Jumaat, 29 Januari 2010

BUNUH SYAITAN

 
Seorang lelaki berusia lima puluhan tahun baru sahaja kematian isteri akibat penyakit kronik. Kemudian datang beberapa tawaran dari orang tertentu menawarkan berberapa perempuan untuk dijadikan isteri baru dan teman hidup barunya. Alasan mereka beliau perlu berkahwin semula memandangkan anak-anaknya sudah besar malah tinggal jauh di bandar dan tiada orang yang akan menjaga makan, minum, sakit, pening si duda itu. Setelah meminta tempoh dan berfikir sedalam-dalamnya dia pun bersetuju untuk berkahwin.
Selepas memilih dan beberapa orang calon isteri yg di tawarkan oleh orang kampung maka dia pun berkahwin dengan seorang perempuan yg agak muda berusia dalam lingkungan dua puluh lima tahun. Selepas majlis pernikahan mereka pun hidup bersama seperti pengantin baru yg lain.... Isteri barunya sering ke surau pada setiap petang khamis mengikuti kuliah agama yg sering diadakan secara mingguan dengan pesyarah jemputan yg diundang khas mengajar agama di kampung tersebut.
Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau dia menceritakan apa yg didengarnya dalam kuliah tersebut. "Abang, abang nak tahu tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/bersetubuh kan.... abang kan.. dengan car yg betul dan menjaga syarat yg betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan". Kata si suami "yerr kerr. Tak apa malam ni malam jumaat, masa yg sesuai untuk bunuh syaitan kan.. betul tak sayang..." sambil ketawa. Isteri hanya tersenyum panjang.
Selang dua hari kemudian, si isteri berkata ''bang, jom  kita bunuh syaitan.... bang". Si suami tersenyum panjang. Selang dua hari kemudian, si isteri berkata " bang, jom  kita bunuh syaitan... bang". "tak pe.. tunggulah malam". Esoknya si  isteri berkata " bang, jom kita bunuh syaitan... bang". Si suami  diam sambil mengangguk lemah.
Esoknya si isteri berkata "bang, jom kita bunuh syaitan....". Si  suami tiba-tiba  marah dan berkata...... "Ayang ni nak bunuh syaitan ke nak bunuh abang"
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!