Khamis, 27 Januari 2011

Seolah baru semalam


Seperti baru semalam aku meningalkan alam persekolahan huhuhu dan meningalkan rakan2 semasa sekolah dan meningalkan kenangan terindah hehehe. Sekian lama merantau dan mencari kehidupan sendiri masing2 dah ada yg berjaya dan kurang berjaya tetapi masih dengan kehidupan yg gembira di samping keluarga masing2 (bg diaorang yg dah berkahwin lah hehehe). Aku tiba2 rase ingin menjejak kembali rakan2 aku yg dulu dan ada jugak rakan2 aku yg dulu juga rasa untuk menjejak aku akhirnya diaorang berjaya, terima kasih aku ucapkan sebab korang semenjak dua menjak ni ramai betul sahabat2 yg bertanyakan khabar aku ni, ada yg hampir setahun lost contek hehehe dan mula contek aku kembali bertanyakan khabar berita. Ada jugak yg cuba setelah sekian lama untuk menghubungi aku tetapi gagal dan baru sahaja berjaya sebab diaorang telefon mengunakan nombor celcom aku hehehe kan aku dah bagi tahu yg aku sudah lama tidak mengunakan nombor tersebut dan pada yg bernasib baik menyimpan nombor maxis aku dapat lah menghubungi aku hehehe. Seterlah sekian lama bersusah payah masih mengigati diri aku ni huhuhu. Pada yg tidak ada atau simpan nombor maxis aku hahaha pandai2 lah korang cari dan ade sahabat aku yg berjaya jumpa sebab diaorang simpan pada kad sim masing2 dan bukan semua orang suka simpan nombor pada kad sim dan hanya lebih suka simpan pada telefon masing2 aje. Dan bagi mereka yg masih gagal untuk di jejak kasihkan hehehe apa cerita korang sekarang ni ek??
Takdi aku ade terjumpa kawan semasa sekolah dulu huhuhu tiba2 aku terfikir sejenak. Yelah masa sekolah dulu aku tak pernah bertegur sapa pun dengan dia ni dan dia pun sema gak macam aku hanya berselisih dan berlajar pada tahun yg sama atau lebih tepat umur kitaorang same jadi dari tingkatan satu sampai lima belajar di sekolah yg sama. Mungkin sebab berlainan felda dan tak pernah berlajar dalam kelas yg sama jadi tak berkawan. Tetapi setelah tua ni bila berjumpa dengan kawan2 satu sekolah dulu boleh pulak bertegur sapa dan berborak walaupun kitaorang tak tahu nama masing2 dan hanya tahu pernah satu sekolah dulu. Ramai jugak yg sebergini hehehe pelik kan, sedangkan dulu masa sekolah hari2 jumpa pun haram nak tegur tapi bila umur dah meningkat semakin tua ni lain pula jadinya hehehe.


OK ni aku nak mencoretkan jenis2 marah yg aku pernah tahu kewujudannya hehe dan apa yg aku nak tulis ni adalah hanya sekadar suka2 tiada kaitan dengan korang ok. Sekadar ingin mencoret seronok2 je huhuhu dan klau korang jenis yg suka marah sila perhatikan uhuhuhu

Marah Hindustan= marah semangat hahaha, ok ari tu aku ade tengok cerita hindustan mase menungu makanan kat sebuah kedai, aku tengok hero tu mula2 dah nyawa2 ikan nak mati tapi tiba2 jadi sihat giler selepas marah dan ingin membelasah orang jahat dan lepas orang jahat kecundang ehh.. tiba2 hero nak mati balik pulak haha

Marah hulk= yg ni jenis marah amuk huhuhu habis semua barang hancur korang pernah tak marah cam ni? hehehe

Marah bewak= hahaha aku pernah tengok biawak marah mase kecil dulu hahaha jenis marah meligan ni (mengejar) hahaha kalau korang tengok orang tu marah sambil berlari mengejar pada yg dia marah tu haaaa korang fikirlah sendiri hahaha

Marah awek= hahah yg ni semua orang tahu kan ngehehehe marah2 sayang ni

Marah naruto= haaa yg jenis ni bahaye hehehe bila marah boleh bertukar hahaha marah ni pun ramai dah yg pernah buat, iaitu bertukar menjadi terlampau ganas dan ade yg sampai membunuh ish2..

Marah sombong= haaa pelik je kan tapi ade gak marah macam ni iaitu orang yg suka marah walaupun menda tu tak salah hehehe

 Marah wat bodoh= hehehe ni marah baru punya hehehe ade orang bagi tau kat aku hehehe marah tapi tak wat ape2 huhuhu

Marah sengal= aaiiii marah pun ade sengal jugak ek huhuhu ok ni marah yg sebenarnya punca kemarahan tu dari diri korang jugak, contoh ade pakcik tu marah aku sebab tak layan dia dan oleh sebab dia terlampau mengarut bila berkata jadi aku malas lah nak layan borak dia dan dia marah aku pulak ehhh

Marah malu= haaa yg ni banyak terjadi hehehe iaitu marah untuk cover malu hahaha contoh bilakorang ngorat awek tu tapi tak dilayani dan korang bertindak marah2 sebab malu, ramai yg sebergini tapi tak mahu mengaku.

Marah lawak= haaa kalau jenis yg ni korang tengok je kat dalam rancangan "BAM BAM BOM" atau "Lu kena beb" hahaha


Sudah lah sampai sini dulu aku tulis jenis2 marah ni, banyak lagi tu sampai tahun depan pun belum tentu aku habis tulis jadi pandai2 korang lah mencari sendiri jenis2 yg lain huhuhu dan apa yg tertulis tu sekadar untuk hiburan je ok

P/S= Marah yg lebih dari 3 minit itu adalah marah hasutan syaitan dan boleh menjadi dendam (lupa plak aku dengar ceramah dari ustaz mane ni)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!