

Setiap  Pope yang dilantik di Vatican mengetahui sekurang-kurangnya dua rahsia  terbesar ini. Bukan sahaja para Pope tetapi para Bishop dan  paderi-paderi kanan termasuk pendakwah-pendakwah mereka juga mengetahui  rahsia ini dari sumber-sunber yang tidak diketahui. Siapa yang tidak  mengetahui adalah pengikut-pengikut Kristian yang tidak mengkaji dan  tidak dianggap elit oleh Kelompok Rahsia yang mengawal Vatican dan Dunia  Kristian itu sendiri.Ini kerana, dua rahsia ini adalah 'mantera'  peringkat pencerahan agung' (Grand Illumination) dalam secret societies  yang mengawal Vatican.
Setiap Pope telah menempuh jalan-jalan 'kebenaran' mereka yang tersendiri. Dari peringkat pelatih (apprentice), paderi, bishop hinggalah mencapai pangkat Pope sebagai ketua umum Gereja Roman Katolik, sudah tentu banyk rahsia yang mereka ketahui. Dan sekurang-kurangnya dua rahsia terbesar ni telah mereka ketahui. Tetapi yang anehnya mereka terpaksa menyembunyikan rahsia ini. Jika rahsia ini terbongkar, maka sudah tentu nyawa, kewibawaan, sumber rezeki hatta keimanan mereka kepada kristian itu sendiri akan punah-ranah. Begitu hebat kuasa yang terpendam di dalam dua rahsia terbesar ini sehingga para penulis, pengkaji dan pembuat filem berlumba-lumba mengorek rahsia yang terpendam ini. Rahsia-rahsia ini adalah kesimpulan dari misteri di sebalik pergerakan syaitan Illuminati dan Freemason dan perkaitan mereka dengan Dunia Kristian. Terdapat banyak rahsia yang amat kompleks dan bersimpul-simpul di dalam beribu-ribu kisah, mitos, kod-kod rahsia serta harta karun terpendam.
Tentu anda ingin tahu apakah rahsia terbesar yang disimpan oleh setiap Pope atau sekurang-kurangnya majoriti dari mereka. Rahsia yang akan saya beritahu ini adalah bertaraf 'Rahsia Dalam Rahsia'. Anda akan bakal mengetahui Mantra Ajaib Pencerahan Agung ini sama seperti yang dipegang oleh Ketua Umum Illuminati atau Master berpangkat 33 Darjat Freemason atau Commitee 300 ( Majlis Tertinggi pergerakan syaitan Freemason).
Percayalah,  zikir inilah yang selalu dikenang-kenang oleh Iblis sehingga ke saat  ini, sehingga mengalirkan air matanya. Sesungguhnya Iblis tidak mampu  merubah takdir yang ditetapkan kepadanya walaupun menggunakan seluruh  kekuatannya namun kita di sini, mahukah kita mengubah persepsi kita yang  banyak menyesatkan atau bersama-sama 'takdir' Sang Iblis?. Ingin saya  maklumkan di sini, rahsia kedua ini amat sensitif kepada umat Kristian.  Rahsia pertama juga sensitif, tetapi rahsia yang kedua melengkapi  sensitiviti ini, sehingga para pengkaji konspirasi Kabbalah - Kristian  cuba mengelak dari mendedahkan rahsia kedua ini, walaupun itulah  keputusan yang berulang kali mereka temui dari 'makmal' penyelidikan  mereka. Dua rahsia ini amat penting dalam mengungkap rahsia Da Vinci  Code, Rennes le Chateau, Knight Templar, Rosicrusian serta  golongan-golongan Kristian awal seperti Essenes dan misteri skrol Nag  Hammadi.
Nantikan 2 rahsia terbesar ini. Rahsianya tersembunyi di sebalik lambang Papal Vatican ini.








Tiada ulasan:
Catat Ulasan