Khamis, 27 Januari 2011
Hospital Mental
Di sebuah hospital mental, seorang doktor sedang melakukan rondaan rutin. Sebaik memasuki sebuah bilik pesakit, beliau mendapati pesakitnya bernama Hassan sedang melukis di atas lantai, dan seorang lagi bernama Salleh sedang bergayut di siling dengan kepalanya kebawah.
Doktor: Apa yang awak tangah buat tu Hassan?
Hassan: Ala doktor ni, tak nampak ke saya tengah melukis?
Doktor tersenyum mendengar jawapan Hassan.
Doktor: Hassan, apa yang Salleh buat bergayut kat siling tu?
Hassan: Entah la doktor, dia tu gila kot, dia ingat dia tu lampu ke nak gayut camtu?
Doktor tersenyum lagi dan menoleh ke arah Salleh, dilihat muka Salleh menjadi merah.
Doktor: Hassan, kenapa awak tak suruh Salleh turun kalau awak dah tau dia gila.
Hassan: Habis tu doktor, kalau saya suruh dia turun, gelap la bilik ni, camner la saya nak lukis. Bongok!
Doktor: Oh Hassan................. ~pengsan.
Label:
lawak jenaka
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan