Ok korang tengok cincin ni dulu hehehe...... kat jari aku ni ok bukan jari orang lain. kalau kat kelantan sape2 yg lihat dah tahu ape maksud dia tapi bagi orang2 dari negeri lain mungkin tak tahu. mesti diorang berangapan yg si pemakai ni biase2 je pakai huhuhuhu (saham aku tak jatuh lagi ni hehehe). berhubung dengan tajuk yg kat atas tu hehehe ok aku memang dah takde aweks hehehe bukan dah putus kasih ok tapi dah bertukar (upgred)... sidia dah menjadi tunang aku hehehe. Yaaaa aku sudah bertunang pada 19/11/10... harap maklum semua.
Sebelum aku memanjang lebarkan lagi coretan ini aku nak memohon maaf pada semua dahulu.... mintak maaf lah pada yg tak di beri tahu tentang hal ini. bukan aku tak nak bagi tahu tapi aku nak bagi tahu korang mase aku nak bernikah nanti je hehehe, nak bagi kejutanlah bagi semua orang tertanya-tanya mase bila lak aku bertunang ni.... maaf lah pada semua sahabat taulan (hanya 2, 3 orang je yg tahu), mak angkat aku, bestfreand aku, adik angkat aku dan keluarga aku yg tak tahu pasal ni hehehe. yaa memang aku merahsiakan hal ini tapi terima kasih lah pada bakal adik ipar aku dan sahabat aku Alias (basrie) yg telah memorak perandakan kat facebook hahaha mampus aku nak menjawab kat semua selepas diorang tahu, ramai yg berasa hati dengan aku sebab tak bagi tahu.... MAAF pada semua. Ada yg rasa bengang dengan aku lagi2 mat Taufiq tu... sory bro.... kejutan aku tak menjadi. Aku sengaja buat majlis ni senyap2 je sebab aku tak nak menyusahkan korang semua, aku cuti raye haji ni 2 hari je jadi korang kena keja dah raye ke3.... lagi sekali aku mohon maaf banyak2.... korang maafkan lah aku ni ek... jangan disimpan di dalam hati.....piss no war!
Ok ni adalah gambar sidia dan makcik aku hehehe. sekarang aku nak cerita sedikit al-kisah sebelum berlangsungnya majlis kami ni.
Bermacam halangan dan rintangan yg aku tempuhi sebelum bersua dengan mu hakhakhak lirik lagu tu..... Ok sebelum aku bertolak dari temerloh banyak masalah yg berlaku hush.. penin gak aku nak selesaikan dan diatas pembincangan semua aku dapat selesaikan. Thanks to my abang ipar dan abang die aku yg banyak bersusah payah untuk menjayakan majlis ni... tak lupa juga pada sepupu aku edy. Dalam perjalanan tu memang agak mencabar huhuhu tapi syukur sebab tak ujan memanjang seperti selalu bila aku nak ke sana, aku ni bila memandu tengah malam pastu ujan pulak memang fail hehehe tak nampak jalan. Syukur lah malam tu Allah memudahkan perjalanan kami.
Aku hanya membawa cincin je dari sini dan semua barang hantaran tu makcik aku yg kat kelantan sediakan dan dia yg sponzer semua barang tu hehehehe thanks to my makcik, mase aku sampai pagi tu kena pergi beli barang hantaran kat pengkalan kubur hehe jadi drebar makcik aku.... letih weh aku mane ade rehat tido pun sejam je dalam mase 48jam. Yg tunang aku dah mula bising2 hahaha yelah tiba2 makcik aku up kan lagi hantaran mula2 janji nak bawa 3 je tapi makcik aku tambah lagi 2 last minit lak tu hahaha kelam kabut jadinya. Sebenarnya yg lagi 2 tu makcik aku saje2 je tambah dan dia pun dah bagi tahu yg pihak perempuan tak perlu membalas yg tu.
Selepas solat jumaat tu aku boleh lah rehat sekejap sebelum nak pergi kat rumah pihak perempuan ni... dalam balasoh (btul tak aku eja ni) atau orang kat sini pangil surau kat rumah makcik aku tu aku layan tido yg sejam tu hehehe. Bangun je dari tido yg sekejap tu ( sebenarnya tido2 ayam je) dengan tak mandi dan serabai aku hanya basuh muka dan basahkan rambut pergilah kat rumah sidia untuk melangsungkan majlis kami tu (rambut aku pun tak sikat hahahahah). Aku agak terkejut jugak (kejutan budaya hehehe) sempoi je acara ni... mudah dan singkat tak seperti kat pahang dan yg agak malu gak tu bakal bapa mentua menyarungkan cincin kat jari aku ahaks! tak pernah lagi aku tengok mase kawan2 dan abang2 aku bertunang dulu... memang lain lah adat kat kelantan dengan negeri lain.
Dan bersyukur lah aku setelah bersusah payah akhirnya majlis pertunangan aku ni berlangsung dengan mudahnye dan tampa sebarang masalah. simple but nice hehehe. terima kasih pada semua yg terlibat menjayakan majlis ini, dan pada sedara aku si Bal tu (iqbal.. kalau x silap hehehe) yg menunjuk kan simpang nak masuk ke rumah pihak perempuan hahahahaha. Pelik semua orang tahu aku rase macam diaorang dah pergi sekodeng je kawasan rumah tunang aku ni hahahaha, tapi rumah yg mane diorang tak tahu... aku terlampau koya sampai lupa dah simpang hahaha thanks pada sedara mara aku kat kelate tu hehehe.
korang perasan tak yg kat gambar kat atas tu, tangan aku tengah mengemgam ape?? hahahaha ade sikit cerita memalukan pasal itu hehehe
Yaaa ini dia yg aku gengam tu... coklat bola hahaha dan dari sini lah aku ambil. Ini adalah bekas cincin yg pihak perempuan nak bagi kat aku. OK kalau kat kelantan orang lelaki juga akan dapat cincin. Selepas bapa tunang aku sarungkan cincin kat jari aku, aku secara sepontan je ambil coklat dalam bekas ni hehehe, sebelum pergi kat rumah tunang aku ni aku dah makan nasi jadi perut tengah penuh. Aku ambil lah coklat ni sebagai pencuci mulut bak kata orang hahaha. Aku ingat tak ada orang yg perasan tapi rupa-rupanya semua orang perasan hahaha semua orang dalam rumah tu duk perhatikan aku je rupanye ahaks! tapi tak pe lah aku jenis sempoi je... aku wat muka tak malu je hahaha. aku memang suka coklat... best huhuhuhu
OK ini bukan puteri gunung ledang ok.... cantik kan tunang aku hehehe. dia sentiasa cantik di hati aku... lantak lah korang nak cakap ape pun. Gambar yg di ambil dari pihak aku... adoiii semua mate bercahaya hehehe tersilap setting camera dan flas terlampau cerah huhuhuhu.... nak aku uploud kat facebook tak??? sape2 yg nak tengok?? angkat tangan....
last gambar aku uploud kat blog ni.... selepas ni aku memerlukan 3 hari di kelate untuk berjumpa tunang aku hehehe 2 hari kompom dah abis sebab jumpa sedara mara aje dan sehari je lah dapat bersama sidia sobsobsob ='(.
siapakah yg berbaju biru itu?? adakah bersangkut pahut dengan sedara mara aku??? kalau nak tahu sila ke blog tunang aku lak ek hehehe clik nuff kitaorang sekali tau hehehe.
Banyak menda yg makcik aku cakap tapi aku tak faham, bahasa orang tua huhuhu dan lebih tepat lagi aku tengah koya letih sangat mane lah nak dengar ape yg orang cakap kat aku hehehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan