The Keys To Kingdom Of Heaven
Dua Rahsia Sulit Terbesar Dua Kunci Rahsia
Lambang  di atas adalah tanda kebesaran dan lencana bagi Pope Vatican sebagai  Ketua Kristian Katolik dan pemerintah negara Vatican. Ia terdiri  daripada tiga mahkota kecil yang disebut 'Triple Tiara', salib emas di  atasnya dan 'Crossed Key' iaitu lambang dua kunci bersilang Satu  berwarna emas dan satu berwarna perak. Ini adalah lambang kemegahan  rasmi bagi siapa yang menduduki kerusi Pope Vatican. Bagi penganut  Kristian yang tidak mengkaji, tiada yang istimewa dari lencana Pope ini.  Tapi bagi para pengikut Illuminati peringkat tertinggi, lambang ini  mengandungi rahsia yang amat berbahaya dan perlu dijaga. Rahsia yang  telah terpendam beribu tahun. Rahsia yang hanya dapat dibaca dalam  manuskrip-manuskrip asli dan kuno berasal dari catatan-catatan para  pengikut awal Hawariyyun (The Twelve Apostles) yang berkelana keluar  dari Galilee, Antokiah (Antioch) dan kawasan-kawasan sekitar Palestin ke  arah Eropah dan Afrika. Manuskrip-manuskrip ini ada yang dibakar dan  rahsia yang terkandung di dalamnya disembunyikan oleh para Paderi  beribu-ribu tahun, namun demikian ada di antara mereka yang dibukakan  hatinya oleh Allah untuk menyebarkan rahsia ini dari mulut ke mulut,  menulisnya dalam tulisan-tulisan, melakarkannya dalam lukisan-lukisan,  mengukirnya pada ukiran-lukisan, mereka menyembunyikannya dalam kod-kod  rahsia, petunjuk-petunjuk dan kata kunci yang dibuat khusus untuk mereka  yang dapat memahaminya.

 
Dua orang budak kecil melambangkan kunci dan menjunjung tiara/ mahkota. Ini adalah antara kod-kod rahsia yang ditinggalkan
Rahsia ini sememangnya tidak diketahui oleh penganut Kristian khususnya aliran Katolik yang menjadi mangsa 'pendoktrinan palsu'  oleh para Elit dalam 'secret societies' yang mengawal dunia Kristian  seluruhnya. Mereka sebenarnya hanya mengikut saja apa jua telunjuk  kelompok rahsia ini dalam menentukan imej yang bagaimana harus dihiaskan  kepada Kristian. Sehingga para Pope sendiri tidak terlepas dari kawalan  kelompok rahsia ini. Sebab itu ada yang mati diracun atau digulingkan  dari takhta Pope kerana berdegil tidak mematuhi perintah para Mason.Para  Bishop dan Kardinal yang menjadi pemakan rasuah atau diugut adalah  perkara biasa dalam politik Vatican. APAKAH YANG INGIN ANDA LAKUKAN JIKA ANDA DAPAT MENGAWAL SATU INSTITUSI YANG MEMPUNYAI PENGIKUT BERBILION MANUSIA?  Ini adalah kuasa yang amat hebat,dan inilah yang terjadi kepada dunia  Kristian hari ini.Amat bodohlah The AntiChrist/ Dajal jika mengabaikan  institusi Katolik dalam merangka pelbagai pelan dalam menakluk dunia. KRISTIAN ADALAH MANGSANYA YANG UTAMA UNTUK MENGHADAPI PARA PENGIKUT MUHAMMAD S.A.W  YANG DIGERUNINYA.
Petunjuk di dalam Dua Kunci Bersilang
“Every great truth begins as a blasphemy.”
|Bernard Shaw|
Dunia  Kristian harus dikawal sebaiknya. Jika tidak, dikhuatiri mereka akan  mengetahui dan terbaca ajaran-ajaran suci yang sebenar dari Jesus (Isa  a.s). Jika perkara ini berlaku, mereka beramai-ramai akan mencari agama  yang diredhai oleh Allah s.w.t iaitu ISLAM. Oleh itu sesiapa yang menjadi Kardinal dan Pope adalah penting bagi “AntiChrist”.  Sepenting mencari siapakah Imam Mahadi. Ini adalah lanjutan dari Dua  Rahsia Sulit Terbesar. Rahsia sulit yang hanya diketahui oleh Pope dan  paderi-paderi yang terpilih atau rahib-rahib Katolik yang menjadi hamba  peringkat tertinggi  Illumination of AntiChrist & Azazel.

Ini  adalah dua kunci rahsia yang memimpin kita kepada Dua Rahsia Sulit  Terbesar. Dua kunci ini adalah kunci-kunci yang dipegang erat oleh Pope  atas arahan Church of Lucifer agar ia tidak diketahui oleh para pengikut  Kristian. Sudah tentu anda ingin mengetahui dan ingin melihat  kunci-kunci rahsia ini. Apakah petunjuk - petunjuk di dalam Dua Kunci  Bersilang. The Papal Crossed Key yang penuh rahsia. Jika anda dapat  memegang kunci-kunci bersilang ini, saya akan membawa anda ke Pintu  Sebelah Timur Sistine Chapel of Blessed Azazel, untuk membuka ruang  khalwat Iblis Laknatullah The Watcher Lucifer. Pada ketika-ketika  tertentu Sang Iblis pasti mengalirkan airmatanya mengenangkan masa-masa  dia terbang bebas di dalam kerajaan Tuhan, KINGDOM OF HEAVEN dan  bergurau senda dengan para Malaikat 'Angels' yang amat cantik diperbuat  dari cahaya yang indah.
 

Untuk  menjejak rahsia The Crossed Key, mari kita sama-sama telusuri apakah  yang dimaksudkan dengan di sebalik Dua Kunci Bersilang ini.
The Secret Beyond The Crossed Key
Lambang  ini berasal dari kata-kata yang diucapkan oleh Jesus (Isa a.s) kepada  Saint Peter atau Peter of Fisherman atau nama asalnya Simon Bar Jonadah  (Petros dlm bahasa Greek,Cephas dalam bahasa Aramaik Kuno, Bithrus dalam  bahasa Arab juga dikenali sebagai Ben Yonah, Simon Peter, Simon atau  Simeon atau dalam sebutan Arab Syam'un). Seorang Yahudi Galilee (arab,  al-Jaleel) yang berasal dari Bet'shayid (Bethsaida) sebuah kota di timur  sungai Jordan. Beliau bertutur dalam bahasa Aramaik Kuno (satu rumpun  dgn bahasa Semitik seperti Arab dan Ibrani). Bahasa yang sama digunakan  oleh Isa a.s dan kitab Injil yang asli. Saint Peter (atau Petrus) inilah  yang diabadikan namanya pada ibu pejabat Pope Vatican, St. Peter  Basilica yang terkenal itu. Beliau termasuk dlam 12 sahabat Nabi Isa a.s  (Twelve Apostles of Jesus) atau lebih dikenali sebagai Hawariyyun di  dalam AlQuran.
 
St. Peter Basilica
"Maka  tatkala ‘Isa mengetahui keingkaran mereka berkatalah dia,’Siapakah yang  akan menjadi penolong-penolongku untuk (menegakkan agama) Allah? Al  Hawariyyun menjawab,’Kamilah penolong-penolong (agama) Allah. Kami  beriman kepada Allah ; dan saksikanlah bahwa sesungguhnya kami adalah  orang-orang yang berserah diri"
|Surah Ali Imran 3:52|
"Dan  (ingtlah) ketika awhaiytu (Aku wahyukan/ilhamkan) kepada AlHawariyyun,’  Berimanlah kamu kepada-Ku dan kepada rasul-Ku’. Mereka menjawab,’Kami  telah beriman dan saksikanlah (wahai rasul) bahwa sesungguhnya kami  adalah orang2 yang patuh (kepada seruanmu)"
|Al-Maidah 5:111|
Sudah  pasti St. Peter (St.adalah singkatan dari kata Saint yang berasal dari  kata Santos iaitu orang suci dalam bahasa Latin) berada bersama-sama  para sahabat Nabi Isa a.s yang lain di dalam situasi yang disebutkan  dalam AlQuran itu. Selain Peter,terdapat 11 lagi sahabat Nabi Isa a.s:
The Twelve Apostles
|Peter|
|Andrew|
|James|
|John|
|Philip|
|Bartholomew|
|Matthew|
|Thomas|
|James|
|Thaddeus|
|Simon the Zealot|
|Judas Iscariot|
St.  Peter juga dianggap oleh orang Kristian sebagai ketua Bishop pertama.  Beliau dikatakan telah datang ke Rom untuk menyebarkan ajaran-ajaran  Nasrani dan ini menimbulkan situasi tegang di antara para pemerintah Rom  yang beragama pagan ketika itu. Ketika era pemburuan ke atas golongan  Nasrani, St. Peter telah ditangkap oleh Nero, Maharaja Rom ketika itu  dan menyalibnya secara songsang atas permintaan Peter sendiri yang  merasa tidak layak disalib pada posisi yang sama dengan Nabi Isa a.s  (Nabi Isa tidak disalib mengikut kepercayaan dalam Islam) di lapangan  Nero (Nero's Circus) berdekatan Obelisk Vatican yang kemudiannya  diletakkan di hadapan St. Peter Basilica pada hari ini.
Obelisk Of Vatican City
Crossed Key di dalam lencana Pope adalah perlambangan kepada KUNCI-KUNCI KERAJAAN TUHAN 'KINGDOM OF HEAVEN' yang disebut oleh Nabi Isa a.s kepada sahabatnya itu (Peter)
"And  I will give unto thee the keys of the Kingdom of Heaven. And whatsoever  thou shalt bind on earth shall be bound in Heaven, and whatsoever thou  shalt loose on earth shall be loosed in Heaven."
- Matthew 16:18-19 |21st Century King James Version|
Maksud dalam Bahasa Melayu, saya terjemahkan.
"Kepadamu  akan Kuberikan kunci Kerajaan Syurga. Apa yang kau ikat di dunia ini  akan terikat di syurga dan apa yang kau lepaskan di dunia ini akan  terlepas di syurga."
Kata kunci di sini adalah KINGDOM OF HEAVEN. Ini adalah kod rahsia yang disembunyikan di dalam The Crossed Key.
Apakah  dia kunci utuk membuka Kingdom of Heaven itu? Adakah Jesus (Isa a.s)  telah membukakan rahsianya kepada Peter? Apakah kunci Syurga itu?
Ini  adalah persoalan paling penting dan mencapai tahap kritikal sehingga ia  dijadikan lambang dalam lencana kebesaran Pope.Amat penting sehingga  ramai paderi diracun dan para Bishop dan Kardinal diugut.Rahsia yang  amat penting sehingga beribu-ribu orang mati dan cedera dan banyak  peperangan yang sia-sia dilancarkan kerana DUA KUNCI RAHSIA BERSILANG INI.  Apakah rahsia yang disebut oleh Nabi Isa a.s kepada Peter? Mengapa  kunci-kunci syurga tidak tertulis di dalam Bible? Bagaimana dengan  beribu-ribu manuskrip asli yang dibakar setelah Persidangan Nicea?
APAKAH DIA KUNCI-KUNCI SYURGA ITU?
Untuk  menjawab persoalan Ini, saya ingin berkongsi dengan anda sebuah kisah  benar yang terjadi di antara seorang pemuda Muslim dan sorang paderi  Katolik. Kisah ni menyimpan banyak rahsia besar. Rahsia yang menyingkap  apakah silibus yang diajar kepada setiap paderi Katolik di Vatican. Dan  apakah fungsi Al Quran di dalam altar khas di Perpustakaan Vatican.  Kisah ni saya petik dari Mausu'ah al-Qishash al-Waqi'ah.
Paderi & Kunci Syurga.
Ada  seorang pemuda Arab yang baru sahaja menyelesaikan pengajiannya di  Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah  berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain  belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di Amerika,  dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin  akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. Memberinya hidayah masuk  Islam.
Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah  perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat  di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam  gereja.Pada mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu  pun memenuhi permintaannya lalu dia ikut masuk ke dalam gereja dan  duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.
Ketika  paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan  lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika  melihat para hadirin dan berkata, "Di kalangan kita Ada seorang Muslim.  Aku harap dia keluar dari sini."
Pemuda Arab itu tidak bergerak  dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali,  namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi  itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin  keselamatannya. " Barulah pemuda ini beranjak keluar.
Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang Muslim?"
Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu."
Kemudian  dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi itu ingin memanfaatkan  keberadaan pemuda dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya  adalah untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan  agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.
Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan Dan anda harus menjawabnya dengan tepat. "
Si pemuda tersenyum Dan berkata, "Silakan!"
Sang  paderi pun mulai bertanya, "Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang  tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima  yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada  delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada  sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada  dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada  empat belasnya."
"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun  tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa  isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga? Sebutkan  sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan  sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah Dan ibu!"
"Siapakah  yang tercipta dari api,siapakah yang diazab dengan api Dan siapakah  yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah  yang diazab dengan batu Dan siapakah yang terpelihara dari batu?"
"Sebutkan  sesuatu yang diciptakanAllah Dan dianggap besar! Pohon apakah yang  mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun  mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan Dan dua di bawah sinaran matahari?"
Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.
Setelah membaca Bismillah dia berkata,
-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..
-Dua  yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. Berfirman, "Dan  Kami jadikan malam Dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)."
|Al-Isra': 12|
-Tiga  yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika  Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil Dan ketika  menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.
-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur Dan al-Qur'an.
-Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.
-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. Menciptakan makhluk.
-Tujuh  yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t.  Berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu  sekali-kali tidak melihat |Al-Mulk: 3|
-Delapan  yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy AR-Rahman. Allah  s.w.t. Berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru  langit. Dan pada Hari itu delapan orang malaikat men-junjung 'Arsy  Rabbmu di atas (kepala) mereka."
|Al-Haqah: 17|
-Sembilan  yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa  yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin taufan, musim paceklik,  katak, darah, kutu Dan belalang.*
-Sesuatu yang tidak lebih dari  sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. Berfirman, "Barang siapa yang  berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat."
|Al-An'am: 160|
-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .
-Dua  belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat  dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk  kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu  memancarlah daripadanya dua belas Mata air."
|Al-Baqarah: 60|
-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah Dan ibunya.
-Adapun  sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh.  Allah s.w.t. ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai  menyingsing. "
|At-Takwir: 18|
-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.
-Mereka  yang berdusta namun masuk kedalam surga adalah saudara-saudara Nabi  Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami,  sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di  dekat barang-barangkami, lalu dia dimakan serigala. " Setelah kedustaan  terungkap,Yusuf berkata kepada mereka, "tak ada cercaan terhadap kamu  semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagi  muka pada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha  Penyayang."
|Yusuf:98|
-Sesuatu  yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah  s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara  keldai."
|Luqman: 19|
-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.
-Makhluk  yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu  Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t.  berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim."
|Al-Anbiya': 69|
-Makhluk  yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu  adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul  Kahfi (penghuni gua).
-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap  perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.?  "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar."
|Yusuf: 28|
-Adapun  pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap  daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran  matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah  Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam  hari dan Dua di siang hari.
Paderi dan para hadirin merasa  takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula  hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi  agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh  paderi.
Pemuda ini berkata, "Apakah kunci syurga itu?"
mendengar  pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan  dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan  kebimbangannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja  itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba  mengelak.
Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan  kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu  pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! "
Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah."
Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. "
Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. "
Lantas  paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama  Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka  dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.
Saudara islamku sekalian!
Inilah rahsia yang tersembunyi pada The Crossed Key.
Orang-orang  yang sesat di kalangan Kristian langsung tidak tahu rahsia ini,kerana  rahsia asal telah dimusnahkan semasa era Paulus dan lepas persidangan  Nicea yang menyaksikan kitab Injil diseleweng secara besar-besaran dan  sejumlah besar manuskrip-manuskrip asli para pengikut Hawariyyun dibakar  atau ditanam.
DUA KUNCI SYURGA YANG SELALU UMAT ISLAM UCAPKAN DI DALAM SOLAT MEREKA.
Miftahul  Jannah. Inilah dia rahsia yang diucapkan oleh Jesus Christ kepada Peter  The Fisherman pada hari yang bertuah itu. Dua baris ayat yang dipadam  dengan penuh dengki dan khianat para Yahudi Mason dan  Illuminist-Christian yangg tidak dapat menerima kehadiran sorang Rasul  penutup para Nabi dari kalangan orang-orang Arab. Junjungan besar kita,  Nabi Muhammad s.a.w.
Sedikit rujukan 'Miftahul Jannah' dari sumber Islam:
Muaz bin Jabal Radiallahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
“Anak-anak kunci syurga ialah mengakui kalimah La Ilaha Illallah
|Riwayat Al-Imam Ahmad|
Rasulullah bersabda :
"Barangsiapa yang pada akhir kalimatnya mengucapkan "La ilaaha illallah" maka ia dimasukkan kedalam surga"
|HR. Hakim|
Imam  Bukhari rahimahullah meriwayatkan dalam Sahihnya, bahawa seorang pernah  bertanya kepada Imam Wahab Ibn Munabbih: “ Bukankah Laa ilaaha illallah  itu kunci syurga?”
Wahab menjawab: “ Benar, akan tetapi tidaklah  bagi setiap kunci itu melainkan ia mempunyai gigi. Jika engkau membawa  kunci yang bergigi, maka pintu syurga akan di bukakan untukmu, jika  tidak maka pintu tak akan di bukakan untukmu”
'Gigi' yang  dimaksudkan ialah bukan sekadar menyebut kalimah syahadah tetapi  memahaminya serta melaksanakan apa yang dimaksudkan darinya.
Dari  Jabir bin Abdullah, ia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu  Alaihi Wasallam bersabda: Zikir yang paling mulia ialah La Ilaha  Illallah dan doa yang paling baik ialah Alhamdulillah.
|Riwayat Al-Imam Ibnu Majah|
Dari  Abu Hurairah Radiallahu-Anhu, ia berkata: Bersabda Rasulullah  Sallallahu Alaihi Wasallam: “Yang akan mencapai kebahagiaan dan  keuntungan melalui syafaatku ialah orang yang mengucapkan kalimah La  Ilaha Illallah dengan hati yang ikhlas”.
|Riwayat Al-Imam Al-Bukhari|
Dari Zaid bin Arqam Radiallahu-Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa  yang mengucapkan La Ilaha Illallah dengan ikhlas, dia akan dimasukkan  ke dalam syurga.” Lalu ditanyakan kepada baginda: “Bagaimanakah yang  dimaksudkan dengan ikhlas itu? Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam  bersabda: “Ikhlas itu ialah yang mencegah dari melakukan  perbuatan-perbuatan yang haram”.
|Riwayat Al-Imam At-Thabrani|
Dari Umar Radiallahu-Anhu meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
“Aku  mengetahui satu kalimah yang tidaklah seorang hamba pun yang  mengucapkannya dan membenarkannya dengan hati kemudian ia mati dengannya  melainkan haramlah ke atasnya neraka jahanam. Kalimah itu ialah “La  Ilaha Illallah”.
|Riwayat Al-Imam Al-Hakim|
Dari Ibnu Abbas Radiallahu-Anhuma bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
“Demi  yang diriku ditangannya, jika sekiranya segala langit dan bumi dan  siapa yang ada padanya dan apa-apa yang ada di antaranya dan apa-apa  yang ada di bawahnya diletakkan disebelah dacing dan kalimah La Ilaha  Illallah disebelah yang lain, maka dacing kalimah (La Ilaha Illallah)  itulah yang lebih berat”.
|Riwayat Al-Imam At-Thabrani|
ketika  Nabi Isa a.s berkata kepada Peter,tidaklah baginda bertutur dalam  bahasa Arab atau dalam bentuk 100% kalimah syahadah dalam bahasa  Arab,tetapi di dalam bahasa Aramaik Kuno yang konsepnya tetap satu iaitu  Tiada Tuhan Selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
Dan Nabi Isa sudah tentu maklum tentang kedatangan Nabi Muhammad s.a.w sesudahnya.
Dan (ingatlah) ketika Isa Putera Maryam berkata:
"Hai  Bani Israel, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan  kitab (yang turun) sebelumku, yaitu Taurat dan memberi kabar gembira  dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang  namanya Ahmad (Muhammad)." Maka tatkala rasul itu datang kepada mereka  dengan membawa bukti-bukti yang nyata, mereka berkata: "Ini adalah sihir  yang nyata".
|Al-Saff 61:6|
Juga di dalam kisah Nabi Isa:
Telah  sekian lamanya Nabi Isa as melakukan perjalanan untuk menjalankan  ibadah. Pada suatu saat, dalam perjalanan beliau melihat sebuah gunung  yang tinggi. Kemudian beliau mendaki gunung itu. Sesampainya di puncak  gunung, Nabi Isa as melihat batu besar berwarna putih seperti air susu  yang sangat indah. Beliau pun menyaksikan batu itu dari dekat dan  mengagumi keindahannya.
Ketika sedang mengamati batu indah itu,  Allah swt menurunkan wahyu kepada nabi Isa as: “Wahai Isa, senangkah  bila Aku menampakkan kapadamu sesuatu yang menakjubkan bila engkau  melihatnya?”
“Ya” jawab Isa.
Tiba-tiba batu itu terbuka  dengan sendirinya dan membuat nabi Isa terkejut. Di dalam batu itu  terdapat seorang syekh yang sudah tua, di tangannya memegang tongkat  biru dan di hadapannya ada anggur yang masih segar. Ketika itu ia sedang  melakukan solat.
Dengan hairan nabi Isa bertanya, “Ya syekh! Bagaimana anda dapat hidup di dalam batu ini?”
“Tidakkah  anda lihat anggur segar di depan mataku ini? Ini merupakan rezekiku  sepanjang hari” sahut syekh itu. “Sejak bilakah anda beribadah pada  Allah di dalam batu ini?” Tanya Nabi Isa lagi. “Sejak empat ratus tahun  lalu” jawab syekh.“Ya Allah. Sungguh aku tidak dapat membayangkan bila  ada di antara makhlukMu yang lebih mulia dari orang ini.” Kata Nabi Isa  dengan suara agak halus.
Kemudian Allah mewahyukan lagi kepada nabi Isa:
“Sesungguhnya  akan datang suatu umat, iaitu umat Muhammad saw. Jika mereka beribadah  kepadaKu dengan sungguh-sungguh, maka kedudukan mereka lebih mulia  bagiKu daripada orang yang beribadah selama empat ratus tahun ini.”
“Ya Allah, betapa beruntungnya umat Muhammad, dan betapa bahagianya aku jika Engkau jadikan aku umat Muhammad” kata Nabi Isa as.
Terdapat  banyak lagi sumber-sumber yang menceritakan seperti perkara-perkara di  atas dan sememangnya Nabi Isa a.s (Jesus) adalah rasul yang diutuskan  Allah s.w.t untuk membawa agama-Nya.Tetapi setelah Nabi Muhammad s.a.w  diutuskan,syariat ajaran Nabi Isa a.s dan lain2 rasul atau nabi  (syariat,bukannya akidah atau konsep agama Allah) adalah automatik  terbatal (di mana jika kaum Nasrani benar-benar mengikut ajaran Isa  a.s/Jesus mereka hendaklah memasuki agama Islam) dan hanya Islamlah  sahaja agama yang benar.
Sabda Rasullah s.a.w:
Ertinya: Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya.
|Riwayat Bukhari|
Firman Allah:
Sesungguhnya agama yang benar dan diredhai di sisi Allah ialah Islam.
|Ali Imran ayat 19|