Rabu, 26 Oktober 2011

Mat Brutal VS Brutal Mania™

Waahahaha sape pulak dah bagi nombor telefon ni?? dude aku lelaki lah dan bukan gay ok hahaha. Wokey jangan lah korang nak bagi nombor telefon ke, nombor ekor ke, nombor surat beranak ke kat page Brutal Mania™ yek. Salah sama sekali semua itu, kerana page tu adalah untuk  kawan-kawan melihat post terbaru dari blog ini. Lagi satu kalau nak komen tu biarlah guna bahasa yg membolehkan semua orang faham, macam mana aku nak balas komen korang kalau aku sendiri pun tak faham apa yg dikomen =P
Damm google bermasalah lagi dengan aku. Bosan betul dengan gurauwan macam ni tak tahu lah sebab apa aku tak boleh nak follow blog orang. Dia tulis kat atas tu kejap je dan sila cuba balik sebentar lagi tapi dah 3 hari macam tu. Apa kejadahnya sebentar kalau dah 3 hari.. Wokey jadi kepada sesiapa yg nak follow sebab untuk difollow kembali tu tak payah lah follow blog ni. Nanti korang marah pulak kat aku sebab tak follow balik.
Bagi korang lah yg mana lagi penting?? follower ke pelawat?? aku dah jumpa banyak blog yg follower dia tak lebih pun 20 orang tapi pelawat dia satu hari lebih dari 8k.. wow maveles tu. Bagi sesetengah orang lebih ramai follower maka trafik pun meningkat... betul tak?? yaaaahhh korang silap banyak lah, cuba tanya pada folower korang tu berapa ramai yg pergi pada laman utama blog dia untuk melihat post terbaru pada blog yg dia folow?? ade ke tak?? aku?? yaaa menjadi aktiviti harian untuk melihat post terbaru dari setiap blog yg aku folow. Ada aku jumpa satu blog tu folower sampai 2+++ tapi yg melawat dia satu hari 24 orang je. 
Mesti ramai yg tak faham dengan komen aku semasa blogwalking malam ni kan..
"朋友早上好... ...你的博客是伟大的。我求求你愿意访问我的博客了。谢谢.. :- P" 
Hahaha ok ini maksud dia 
 "Good morning friends ... your blog is great. I beg of you are willing to visit my blog. Thank you ..: - P
Bagi yg cuba google translate tu hahaha memang agak berterabur sikit. Google translate tu bukan betul sangat pun. Lain yg di tulis lain pula yg keluar ayatnya. Yg lebih poyos dari google translate ni adalah seorang budak tu hahaha dia tanye aku apa maksud ayat yg aku tulis tu. Amboi blog penuh dengan K-Pop siap pasang lagu korea cong ceng cong ceng lagi tu tak faham ke?? sampai sakit kepala aku dengar lagu tu. Pelik aku, macam mana boleh layan lagu tu kalau tak faham apa yg disebut kan.... kalau faham kenapa tak faham pula apa yg aku tulis tu.
P/S= Bahasa budaya bangsa 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!