Bahan - bahan di sini hanya bacaan ilmiah dalam genre konspirasi untuk  bacaan umat Islam & kami tidak pernah memaksa pembaca mempercayainya  seratus peratus. Nasihat yang diberi ialah jangan terlalu taksub dengan  sesebuah teori, jangan tersesat di rimba konspirasi dan jangan  disesatkan oleh kekeliruan sendiri. Sentiasalah merujuk kepada al-Quran  & al-Hadis sebagai sumber rujukan tertinggi. Berfikirlah secara  waras mengikut batas-batas Islam tanpa merosakkan akidah & iman. Di  sini hanya untuk pembelajaran dan bagi membangkitkan kesedaran di  kalangan umat Islam khasnya & umat manusia amnya.
Sabda  Nabi SAW "Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati  mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa mendengar tentang mereka,  hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun  merangkak di atas salji." 
|Al-Hafiz Abu Naim|            | Janji-JanjiNya |
 Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya  Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak  pendirian kamu. 
|Muhammad: 7|  Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan  tenteranya, mereka berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami!  Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami  serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir”
|Al-Baqarah: 250|
Oleh itu, berperanglah (wahai Muhammad) pada jalan Allah (untuk membela  Islam dari pencerobohan musuh); engkau tidak diberati selain daripada  kewajipanmu sendiri. Dan berilah peransang kepada orang-orang yang  beriman (supaya turut berjuang dengan gagah berani). Mudah-mudahan Allah  menahan bahaya serangan orang-orang yang kafir itu. Dan (ingatlah)  Allah Amatlah besar kekuatanNya dan Amatlah berat azab seksaNya.
|An-Nisa: 84|
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa  mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan  beroleh syurga(disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di  antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang  demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di  dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi  yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu,  bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan  (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang  besar. 
|At-Taubah: 111|
Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun  yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka  siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang  demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang  yang beriman itu berserah diri.
|Ali-Imran: 160|
Sesungguhnya sejahat-jahat makhluk yang melata, pada sisi (hukum dan  ketetapan) Allah, ialah orang-orang yang pekak lagi bisu, yang tidak  mahu memahami sesuatupun (dengan akal fikirannya).
|Al-Anfal: 22|  Dan bandingan (orang-orang yang menyeru) orang-orang kafir (yang tidak  mahu beriman itu), samalah seperti orang yang berteriak memanggil  binatang yang tidak dapat memahami selain dari mendengar suara panggilan  sahaja; mereka itu ialah orang-orang yang pekak, bisu dan buta; oleh  sebab itu mereka tidak dapat menggunakan akalnya.
|Al-Baqarah: 171|
Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya  Dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan ugamanya); dan Ia  tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam  perkara ugama, ugama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu: “orang-orang  Islam” semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah  (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan  supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan  kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu,  dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu  kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian  sifatNya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi  pertolongan.
|Al Hajj: 78|
Wahai orang-orang yang beriman! Perangilah orang-orang kafir musyrik  yang berdekatan dengan kamu; dan biarlah mereka merasai sikap kekerasan  (serta ketabahan hati) yang ada pada kamu; dan ketahuilah sesungguhnya  Allah beserta orang-orang yang bertaqwa (dengan memberikan  pertolonganNya).
|At-Taubah: 123| 
Orang Yang Arif Itu Berani, Bagaimana Ia Tidak Berani, Kerana Cintanya Akan Kebenaran Telah Menyebabkan Diri Tidak Takut Mati
|Ibnu Sina| 
HELP SPREAD THE MASSAGE OF ISLAM, ALLAH WILL HELP YOU
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan