Pada 1993, pengacara televisyen dan penulis terkenal, Sir David Frost telah menemu bual pemimpin Afrika Selatan, Nelson Mandela dalam siri talkshow mingguannya, Talking With David Frost. Selain Mandela turut ditemu bual Frost dalam program stesen televisyen BBC itu ialah Presiden Afrika Selatan, F. W. de Klerk dan pemimpin Parti Kebebasan Inkathan, Chief Mangosuthu Buthelezi.
Dalam temu bual itu, David Frost cuba meringkaskan kehebatan Mandela dengan berkata, "Salah satu perkara yg paling dikagumi ramai tentang Nelson Mandela ialah bagaimana beliau telah dipenjarakan selama 28 tahun kerana memperjuangkan kemerdekaan negara dan bangsanya, tetapi apabila dibebaskan Mandela langsung tidak menunjukkan sikap dendam, marah atau benci kepada orang yg telah memenjarajannya dulu."
David kemudiannya berkata, inilah yg membuktikan Mandela seorang pemimpin hebat dan pejuang yg sukar ditandingi. "Tuan Mandela," sambung David, "Boleh beritahu kami, bagaimanakah tuan mampu bersikap demikian?"
Jawab Mandela, "David, kalau boleh memang saya ingin mengambil tindakan yg keras dan membalas segala kezaliman yg telah mereka lakukan tapi saya tiada masa untuk bersikap demikian. Ada banyak kerja lain yg lebih penting yg perlu saya lakukan untuk negara dan bangsa saya."
P/S= macam mana pulak dengan sikap bangsa aku ek??? merdeka sudahkah bangsa aku ni?? merdeka dari segi mental..... orang lain sibuk duk perjuangkan dan mempertabatkan bangsa sendiri tapi bangsa aku duk sibuk berkelahi sesama sendiri dan mempertabatkan bangsa lain (dari segi budaya, pakaian, dan bermacam-macam lagi... korang tengok lah sendiri macam mana budak2 remaja sekarang). Macam mana pulak dengan ahli politik dan permimpin negara??? korang fikir lah sendiri..... ambillah aku tulis kat atas ni sebagai kesedaran diri... aku bukan nak memuji sesiapa apatah lagi mengeji sesiapa, sekadar renungan ringan.... we are not politik but we care!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan