Hari aku sangat letih, aku memandu sahaja rasa2 dah lebih 200 kilometer dan berjalan kaki lebih 30 kilometer dalam hanya beberapa jam sahaja. dari pukul 2:30 petang sampai pukul 9 malam. mula2 aku balik triang untuk menyesaikan sedikit kerja di sana, ke sana ke sini aku macam orang yg terlampau sibuk mengalahkan perdana menteri pulak huhuhuhu.
dah la masa di jalan raya berbagai-bagai karenah pemandu yg ade, yg sakit hati tu memandu macam siput sampai jem jalan dibuatnya, kalau kenderaan anda bergerak sama laju dengan basikal lebih baik lah anda naik bas lagi bagus..huh.. benci aku. dah la bawa perlahan tak mahu bagi laluan kat orang lain pulak tu.
ok ape yg aku nak cerita hari ni bukan lah mengenai karenah pemandu tetapi lebih kepada ikhlas ke hati kita untuk membuat sesuatu perkara itu. hari ni mak aku dibenarkan keluar dari wad, setelah sekian lama menungu surat kebenaran dari dokter (memang kebiasannya lambat). aku pun tak tahu kenapa surat ni lambat di uruskan sedangkan dari pagi lagi dokter tu dah benarkan mak aku keluar wad. bukan lame pun nak buat surat ni, tak sampai 2 minit pun dah boleh siap, di harap pihak yg terbabit ambil perhatian lah, kesian pada kami (orang ramai) yg terpaksa tunggu macam orang dungu je.
lepas dapat je surat tu aku pun bertanya pada pelatih nurse kat mane ade kerusi roda untuk membawa mak aku ni. budak pelatih tu pun pergi lah ambil, dan dia tolong menolakan mak aku sampai di kereta. aku tak suruh pun dia tolokan, aku boleh buat sendiri, aku cuma mintak tolong carikan kerusi roda tu je. masa dia menurun kan mak aku dari tingkat 7 hospital ni aku pergi membuat bayaran, jadi aku tak tahu lah yg perlatih ini tolong mak aku. akak aku ade bersama mak aku kat tingkat atas takdi masa aku pergi membuat bayaran di tingkat bawah. selepas aku selesai je membuat bayaran aku kena naik semula untuk memberikan nurse nombor siri resip bayaran ni (pelik juga kat wad lain tak kena pun bagi nombor ni). sampai je kat atas aku tengok mak aku dengan akak aku dah takde kat wad...mmmmm... mungkin diaorang dah pergi kat kereta kot tapi sape pulak yg bantu tolak mak aku ni. takan akak aku lak, dia tu pun tak berapa nak sihat. bila aku sampai je kat bawah tiba2 akak aku call, dia tanya aku kat mana dan cepat sikit kesian kat pelatih ni diorang nak balik dah, nanti kena tingal dengan van diaorang lak, dah lebih masa ni.
Aku pun mula lah marah, yg diaorang sibuk2 nak tolong tu kenapa. aku tak suruh pun. aku tengok muka perlatih ni bengang je lalu aku pun cakap lah dengan gaya marah "takpe biar rie je yg hantar diaorang balik kang". lepas tu akak aku lak sindir aku kata aku nak mengatal...uuik.. diaorang salah faham lah pulak, aku marah lah bukan mengatal... ini lah akibat kalau selalu buat lawak mereng sampai orang pun tak boleh nak bezakan bila masa aku serius dan bila masa aku melawak.
Aku cuma nak terapkan kat sini, kalau kita nak buat sesuatu perkara itu biarlah dengan ikhlas sebab kalau tak ikhlas kerja yg dibuat tu tiada kualiti. macam perlatih ni, tolong secara tak ikhlas jadi mula lah nak marah dan salahkan orang lain. geram je aku bila tengok diaorang buat muka bengang dengan aku, rasa nak lempang je hohohohoho aku dah letih hari ni, kang ade yg kena makan dengan aku yg tengah lapo ni hohohohoho nasib baiklah korang ni cute2 huhuhuhuhu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan