Siti Fatimah seorang gadis cantik. Kulitnya putih mulus. Bibirnya merah, matanya bundar. Apabila bercakap, suara Fatimah cukup lembut menyebabkan semua lelaki di kampungnya, di Triang, Pahang, mengidam untuk menjadikannya sebagai isteri.
Fatimah, 19, anak petani miskin. Dia mempunyai kekasih tetapi terpaksa berkahwin dengan Abdul Muluk, 28, anak penghulu kampung yg bertubuh gemuk, hitam dan bengis. Bapa Fatimah, Abdul Rahim namanya terpaksa berbuta begitu sebagai membalas kebaikan tok penghulu melupuskan hutangnya yg sudah meningkat beribu-ribu ringgit jumlahnya.
Muluk lelaki jahat. Walaupun Fatimah memberikan sepenuh kasih sayang dan kesetiaannya tetapi dia masih juga mencari perempuan lain. Setiap malam Muluk berpeleseran di kelab-kelab malam dan membuat maksiat. Fatimah yg baik dan setia ini, apabila ibu bapa datang ke rumahnya dan bertanya di mana Muluk, dia akan berbohong mengatakan suaminya itu ada majlis qiamullail di masjid atau ada kenduri di rumah kawan. Padahal, Muluk tidak pernah sembahyang walaupun sudah puas dinasihati Fatimah.
Muluk juga suka memukul Fatimah, apabila ibu bapa bertanya mengapa mukanya lebam, Fatimah cepat-cepat berdalih mengatakan dia terjatuh. Hakikatnya, setiap malam Fatimah menangis mengenangkan nasib diri.
Hukuman Allah datang juga. Selepas lebih 10 tahun menasihati suaminya itu agar bertaubat dan ingat tikar sembahyang, akhirnya bala menimpa. Abdul Muluk ditimpa penyakit yg amat aneh.
Dia sering muntah darah. Badannya lemah, Muluk berjalan terhuyung-hayang. Seluruh tubuh lelaki itu terasa bisa bagaikan dicucuk jarum. Dua bulan begitu, Muluk masih tidak mati. Orang mengatakan Abdul Muluk disantau. Daripada gemuk akhirnya Muluk menjadi kurus kering. Fatimah isteri yg setia, dia menangis meratapi nasib suaminya itu. Dia berdoa agar Tuhan mengampunkan dosa suaminya dan disembuhkan penyakitnya itu. Pun begitu sudah dasar lelaki jahat Muluk angkuh dan sombong. Dia tetap memarahi dan memukul Fatimah hingga lebam-lebam tubuhnya.
Suatu hari Muluk pergi ke hospital Temerloh. Dia pergi seorang diri. Di hospital, doktor membuat pemeriksaan dan kemudian memberikan Abdul Muluk satu bekas kecil.
"Kami kena buat ujian air kencing. Keadaan encik ini memang seruis tapi saya pelik, berdasarkan pemeriksaan....... semuanya normal. Tekanan darah, gula, jantung, usus dan semua organ lain dalam keadaan baik. Jadi kami perlukan air kencing encik untuk diuji."
Muluk terdiam. Dia meminta kebenaran daripada doktor untuk membawa bekas tersebut balik ke rumah kerana baru saja membuang air kecil. Lagipun air di dalam badannya sudah hampir kering.
"Boleh... tapi esok kena ke sini semula. Seelok-eloknya air kencing pertama selepas Encik Muluk bangun dari tidur," pesan doktor berkenaan.
Esoknya, Muluk lakukan apa yg diarahkan doktor. Bekas berisi air kencing itu kemudian Muluk tinggalkan di lantai sudut bilik air sementara dia pergi menukar pakaian untuk ke hospital. Sudah ditakdirkan pada waktu yg sama Fatimah pula masuk ke bilik air untuk mencuci muka. Tanpa disedari Fatimah telah tersepak bekas berisi air kencing suaminya itu. Lalu tumpahlah air kencing berkenaan. Pada ketika itu badan Fatimah terus menggigil. Dia berasa bersalah yg amat sangat kepada Muluk. Fatimah juga berasa takut akan dipukul oleh suaminya yg bengis itu. Fatimah, si isteri yg setia ini terus menangis.
"Ya Tuhanku.... apa yg perlu aku buat sekarang? Kau bantulah aku...." Fatimah menekap muka dan mengesat air matanya. Fatimah kian terdesak, apa yg perlu dilakukannya......
PUKUL 10 pagi, Abdul Muluk pergi bersendirian ke hospital membawa bekas air kencingnya. Pukul 10.30 pagi doktor membuat ujian ke atas air kencing berkenaan dan keputusannya amat mengejutkan. Beberapa kali ujian dilakukan hasilnya tetap sama. Lantas doktor memanggil Muluk.
"Encik Abdul Muluk, hasil ujian yg saya lakukan ke atas air kencing encik ini menunjukkan.... menunjukkan.... menunjukkan...." kata doktor terputus-putus.
"Menunjukkan apa doktor?" tanya Abdul Muluk yg tidak sabar lagi untuk mendengar keputusan ujian air kencingnya itu.
"Ujian air kencing ini menunjukkan Encik Abdul Muluk mengandung tiga bulan. Disebabkan Encik Muluk mengandung tiga bulan, saya nak tanya, Encik Muluk ni pengkid ke..??" kata doktor.
BUKK.... Muluk terus jatuh pengsan dan terus mati HUUUHUAHUAHAHAHAHAHA =P
(MORAL CERITANYA. Pertama, jangan suka pukul bini. Kedua, jangan sombong dengan kekayaan yg ada. Ketiga, balasan Tuhan pasti datang. Keempat, jangan sepahkan air kencing. Kelima..., aaaahhhh... fikirlah sendiri, takkan aku aja nak fikirkan untuk kowang!)
1 ulasan:
haha..aduhaaiii...tgh2 sayu lawak plak ttibe...
Catat Ulasan