Selasa, 9 November 2010

Aku yg menumpang hidup seketika di sudut dunia







Ini cerita tentang aku, tiada kena mengena dengan hidup korang ini semua pasal hidup aku je. Kadang-kadang aku pelik kenapa orang suka tulis pasal orang lain, bila ade je yg tak kena mulalah tulis pasal orang tu kat sini hehehe. Mungkin nak bagi tahu kat dunia bahawa bertapa buruknya orang itu, kalau aku ikut cara korang tu kompom penuh lah blog aku ni hehehe. Asal tak puas hati je tulis kat blog hahaha, wat pe nak sakitkan hati orang tapi kadang-kadang aku sakit hati gak hehehe, mungkin korang rasa puas kot selepas memberi tahu satu dunia keburukan seseorang itu. Ini blog aku jadi suka hati lah aku nak tulis macam mana pun, guna bahasa apa pun, kalau ada yg terasa atau rasa kurang selesa dengan bahasa yg digunakan aku mintak maaf lah.
Bila masuk bab kata mengata ni, rrmmmm korang pernah tak kena mengata dengan orang?? ape yg korang rasa?? sakit hati kan huhuhuhu. Ok, aku ni dari dulu masa kecik lagi orang duk mengata kat aku, tak tahu lah ape pasal. sampai sg masih mengata pasal aku pelik je, dah takde kerja lain ke haaaaa! Mula-mula sekali yg aku sedar orang duk mengata pasal aku mase aku tingkatan 2 selepas ayah aku meningal dunia. Macam-macam lah orang duk kata kat aku, mungkin dah lumrah hidup anak yatim kot, yg biasa ialah bila ade barang yg hilang mula lah mengata yg aku curi dan yg paling best bila anak dia yg buat jahat boleh lak mengata aku lah yg ajar anak dia wat jahat, hahahahaha lawak tul makcik tu... sampai sekarang aku ingat lagi. Depan mata sendiri tangok anak dia wat jahat masih tak mengaku lagi yg anak dia jahat, masih nak tuduh aku yg ajar anak dia jadi cam tu. Salah aku ke?? sebab tak ajar anak dia jadi baik??? ni sape punya anak ni???
Bab mengata belakang pulak, ni memang terjadi... percaya lah korang pun same terkena kan, kawan-kawan korang mengata korang, jiran tertanga dan bermacam-macam lagi lah manusia yg mengenali korang. Ok aku nak tanya pada yg duk mengata aku ni.... HINA sangat ke aku ni yg berkorban untuk ibu sendiri?? mungkin korang merasa yg berkorban untuk ibu ni sesuatu yg HINA, tak apa lah aku menghormati pandangan korang tu. Aku tak kisah pun, tapi yg aku sakit hati nape nak mengata aku bermacam-macam?? bukan aku mintak sedekah kat korang pun. Ok boleh tak korang tolong aku?? tentu dah tak boleh kan, bila korang tak tolong pun duk mengata macam-macam dah inikan apa lagi kalau tolong kan... entah aku tak faham dengan manusia yg macam ni.... apa yg orang lain buat tetap menjadi kesalahan.
Habis dah pasal mengata.. ni pasal golongan yg aku lagi tak faham... Bila aku duk kata apa-apa korang melawan kata aku, aku cakap macam ni korang bangkang, aku cakap macam tu pun korang bangkang jadi terserah lah, tapi bila aku cakap "ikut lah", "suka hati lah" aaiiiii korang marah lak. Mula korang cakap yg aku ni tak ambik perduli kat korang... pelik dah takdi duk bangkang je aku.Secara jujurnya aku cepat bosan bila kata aku kena bangkang, aku tak marah pun tapi korang tu yg marah aku bila aku cakap "ikut korang lah". Tapi ade gak aku merasa marah bila nasihat aku korang tak ikut hehehe yelah kita kena berjuang sampai habis-habisan baru rock, ini tak belum apa-apa dah mengalah aaiiii belum pun sampai separuh jalan dah mengalah. Aku tension dengan orang macam ni, serius!
Kepercayaan, ini untuk pasagan kekasih dan suami isteri di luar sana tu. Kepercayaan memang susah untuk korang serapkan ke dalam diri kan..... huurrmm ape pandang2 aku ni?? ehhh aku percaya je kat korang hehehehe. Serius, memang susah untuk korang percayakan pasagan korang kan, ok sebagai contoh rakan serumah, apa yg terjadi bila tiada kepercayaan pada diri masing2?? aku jamin yg korang takan tinggal lama serumah kan, mesti ada yg akan pindah.Macam pasangan korang, kalau korang tak percaya kat dia macam mana korang nak hidup bersama selamanya??? fikirkan sejenak.
Wokey lah sampai kat sini dulu, aku dah ngatuk ni. Aku sendiri pun tak tahu ape yg aku makin merepek ni. Jumpa korang pada coretan yg akan datang. Ceeewahh macam lah ade orang yg baca blog aku ni kan hehehehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!