Ahad, 28 November 2010

CIGARETTES

Sudah berbulan lelaki ini terbatuk-batuk. Batuknya tidak mengira siang atau malam. Sudah puas dia berubat tapi tidak juga sembuh. Kalau dulu batuknya dua atau tiga hari tapi kini sudah dua bulan tanpa henti. Nafasnya kini berbau amat busuk lebih busuk dari bangkai. Dia melihat giginya. Gigi pula kuning dan berkarat, dia menganga mulutnya. Ah, gusinya amat hitam dan berkarat, dia menjilat bibirnya.... ah, bibirnya merekah bagai terbakar. Tangannya terketar-ketar, dia melihat beberapa batang jarinya sudah hitam akibat gangren.
Dia memandang ke arah jari kakinya juga dijangkiti gangren, hitam dan berbau busuk. Setiap hari dia berulang alik ke hospital, Doktor yang merawatnya mengesahkan dia mendapat kanser paru-paru, sebab itulah nafasnya berbau busuk seperti bangkai dan dia asyik batuk berpanjangan. Doktor mengesahkan paru-parunya sudah rosak teruk, salah satu paru-parunya perlu di buang. Kuman kanser sudah merebak. Dia termenung.
Doktor tidak ada pilihan, paru-paru sebelah kirinya pelu di buang selepas itu beberapa batang jarinya yang sudah kehitaman terpaksa dipotong. Jika tidak kuman akan merebak ke seluruh anggota badannya, selepas jari tangan beberapa jari kaki pula terpaksa di potong kalau tidak di potong kuman akan merebak, nyawanya bahaya.
Akhirnya selepas dibedah dibuang sebelah paru-paru, dipotong jari-jari tangan dan jari kaki, nyawanya masih mampu bertahan. Batuk-batuknya sudah mula berkurangan tapi dia mendapat khabar buruk, jantungnya pula tersumbat. Ah, lelaki itu tidak ada pilihan akhirnya dia terpaksa menjalani pembedahan jantung pula. Selepas keluar dari hospital lelaki itu disorong dengan kerusi roda, dia menangis. Selama ini dia menyangka segala penyakit yang dihidapinya sekarang hanya akan berlaku pada orang lain bukan Si Perokok sepertinya. Sambil disorong kerusi roda oleh si anak, lelaki ini berpesan.
"Jangan jadi macam abah! Tengok apa dah jadi pada abah!" beritahu si ayah. Si anak mengangguk sambil mengesat air mata ayahnya.



FAKTA BAHAYA MEROKOK!
  • Lebih 10,000 kematian di Malaysia setiap tahun direkodkan berpunca daripada merokok. Bilangan kematian ini jauh melebihi jumlah keseluruhan kematian akibat AIDS, tibi, malaria, pneumonia dan kemalangan jalan raya.
  • Percaya atau tidak merokok merupakan penyumbang kepada kes kebakaran sebanyak 25%
  • Negara kita dianggarkan rugi sebanyak RM20 bilion setahun hanya kerana menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti pesakit akibat merokok dan menghidu asap rokok.
  • Hasil kajian yang dijalankan oleh United State Surgeon General membuktikan bahawa perokok lelaki akan mati 13 tahun lebih muda berbanding mereka yang tidak merokok.
  • Banyak kesan buruk akibat merokok antaranya, deria hidung kurang sensitif, keupayaan mental dan fizikal terganggu, gangguan sistem gastrousus seperti ulser perut, penyakit jantung dan kenser pankreas.
  • Gigi seorang perokok mudah rosak manakala gusi mudah bengkak. Keadaan ini lambat-laun boleh menyebabkan tisu tulang penyokong gigi musnah dan akhirnya terpaksa dicabut.
  • Kemujaraban atau keberkesanan sesuatu ubat merawat sesuatu penyakit berkurangan sekiranya seseorang itu kerap merokok.
  • Sekiranya seseorang lelaki merokok lebih daripada 20 batang sehari di rumah maka risiko isteri dan ahli keluarganya yang lain untuk mendapat kanser dua kali ganda. Aras nikotina, karbon monoksida dan bahan kimia lain dalam darah perokok lebih tinggi daripada manusia normal.
  • Bahan kimia dalam asap rokok merangsang salur pernafasan sekali gus boleh menyebabkan penyakit asma.
  • Karbon monoksida dalam rokok mengurangkan oksigen dalam darah justeru boleh menyebabkan sakit jantung.
  • Merokok menyebabkan kualiti sperma berkurang. Perokok tegar juga boleh terdedah kepada mati pucuk bagi lelaki.


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!