Hari ni letih tak ingat, masing2 pening sampai blurr je hahahaha, nak gelak pun tak larat apatah lagi nak bercakap. yg edy dok angin dengan along je huhuhu.aku malas nak cakap banyak yg penting kerja siap.memang gler ding dong ari ni, pukul 3.15 baru leh aku makan tangahari (eh.. masih tengahari ke ni). malas aku nak pergi jauh2 jadi aku pergi kedai makan yg terdekat dan biasa aku pergi je. aku dengan selangkah ke alam mesteri hahahahak, langkah biasa je pergi kat kedai makan tu. sampai je kat kedai tu tiba2 aku terperasan akan seseorang di situ. dia senyum kat aku AAAAARRRGGHHH tidak... aku tak mahu dah jumpa dia ni. setelah sekian lama aku tak nampak dia ni mengapa hari ini aku di temukan semula????
aku buat tak nampak je dia, lalu kat sebelah dia seperti dia tak ada di situ. senyuman dia aku tak balas terus dia bermuram durja hahaha. siapakah dia ini? tak perlulah aku beri tahu, yg kowang hanya perlu tahu dia adalah insan yg pernah menghancurkan hati ini. jiwa aku jadi kacau bilau bila jumpa dia. perasaan tak menentu (bukan macam orang yg jatuh cinta tu ok), mudah cakap aku sendiri pun tak tahu ape yg aku rasa masa tu hahaha, entahlah.
sebuah wajah yg mencul kembali
setelah sekian lama menyepi
dan aku tak mahu berjumpa lagi
terlah aku cuba melupakan dirinya
sedikit pun tidak ingin bersua
mengapa? mengapa aku di temukan dengan dia?
sudah tak mahu menatap matanya
tak mahu melihat senyumnya
senyuman manis itu yg terlah menguris hati ini
wajah dia yg makin luput dari ingatan
dia pernah mempersiakan cinta aku
memperalatkan kasih yg diberi
aku tak tahu atas sebab apa
mungkinkah kerna di antara dua darjat?
mengapa kau kembali dengan senyuman itu
senyuman perosak hatiku
bertahun aku merana
tertutup sudah pintu hatiku
tiada lagi ruang untuk diri mu
aku sudah melupuskan kau bersama luka ku
hanya yg tinggal sebagai memori luka dahulu
biarkan aku, aku disini saja
hanyut dan lemas. lemas sendiri
mencari diri menilai erti
lena sendiri mengapai mimpi
jangan kau dengar apa orang kata
masih ada yg bilang sayang
tapi itu hanya mainan kata orang
kerna di hatiku kau sudah tidak wujud lagi
dan tak akan timbul lagi di hati
simpan sahaja harapan mu itu
kerna bagi ku tiada lagi sisa-sisa
yg tinggal hanya lara
pergilah kau mencari insan yg sempurna
apalah yg ada padaku
hanya sekeping hati yg sepi
aku bawa cintaku sebagai penawar
untuk merawat luka yg lama
luka yg kau tinggalkan dahulu.....
takdi aku berseorangan makan malam, aku ingin bersendirian sebab dia ni dah membuat jiwa kacau, kesian kan aku sobsobsob..... tangah duk makan2 tu datang pulak si basrie. selepas berborak dengan dia aku pun terasa lah lega sedikit jiwa ni, aku perlukan teman berbual rupanya hehehe. berbual-bual boleh melegakan seseorang itu... kami tak berbual pun pasal sesiapa, hanya berbual kosong kejap2 layan feel masing2 diam sebentar pastu layan cerita kat tv.
yg penting aku merasa senang selepas berborak dengan sahabat aku ni, hidup tampa kawan memang hidup yg kosong jadi kenapa kowang bergaduh sesama kawan ni? fikirlah kembali....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan