Jumaat, 11 November 2011

Wang Hantaran Untukmu..

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca..

Entri kali ini mungkin sebagai sambungan kepada entriku yang lalu, baru kini berkesempatan dan teringat nak menyambungnya.. Huhu


Satu status di FB berbunyi,

" Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Harga Purata Terkini dan Status Pelajaran Di Seluruh Semenanjung Malaysia:-

UPSR, PMR/SRP : RM1,000-RM3,000
SPM : RM3,000-RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000-RM12,000
DEGREE : RM12,000-RM15,000
2ND DEGREE/MASTER : RM15,000-RM20,000
PHD : RM20,000-RM30,000 "


Respon aku..??

Dari ‘Uqbah bin ‘Amir R.A, Rasulullah S.A.W bersabda, “Sebaik-baik pernikahan adalah yang paling mudah (murah maharnya),”

(HR Abu Daud, Ibnu Hibban, At-Thabrani dan disahihkan oleh Al-Albani).

Dalam Islam, yang menjadi kewajiban bilamana seorang lelaki menikahi seorang wanita ialah mas kahwin bukannya wang hantaran. Jumlah mahar (mas kahwin) pula dilihat atas kemampuan si lelaki dan dipersetujui oleh si wanita. Dan mahar itu adalah milik mutlak si wanita, bukan yang lainnya (termasuk keluarga wanita).

Nah, mengapa disusahkan si lelaki dengan wang hantaran yang tinggi nilainya (sekalipun diharuskan pihak keluarga wanita meminta wang hantaran) jika keluarga wanita mengaku berpegang dengan agama Islam yang mulia..?? Apakah anak perempuan seumpama barangan dagangan sehingga hendak ditetapkan harga..?? Islam itu agama yang mudah.. Maka permudahkan urusan agama termasuk di dalam hal perkahwinan...  

InsyaAllah kahwin nanti, aku hanya nak bagi 10 dinar sebagai mas kahwin untuk bakal isteri, tanpa wang hantaran.. Ada sesiapa sudi..?? ;)


P/S= Dicoretkan oleh seorang teman

More Here  = Gantikan Duit Hantaran Dengan Dinar Emas
                        Majlis Perkahwinan Melampau
 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 ulasan:

ch000tz axoera berkata...

baeeekkkk so 15k-20k la gitu hahahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!