~KOLEKSI LAWAK JENAKA~
Cerita 1 :
Nak  dijadikan cerita, pada zaman dahulu, ada seorang lelaki bernama Pak  Pandir yang tinggal dihulu sungai di sebuah kampung. Nak dijadikan kisah  lagi, tinggallah seorang polis berjiran dengannya. pada petang yang  hening itu, berjalanlah Pak Pandir ke kedai untuk membeli kelambu kerana  rumahnya terlalu ...banyak nyamuk. Sekembalinya dari kedai, dipasangnyalah kelambu itu pada katil bagi melindungi dirinya dari nyamuk.
Pada  malam itu, datanglah polis si jiran tersebut ke rumah Pak Pandir untuk  berborak-borak. Dicari-carinya Pak Pandir tetapi tidak berjumpa.  Akhirnya keluarlah Pak Pandir dari bawah katil. Terkejut si polis kerana  Pak Pandir tidur kat bawah katil sedangkan di katilnya ada kelambu.  Bertanyalah si polis,
Polis: Awatnya tidoq bawah katil?
Pak Pandir: Saja....nak tipu nyamuk...kahkahkahkah...
Cerita 2 :
Seorang lelaki yang kebetulan seorang doktor muda, merasa tidak selesa dengan apa yang telah berlaku.
Ia pulang ke rumah dengan wajah muram. Setibanya di rumah, ia merebahkan diri di katil dan fikirannya mula melayang.
Lalu ia mendengar suara dalam kepalanya berkata,
"Sudahlah,  tidak usah difikirkan. Skandal doktor membuat hubungan intim dengan  pesakit terjadi di mana-mana. Jadi kamu tidak perlu merasa bimbang."
Doktor tersebut cuba untuk setuju, tapi apa yang telah terjadi pagi itu terbayang kembali dan perasaan tidak selesa muncul lagi.
Ia membalikkan badan dan mendengar lagi suara dalam kepalanya,
"Tak perlu bimbang,orang sudah mula biasa dengan skandal hubungan seksual antara doktor dan pesakitnya."
Lelaki itu mulai tenang dan perasaannya beransur-ansur pulih...
Tiba-tiba suara lain dalam kepalanya berkata,
"Tapi masalahnya kamu kan doktor haiwan..." hahahahha....
Cerita 3 :
Seorang  pesakit jiwa di sebuah Hospital Mental sedang asyik menulis surat yang  kemudiannya siap dimasukkan dalam sampul. Selepas itu dia memberikan  sampul tue pada seorang misi.
Pesakit : "Misi, boleh tolong poskan surat saya nie?"
Misi : "Boleh. Surat untuk saper nie?"
Pesakit : "Surat untuk saya lar..".
Misi : "Ye ke...apa isi kandungannya tu?..."
Pesakit : "Eh! cik misi ni banyak pulak soalannya.Nak tau tunggu la posmen hantar surat tue besok...barulah boleh baca isi dia".
Misi berlalu sambil geleng kepala. 
hahahahaha....
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan