Selasa, 11 Januari 2011

Drebar yg mati


Ada sekali tue ketua kampung orang asli telah dihadiahkan jam dinding oleh pihak tentera kerana membantu mereka dalam operasi...Alangkah bangganya ketua kampung orang asli tersebut bila jam tersebut digantungkan di depan pintu rumahnya & orang kampung sering datang melihat jam itu seolah-olah barang hiasan kerana mereka pada masa itu tak tahu bagaimana menggunakan jam untuk melihat waktu. 
1 hari anak ketua kampung tersebut memberitahunya yang jarum jam itu telah berhenti bergerak.Masa tue punyala ramai anak buah dia kat laman rumah sedang melihat jam tersebut...Maka ketua kampung nak tunjuk terorlah kononya lalu dia menurunkan jam tersebut dari tempat penggantungan & membelek-belek jam tersebut depan belakang. 
Beliau ternampak tempat bateri jam tersebut & telah secara tak sengaja terkuis bateri jam tersebut hingga terkeluar dari tempatnya.Ntah macamana ada plak sekor lipas dah K.O di celah-celah tempat bateri...beliau pun dengan bangganya memberitahu kepada anak-anak buahnya.....
"OOOO patutla tak jalan,drebarnya mati tersepit...."
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!