Khamis, 21 Januari 2010

KERJA "ON CALL"


HOOOOOOOOOOooooooooooooo, hakhakhak kerja "on call" ni macam jeritan thundercat ni. bila kecemasan je jerit sambil keluarkan lambang memangil kawan2. mampus.... bila kena tungu pangilan untuk bertindak tak kira masa. dah macam servis piza 24jam lak hakhakhak, tapi aku bukan berkerja dengan pizza hut. lepas aku cabut balik rumah tengahari takdi memang aku dah di maklumkan bahawa malam ni ade kerja yg perlu di laksanakan, pukul berapa tak tahu kena tungu kawan sekerja aku tu call akan memaklumkan waktunya.
pada pukul 7.30 selepas magrib kami pun mula lah berkerja.... hari hujan je jadi kami pun pergi kerja naik kereta kawan aku tu, aku malas nak memandu lah hari ni. dia ambik aku kat rumah.
 

tengok2 muka ada lagi senyum walaupun dah lejut kena hujan, ni pukul 9 malam. kawan aku tu bawa kereta lagi berbahaya dari aku, tapi aku tak kisah pun lantak lah, dia dah ade anak bini, aku belum lagi jadi kalau jadi ape2 dia lah paling menyesal hahahaha. aku ''on call" malam ni bertiga, sorang tu lembab gila (along) dan sorang lg tu yg bawa kereta tu (edy).
kami ingat pukul 10 malam kerja semua dah bereh, tapi tak jugak. yg edy ni dah bising2 kat along sebab kerja lembab sangat (dia memang orang yg jenis lembab hahaha, kenyataan ni) edy dh sibuk nak balik, yelah orang dah ade keluarga. aku faham lah, kejap2 bini call. yg along ni aku pun dah sedia maklum yg dia ni petak (lembab) jadi aku malas nk cakap ape dah.
aku pun tak berapa ade mood sebab hari ni sayang aku tu cam angin je dengan aku, badan aku je ade bersama diaorang tapi fikiran aku entah duk kat mana. kadang2 je aku gelak tengok gelagat dua orang kawan aku ni dan bila diaorang buat lawak, itu pun saje nak bagi tahu yg aku masih bersama mereka. aku pun kurang bercakap malam ni, lebih banyak diam je dengar je ape yg mereka meraban.
tengah sibuk2 kerja tu, tingal lah aku sorang, mereka pergi kejap kat tempat lain. aku punyalah sunyi, aku pun bercakap lah sorang2 (mengomel) hehehehe. tengah syok duk koyas tu tiba2 boss besar dari kuantan datang kat aku. masa dia datang tu memang haram aku tak sedar dan aku tak tahu pulak yg dia ade jugak malam ni. aku terkejut lah tiba2 ade orang kat depan aku, mase tu aku duk mengomel lagi huhuhuhu malu aku siut.......
nak cover malu punya pasal aku buat2 lah sibuk dengan kerja aku tu, boss besar tu pun tak cakap ape pun terus berlalu pergi, mungkin dia bercakap dalam hati " dah mereng sorang perkeja aku ni" hohohohoho. lepas tu je ade balik kawan2 aku ni.... aku tengok muka edy dah macam tayar kereta hahaha tension nk balik lah tu, mana taknya dah pukul 11 malam rupanya. pehhh aku pun dah naik ting tong macam ni. tak sedar aku masa dah berlalu sibuk duk koyas punya pasal lah ni.... duk fikir pasal sayang aku tu je. kerja aku dah bereh... tungu si along dengan edy je. dekat pukul 12 malam gak lah baru bereh kerja diaorang...... lepas selesai kami pergi makan boss belanja huhuhuhu, sampai rumah pukul 12.30, letih punya lah tak ingat, badan pun dah lesu. sebelum mandi mesej sayang aku dulu tak kira lah dia tak mahu layan pun yg penting aku send report kat dia hehehehe, dia masih marah dengan aku ke tidak dah memang aku tak tahu.
huhuhuhuhu dia balas dah mesej aku, bestnya.... berbunga-bunga hati aku kembali, marah dia dah kurang sikit. tak pun dia kesian kat aku kot, tapi bila aku fikir tantang kerja esok...adusss ting tong lg lah aku nampaknye sobsobsob... taput pun boss aku dah sound awal2 lagi yg bermulanya kesibukan kerja bagi tahun ini. EYAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA

☆★☆★☆

 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!