imbas kembali bila korang bersama kawan2 korang pernah tak ada peristiwa yg macam apa aku nak cakap ni. Kawan2 lebih peka pada anda, contoh bila dia tanye atau cakap tentang sesuatu pekara tu bila korang jawab atau kata dengan satu ayat ringkas contoh cam ayat aku "aku haram pelik dah dgn tu" dan kawan korang terus diam dan berubah ke topik lain. Haaaaa pernah tak korang dapat situasi cam ni??? itu menunjukan yg kawan korang lebih peka pada korang sebab dia tahu yg korang tak nak berbicara tentang hal tu. Ini pada kawan2 lelaki lah kalau orang perempuan tu aku tak tahu, dan bila dia dah sedia nak cerita pasal tu baru dia cerita tanpa disuruh pun. Kebiasaanya kalau bab peribadi ni jarang sangat orang laki nak cerita pada orang lain dan bila kalau dia cerita itu pertanda dia mahukan pendapat dan korang harus terliti bila mendengar hehehehe. Dan pada orang yg tertentu aje dia akan beritahu iaitu pada orang yg dia rasa boleh membantu walaupun sedikit.
Semakin tua semakin banyak masalah hahaha, aku dah pening dah, macam2 hal yg berlaku setiap hari dan macam2 dugaan yg aku terima. Ok aku ade membaca blog seorang minah ni (hehehe suka suki tok aki aku je cakap dia cam tu hehehe sowi ek pada tuan punya blog) tentang anak yg keberapa hehehe mungkin dia mengkaji kot tapi kalau aku terlibat dalam apa yg dia tulis tu memang best tapi apa yg anda tulis tu hanya 10% je betul pada keluarga aku sobsob waaaaaa mungkin pada keluarga orang lain betul 100%, dan best je aku rasa kalau keluarga aku cam tu. Korang nak tahu tak blog sape yg aku katakan ini??? hehehe biarlah rahsia hehehe. Aku memang tak ska membaca huhuhuhu dan semua kawan2 aku tahu kalau yg tulis panjang2 tu lagi lah aku tak minat membaca. Teringat pada peristiwa masa sekolah dulu kawan aku cakap macam ni kat aku "Ammboii cepat tul ko baca surat ni" hahaha surat yg ditulis lebih 500 patah perkataan aku baca dalam 5 saat je, aku hanya baca sekali imbas dan pada perengan kedua atau pertama aje aku dah tau apa isi kandungan surat tu yg nak disampaikan, punyalah aku malas membaca dan aku tahu kebiasanya isi penting surat ni ada kat mula2 atau bahagian tengan surat aje yg lain tu diapunya bunga2 aje. Dan macam mana aku boleh membaca blog orang ni?? sedangkan blog aku sendiri pun aku tak baca hanya tahu tulis je hahahaha. Ok kat sini aku terangkan, banyak sangat blog kawan2 aku yg hampeh ciiittt podah cam sihaka blog korang tulis pendek2 dah laa pendek hampeh lak tu tak menarik langsung hahaha. Aku hanya suka membaca blog yg ade menda2 lawak kat situ dan blog yg mempunyai cara penulisan yg menarik... cara korang susun ayat, cara korang buat ayat tu menarik walaupun apa yg diceritakan tak menarik. Walaupun tak menarik cerita korang tu tapi aku tetap membaca walaupun korang tulis panjang2 oleh disebabkan ayat korang buat tu menarik untuk di baca hehehe. Cantik menarik tertarik kau lah teh tarik hahahah.
Ok yg last ni aku nak cerita pasal kajian aku lak hehehe, aku memang suka tengok gelagat orang, kalau aku duk makan kat cafe atau duk kat bangku yg tempat ramai orang aku suka memerhati gelagat dan kerenah orang hehehe. Kat sini sebar sedikit pasal hasil kajian aku betul ke salah aku tak tahu korang yg tentukanya ok. Adakah korang terlibat dalam golongan ini??
  1. Ingin orang gembirakan korang..... pernah tak korang gembirakan orang lain??
  2. Hanya tahu cakap....  duk huuuhaa huuuhaaa bagai nak rak tapi tak ada sebarang tindakan pun yg diambil 
  3. Paku dulang paku serpih..... wat status atau kata pada orang tu suka kutuk2 orang tah apa2 je perangai cam tak ada otak tapi sebernanya korang pun sama seperti orang tu hehehe yelah korang bg tau org lain kutuk2 dia jugak kan hahha
  4. Ingin orang lain mudahkan hidup korang....... pernahkah korang mudahkan hidup orang lain??
  5. Pentingkan diri..... ok yg ni aku no komen sebab ade baik dan buruk tentang hal ni tapi kebiasanya dari segi buruk yg orang lakukan
  6. Perlakon terhebat.... yaaaa yg ni aku percaya terlampau ramai dalam dunia ni, suka berlakon menjadi orang lain dari menjadi diri sendiri
  7. Selamber yoolah... yg ni tak ramai hehehe aku termasuk dalam golongan ni, sebab apa tak ramai sebab ramai yg malu dan tak mahco lah jd golongan ni
  8. Menyusahkan.... haaaa yg ni pun aku tak boleh komen sentetif hehehehe
  9. Pak lawak..... aku lagi hehehe hidup kena ceria walaupun hati berduka eeewah
  10. Perasan.... yaaaa aku jamin ramai kan terlampau ramai hehehe
Ok sampai sini dulu, coretan kali ni, cuba fikir dan renungkan apa yg aku tulis kat atas ni. Kita manusia sentiasa membuat kesalahan tapi bila selalu nak salahkan orang lain tu eeerrrrrrmmmm lu pikir lah sendiri. AKU YG BERSALAH.... hehehe


P/S= Mungkin aku bukan yg terbaik tapi aku lebih baik dari yg lain (^-^)
motivasikan diri anda hikhik

MEMO= Ok sampai kt "cobaan" tu je pasal sidia, yg bawah tu sidia tiada kaitan langsung, aku sekadar cerita pasal masa sekolah lepas tu pasal kawan2 korang jgn makan kawan dan tentang lelaki sedikit lepas tu pasal aku tak suka membaca dan lepas tu pasal kajian aku setelah melihat orang ramai... sekian (mampus aku nak tulis cam ni kat setiap post) sila cari yg tersurat dari yg tersirat oppss terlupa yg pasal blog tu pun bkn blog sidia sbb aku x suka lawat blog dia aku tau dh x update ni pasal blog kawan2 aku. 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!