Hari ini aku meeting pukul 10 pagi, mood kurang baik sikit jadi aku merayap dulu pagi2 hari. pusing sana pusing sini pergi sarapan dulu, huhuhu nasi lemak kerang memang best. aku lewat beberapa minit je masuk keja takdi, dah sibuk orang call, tak cukup dengan call siap hantar mesej lg hahahaha si normie ni pun..... aku lewat 3 minit aje lah. aku hairan sunguh.... kenapa orang suka call aku masa aku tengah memandu, kerap sangat orang call masa tu tp bila masa aku duk bersenang lenang tak mahu pulak diaorang call aku.
entah ape yg boss aku cakap mase meeting takdi pun aku tak tahu (lupa dah hehehe). yelah, mase dia duk bercakap aku duk membaca surat khabar hahahahaha, macam ni lah perkeja contoh hahaha, hampeh tul aku ni. tak sempat pukul 12 tengahari lagi aku dah cabut balik rumah hahaha, boring giler hari ni. malam kang aku dengan along dan edy wat kerja sikit (O.T), pukul berapa pun tak tahu kena tunggu edy call aku, adus... yg ni aku tak suka, kerja "on call" ni, kalau dah tetapkan pukul berapa tak apa lah. aku tak suka lah menanti ni, bak kata orang"pernantian itu satu pernyiksaan" huhuhuhu.
esok team aku kena uruskan segalanya sebab boss aku ade taklimat kat KLCC, 2 hari dia bergantung pada team aku untuk uruskan semuanya di sini. nasib baik team aku ni boleh berunding, kowang memang the best lah. sebelum aku cabut takdi sempat gak aku berbincang dengan diaorang esok nak masuk keja pukul berapa hahahaha. tapi ade masa team aku ni (lebih kpd org perempuan lah) susah nak bawa berbincang ni, tahu nak senang diri dia je, kami lelaki mudah je sepakat.
kenapa aku ni sering sangat mengalah dengan orang..... sampai tension diri sendiri... entah lah, kadang-kadang orang tak perdulikan perasaan aku. eerrr kowang pernah fikir tentang aku tak? apa masalah aku? jangan lah duk tekan aku je, atas tekan bawah tekan kiri tekan kanan tekan depan tekan belakang pun memberi tekanan.... kalau dah macam ni ikut mana aku nak lari?
apa yg aku cakap umpama membakar diri sendiri, ade yg terasa lah, kecik hati lah tapi bila kowang buat benda yg sama kat aku tak pulak aku nak memberontak... aku pendamkan aje kat dalam hati ni,bak kata sahabat aku basrie tu "teming tinggi" terlalu tinggi sampai melupakan dataran tanah yg terbentang luas ni. masing2 dah terapung kat awan kot....ENTAHLAH
tension dengan boss besar lagi... adus, punyalah lah ramai boss aku ni. atas boss ade boss lg, atas boss ni pun masih ade boss lagi.... buleh gila macam ni, boss macam2 perangai ade, yg tegas macam hampas pun ada, alih2 kami gak yg jadi mangsa terkanan....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan