Jumaat, 14 Oktober 2011

Bulan Oh Bulan

Sebelum aku menutup tirai pada malam ni... aku nak cerita sikit lah pasal bulan ni... korang tahu kan 3,4 hari lepas orang duk sibuk pasal bulan yg bercincin ni. Semakin hari semakin ramailah yg mula merepek, seperti apa yg aku jangka. Semasa blogwalking banyak lah blog yg aku jumpa post entri yg sama pasal bulan ni. Diaorang copy je lepas tu post dan mulalah kalut dan panik. Aku bukan nak belagak ke ape ke tapi sebenarnya aku terlampau biasa sangat jumpa bulan macam ni. Tak pelik atau menjakonkan langsung lah. Yang paling aku tak boleh terima apa yg ditulis tu ialah "graviti bulan menarik plak2 bumi" yaaawwwww hahaha masa aku sekolah rendah dulu aku belajar yg bulan punya graviti ni menarik air laut je tak lah sampai nak tarik2 tanah pulak. Tahukah korang yg jarak bulan setiap tahun akan berjauhan dengan bumi, mudah cerita semakin lama semakin jauh lah jadi graviti tu semakin lama semakin tak kuat. Gempa bumi tu tak ada kaitan dengan bulan ok. Lagi yg membuatkan aku ketawa separuh mereng dia tulis "amaran jangan duduk dibawah kipas" yaahahahaha ape kejadah?? 
Korang pun kalau nak copy entri dari mana2 biarlah buat kaji selidik dulu jangan nak membuta tuli je. Aku lupa dah dari blog sape yg mula2 wat entri tu, dan kalau tuan tanah blog tu baca yg ni aku mintak secara baik sila lah buat entri panik pasal bulan merah pula yaaahahahaa. Jangan marah derr, yup aku pun biasa juga lihat bulan bewarna merah tapi tak ada pula orang nak merepek membuat ramalan yg bukan2 pula. Korang penah lihat tak??

Wokey sedikit tips untuk yg taip "
Kata Kunci Carian
cara membuat orang tidak bosan semasa bergayut di telefon" hari ni hahahaha ade juga ek. Ok2 aku faham.. ni tips yg paling bernas "jangan telefon orang" hahahaha. Jangan marah lah nak gurau2 sikit je.. wokey serius dah ni... huurrmmm tengok lah pada siapa yg kita call tu. Sekiranya korang lelaki dan menelefon kawan lelaki jangan lah cerita pasal bini atau makwe, kalau kat kawan perempuan jangan tanya dia bila nak kawin, kalau pada kekasih mmmm suruh je aweks korang tu call aku waahahaha.
Sekiranya korang perempuan, kalau call kawan lelaki jangan cerita masalah hubungan korang kat dia, kalau call kawan perempuan... huurrmm korang mengumpat je lah hahaha kan orang perempuan suka jadi tak lah dia bosan hahaha. Kalau call pakwe tu janganlah nak cerita pasal emosi dan perasaan je, cuba cerita tentang menda lain same.
Wokep itu je... aku nak keluar melepak dengan sepupu aku and the geng dulu. Ade cerita sensasi hehehe adiiosss walaweh.. i lebiu u all.
 
Clik sini untuk cerita sensasi Sensasi Brutal Mania™  
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

2 ulasan:

DRC berkata...

sebab tu DRC x wat review pasal bulan tu... ermm.. rasanya itu keajabian ALlah yang sukar untuk ditafsir secara sains... Allah je yang tahu.. Maha Mengetahui kan..? apapun, setiap kejadian tu ada hikmahnye...

Unknown berkata...

kebesaran Allah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!