Ahad, 23 Januari 2011

Mengapa babi haram??

Virus-virus daripada khinzir. Ternyata amaran yg dikeluarkan daripada firman Allah telah mula dapat disyukuri oleh mereka-meraka yg beriman dan mentaati perintahNya. Pelbagai kajian mula dibuat secara lebih terperinci. Di dalam Journal of virology 1997, dilaporkan kajian dilakukan oleh 12 orang pakar-pakar sains yg diketuai oleh Dr.Yoshihiro Kawaoka dari Universiti Wisconsin. Pertemuan mereka jelas menunjukan pada kerongkong babi ada sel-sel tertentu yg mampu mengubah pelbagai kuman virus kepada bentuk yg berbahaya kepada manusia. Saintis-saintis menganggap khinzir sebagai mixing vessel atau tempat pelbagai kuman dikumpulkan untuk diubah kepada bentuk yg berbahaya.
Didalam BBC News pula pada 29 Oktober 1999 telah memfokuskan penemuan para saintis yg menunjukan virus kinzir menjadi punca wabak-wabak paling teruk didalam sejarah dunia perubatan moden pada tahun 1918. Saintis-saintis mendapati wabak-wabak yg menyerang Hong Kong pada tahun 1968 juga berpunca daripada virus khinzir. Mengikut kajian itu juga virus binatang yg biasanya tak menjangkiti manusia bertukar menjadi kuman berbahaya yg menjangkiti manusia selepas memasuki sel-sel didalam khinzir ini. Penemuan ini mampu memberi jawapan kepada punca empat wabak penyakit demam selsema flu yg menyerang dan membunuh jutaan manusia pada abad ke 20. Penyakit-penyakit ini bermula dengan serangan Spanish flu pada 1918 diikuti Asian flu pada tahun 1957 dan Hong Kong flu pada 1968 serta Russian flu pada 1977. Kajian-kajian oleh saintis ini menunjukan kuman-kuman pembunuh ini dikeluarkan oleh khinzir sebelum menjangkiti manusia sejagat terutamanya pada tahun 1918.
Menurut Dr.Virginia Hinshaw pula Dekan di Graduate School University Wisconsin-Madison, virus sentiasa berubah kepada bentuk lain dan khinzir merupakan suatu takungan yg mampu mengubah virus flu kepada bentuk yg lain serta sistem pertahanan manusia tidak mampu untuk menangkis daripada serangan-serangan ini. Pada bulan November 1997 pula Dr.Robinson Weiss daripada Chester Beatty Loboratory London mengesahkan kewujudan virus PERVS di dalam khinzir dan ini menyebabkan Kerajaan British mengharamkan kesemua aktiviti pembedahan pemindahan alat/organ daripada khinzir kepada manusia. Sebelum itu pada bulan Ogos 1997 pula saintis-saintis dari Australian telah menemui satu lagi virus dari binatang ini. Ia amat bahaya kepada manusia dan belum pernah ditemui serta dikenali sebagai virus menangle daripada kumpulan paramyxovirus.


P/S= Dah macam esingment aku buat hahahaha apa2 pun babi itu haram disisi islam.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!