Khamis, 31 Disember 2009

BYE 2009.... COME 2010


Tahun makin silih berganti, masa pun x pernah menanti kita, sentiasa bergerak meningalkan orang yg lalai, umur aku pun semakin meningkat....huhuhuhu makin tua la aku.. fikir-fikir balik banyak kenangan pahit manis aku lalui tahun 2009 ni, yg pasti bukan tahun yg mudah untuk dilalui. susah gak aku, terkapai-kapai untuk berdiri teguh untuk menempuh tahun 2009. terpaksa mengharungi dengan ketabahan..... tapi masih ada yg belum aku capai pada 2009....entahlah... tahun 2010 mungkin lebih mudah untuk aku tempuhi... mampukah aku bertahan???




Hidup ini banyak betul pengalaman dia
Setiap orang ada langkah masing-masing
Hari-hari yg berlalu akan terus kekal sebagai memori
Dengan memori ini, kita akan belajar menghargai apa yg telah kita miliki untuk kita terus dewasa
Kita warnai langit dengan tangan kita sendiri.......
Selagi jantung ini terus berdegup, mimpi......... persahabatan...... keberanian..... segala-galanya....!!!
Akan terus di abadikan dalam jiwa ini selamanya......
Masa untuk jadikan impian satu kenyataan.......


  selamat tahun baru untuk sahabat semua... stop war...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Rabu, 30 Disember 2009

HARI INI AKU KECEWA


Hari ni aku terasa tenang je, perasaan yang jarang2 berlaku pada aku. Bangun je dari tido aku berasa pelik sikit bila memikirkan tentang mimpi aku malam semalam.... aku bermimpi yg dompet duit aku hilang, masa tengah cari dompet aku tu aku terjumpa duit pulak lepas tu aku jumpa semula dompet aku tu... tah hape2 kan mimpi aku ni hahahaha. ok kembali semula pada hari yg sedang aku lalui ni....
petang hari aku macam biasa pergi hospital hantar mak aku cuci darah (utk org yg mengalami masalah buah pingang) kalau korang tak faham... lantak lah bukan penting pun untuk korang. Masa kat hospital tu aku terjumpa dengan seorang lelaki yg meminati anak sedara aku, tapi dia pasrah hahahaha, aku bagi dia semangat dan tips-tips untuk mengorat anak sedara aku ni hehehehe tiba-tiba je aku jadi baik... aku memang seorang pakcik yg baik kan..kan..kan..
Lepas tu masa aku duk lepak2 tiba ada budak kecil, aku agak2 dalam umur 3 tahun kot sebab dia cakap pun pelat lagi. budak ni datang kat aku, duduk kat aku... anak sape pun aku tak tahu, jadi aku layan je la sembang dengan dia.. pening gak aku layan tapi seronok... mungkin bapak budak ni berada berdekatan dengan kami... tapi pelik lah budak ni tak takut ke dengan orang yg tak kenal cam aku ni....
Lepas layan budak ni perut aku pun berasa lapo la.... sebab aku tak makan ape2 lagi pun dari pagi takdi.. aku pun pergi la kat cafe hospital untuk membeli makanan untuk mak aku dan perut aku ni... tiba-tiba aku ternampak kuih pau... huuyooooo feveret aku tu... lama dah aku tak makan kuih pau ni.. aku pun beli la dengan hati yg girang.. tak sabar2 aku nak makan kuih pau ni... lepas aku bagi makanan kat mak aku, dengan rasa gembira dan hati yg melonjak-lonjak ingin memakan kuih pau yg aku beli ni. Aku pergi ke suatu sudut di tempat menungu untuk makan... air nescafe mohca ais dgn kuih pau... waauuu memang melutop tiptop la.. sekali aku gigit dan kunyah je kuih pau tu.... hati aku pun kecewa... tak sedap pun kuih pau ni....sob..sob.sob.. waaaaaaa hatiku kecewa..... pasrah aku dengan kuih ni... nampaknya dalam masa yg lama lagilah baru aku nak makan kuih pau ni yg pasti aku takan beli dah kuih pau kat cafe hospital ni...
hahahahaha ni je yg aku nak cerita... hampa korang kan selepas membaca hahahaha padan muka korang...... erkk dengan kuih pun aku nak emosi gilo-gilo hahahaha
adios..papayos.. 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Selasa, 29 Disember 2009

KEKASIH HATI....

Ayu wajah mu
terbayang di mata....
Senyummu bak tujuh pelangi
memancarkan segala kecantikan
Terpesona setiap insan
yang memandang
Kau berjaya membuka pintu hatiku
yang bertahun terkunci
Kau berjaya membangkitkan semula
perasaan ku yg sudah hilang
Kecintaan ku terus berdiri
di ruang hati....
Tak perlu aku menanti
hari yang istimewa
Kerana dirimu
menjadikan setiap hari istimewa... 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

CRAZY I'am....??????



Where i grew lost all alone.......
Only my heart wandered and stood still....
If the world that i dreamed of exists somewhere....
The world end of the freezing day breaks.....,
Parched middays and shivering dark nights.....
I will go without a trace......
.....of the world still unseen.....
....know of loneliness......
.....have someone care about ME..??????
NO!!!!!!!!!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Ahad, 27 Disember 2009

30 Rahsia Lelaki Yg Perempuan perlu tahu


30 rahsia lelaki yg perempuan perlu tahu

1;suka pada wanita yg boleh berbaik-baik atau bermesra dengan keluarganya

2;memiliki ego yg tinggi tetapi hanya sebagai penutup diri yg beremosi

3; menipu untuk menjaga perhubungan dengan kekasih mahu pun sahabatnya

4; suka menyendiri apabila tengah emosi

5;perlukan masa untuk bersama-sama sahabatnya

6;tak suka jika kekasih hati membandingkan dirinya dengan lelaki lain

7;mengatal adalah aktiviti suka2 bagi yg sudah mempunyai buah hati, tidak bermakna yg dia mula curang

8;akan memandang perempuan lain walaupun bersama kekasih, jangan marah itu memang lumrah seorang lelaki

9;tidak mengendahkan kekasih bukan lah pertanda tidak sayang lagi cuma ingin waktu untuk diri sendiri

10;jangan mempersoalkan hobi lelaki kerana minat dia adalah sesuatu yg penting baginya walaupun kebudak-budakan dan sesuatu yg membazir

11;tidak suka di paksa melakukan sesuatu perkara

12; jangan menuduh sesuatu yg tidak di lakukan olehnya

13; boleh membenci walaupun hanya perkara yg kecil

14; cepat marah atau tersingung dengan buah hati

16;ingin jugak di pujuk oleh kekasih, bukan memujuk kekasih sahaja

17;apabila suka pada seseorang hanya teman yg rapat sahaja yg tahu, 3 atau 4 orang sahaja

18; berkongsi masalah perhubungan dengan teman rapat, meminta pendapat

19; tidak tahu untuk mempamirkan kasih sayang walaupun hatinya sangat sayang dan cinta pada seseorang itu

20;ada jugak lelaki yg bersifat sebagai pendengar yg setia

21;berpura-pura di depan sahabatnya yg dia boleh bermesra dengan kekasih sahabatnya walaupun dia tidak suka dengan perempuan itu

22;memendam perasaan

23;malu apabila bertembung atau berpandangan dengan perempuan yg di minati dalam diam

24;berpura-pura sihat di depan kekasih walaupun diri dah rasa nak pitam hehehe

25;sangup melakukan apa saja untuk orang yg di minati, jadi tolong jangan ambil kesempatan

26;walaupun tak pandai bermadah punjaga tetapi untuk buah hati boleh pandai dengan tak sengaja

27; suka pada perempuan yg memberikan dia ketenangan

28;tidak suka di tanya tentang kerjayanya dan siapa sahabatnya


29;sangup putus sahabat kerana kekasih hati

30;CINTA ATAU NAFSU semata-mata, berhati-hatilah 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sabtu, 26 Disember 2009

30 Rahsia Perempuan Yang Lelaki Perlu Tahu..


30 Rahsia Perempuan Yang Lelaki Perlu Tahu..


1.Sseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata,bermakna dia menangis di dalam hatinya

2.Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf

3.Wanita sukar cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang


4.Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain

5.Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat

6.Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian

7.Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu, tolak cintanya dengan lembut jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja

8.Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan

9.Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik,puisi,lukisan dan tulisan cara termudah mereka meluahkan isi hati

10.Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka langsung tak berguna

11.Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita

12.Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon,Dia akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakannya akan tahu berita tersebut.

13.Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14.Jika kamu menyukai seorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15.Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu

16.Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya

17.Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri

18.Selepas seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal

19.Jika masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati seorang gadis,rajinkan tangan menyelak buku cinta

20.Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri

21.Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya

22.Satu ucapan 'Hi' sudah cukup menceriakan harinya

23.Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui

24.Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik

25.Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi

26.Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati

27.Senjata wanita adalah airmata

28.Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya.Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.

29.Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya


30.Wanita ingin dibelai dan dimanja setiap masa
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Jumaat, 25 Disember 2009

PERANGKAP BERDURI


setelah aku mengepostkan cerita DAIRY SEORANG LELAKI hari tu, teruk aku kena hentam dengan teman-teman dan kawan-kawan tenet. diaorang kata aku memang jahat, tak baik buat orang macam tu, sampai aku pun terdiam tak boleh nak kata apa lagi.
ok tak apa, mari semua aku nak cerita pulak tentang PERANGKAP BERDURI ni, kejadian yg baru lagi berlaku beberapa hari yg lepas. bagi siapa yg tak tahu apa yg aku maksudkan dengan perangkap berduri ni, nanti korang akan faham.
Masa aku pergi rumah akak aku tiba-tiba je anak sedara aku tanya kat mana klinik (sebuah klinik yg aku rasiakan namanya) terletak. aku pun tak tahu kat mana klinik tu, aku cakaplah wat ape nk cari klinik tu byk lg klinik yg ada. lepas tu akak aku pun menyampuk, "nak gugurkan, kat klinik tu je yg bleh wat". aku pun terpinga2, apa yg gugur buah kelapa ke yg gugur...tak faham aku.
akak aku pun bagi tahu la yg kawan ank sedara aku ni nak gugurkan kandungan. laaaaa knp pulak nk gugurkan, org lain ade yg dh bertahun2 tak dapat ank, yg bdak ni mudah2 je nk gugurkan.
aku pun tanya la kat ank sedara aku tu siapa kawan dia tu, rupanya seorang pelatih nurse, budak belasan tahun lg mengandung ank luar nikah dan orang  yg bertangungjawab tu dah menghilangkan diri. masih belajar tp dah wat benda2 yg haram jadah ni.. bodoh punya orang.
Dulu budak pelatih ni nak bekenalan dengan aku tapi aku tak layan, biasa lah ego dan demand hahahahaha, macam yg aku ceritakan dlm dairy seorang lelaki tu. dan nasib baik aku tak mengatal dengan budak ni kalau tak dah tentu aku yg akan jadi mangsa perangkap dia ni, jadi pak sangup...eeeeuuuw tak sangup aku. kerana ego aku yg dulu lah telah menyelamatkan aku dari perangkap ni.
masa aku lepak dengan sahabat aku si basrie tu, dia tanya aku yg budak tu cun tak? kalau cun boleh la tolong dia. aku pun pandang basrie sambil terfikir, kadang2 otak dia ni gagal berfungsi dengan sempurna hahahahaha. gila apa nk jadi pak sangup ni. tapi bila aku fikirkan tentang "tolong" ni, pertolongan jenis apa ni ek? kalau aku tolong pun mesti kena tunggu dia melahirkan ank tu dulu baru boleh kawin pastu ank tu tak leh di bin kan dengan nama aku....
tapi tak mungkin aku akan tolong punya.... aku pun ada maruah la. bak kata orang berani buat berani tangung laa.
cuma aku nak nasihatkan jangan la gugurkan kandungan tu, cukup lah dosa yg di buat dahulu jangan di tambah lagi dosa tu dengan membunuh nyawa yg tak bersalah tu. fikirlah azab di kubur nanti... anak-anak bangsa ku semakin lupa agama...
zaman semakin hampir dengan perhujungnya, bertaubat lah... Cinta itu buta tetapi jangan buta hati kerana cinta..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Isnin, 21 Disember 2009

KONTROVERSI......

ape yg kontroversi sangat ni??? tak ada apa-apa lah saje2 aku nk bagi tahu perkara yg sebenar kepada sahabat-sahabat aku yg tidak mempercayai dgn aku... ini betul-betul bukan cobaan. aku ni secara jujurnya tak pandai pun nk edit gambar (kecuali edit bodoh yg ada dlm handset tu). Gambar ni semua aku tangkap mengunakan camera yg ade kt handset aku tu je, 2 Megapixel dan 3 Megapixel. Aku memang x ada edit pun gambar ini (yg akan aku siarkan nanti, puas aku bagi tahu mereka tapi diaorang tak percaya jugak. Sebenarnya aku tak suka pakai camera digital ni, aku lebih suka pakai camera biasa tu je yg pakai filem tu, biar lah orang nk cakap aku ni ketingalan zaman dan kuno, itu pendapat masing2 bagi aku camera kuno tu lagi bagus kualiti gambarnya... Mengapa aku katakan bergitu sebab aku dah test, mengunakan camera yg sama jenama, sama model cuma yg satu digital dan satu lagi pakai filem. Masa aku membuat kajian ni aku bersama seorang abang yg aku dah lupa namanya dan aku x tahu la dia ni pro ke tak dlm bidang gambar ni tapi dia bekerja dengan sebuah syarikat surat khabar, aku secara tak sengaja terjumpa dia masa dia sedang cari bahan berita untuk di siarkan dalam surat khabar tersebut. aku memang tak pro langsung dalam bidang gambar ni, aku tak pernah belajar tekniknya, aku guna bakat aku yg tak berapa nak ada ni je hehehehe ( aku ni ada bakat ke??). ok abang tu guna kamera digital dan aku guna yg kuno tu aje, sama model dan sama jenama. Saje suka2 aku nak test yg mana lg bagus selepas aku berdebat dengan abang tu tentang camera ni. Dan hasilnya gambar yg di tangkap guna camera digital kurang memuaskan ada sedikit kabur tetapi gambar dari camera kuno cukup memuaskan lebih terang hasilnya.. Ok lah gambar yg aku nak tunjukan ni bukan di tangkap mengunakan camera yg mahal tu cuma mengunakan camera handfon aku je..... jom tinjau;


yg ni kurang cantik, ade satu lagi tapi aku dah terdelet lah hehehe


waktu pagi


waktu senja

pukul 5 petang, macam mana aku leh tangkap tepat kt matahari tampa menyilaukan pandagan lain? rahsia aku hehehe


senja dh ni


yg ini rahsia terbongkar


yg ini aku paling suka, ini gambar masjid


kalau di perhatikan betul2 macam ade keretakan pd cermin mata tu

cukuplah hanya sedikit ini saja, mesti ada yg mencemuh yg gambar ini biasa sahaja, betul memang tiada yg menarik pada gambar ini. aku cuma nak beri tahu kebolehan camera 2 dan 3 megapixel boleh buat.... tampa sebarang edit. Ya camera bodoh itu memang menyakitkan hati bila untuk bergambar kerana hasilnya tidak cantik. kena pulak camera dari handfon aku ni lagilah bodoh, kawan2 aku yg terdekat memang tahu kebodohan camera aku ni, kalau tangkap gambar lebih je tiga meter gambar akan kabur tapi kalau pandai cantik gak hasilnya. aku memang tak berlajar ini semua, aku tak ada pun ambik kursus. cikgu yg paling baik adalah pengalaman....

entah ape2 yg aku wat ni kan hahahaha, saje2 nk hilangkan bosan hohohoho
 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Khamis, 17 Disember 2009

DAIRY SEORANG LELAKI


petang takdi masa aku bawa anak sedara aku keluar makan di sebuah restoran,(anak sedara kau ni perempuan) bersama sepupu aku (sepupu aku ni lelaki). kami sebenarnya dari hospital, dari aku makan kat cafe hospital tu lebih baik aku makan kat luar kawasan hospital sebab kat cafe tu dah la mahal tak sedap pulak tu, biar aku makan kat tempat yg mahal dan sedap masakannya. kakak aku telefon mengatakan ada perempuan yg sedang tunggu kami kat hospital tu, aweks la ni. aweks ni nak sangat jumpa dan kenal aku, tapi aku tak kenal pun siapa. kakak aku pun hairan jugak macam mana aweks ni boleh tahu nombor telefon kakak aku. aku pun berfikir lah, nak ke tidak aku jumpa aweks ni....mmmmmm rasa malas pulak aku nak jumpa. aku pun suruh je anak sedara aku yg pergi jumpa aweks ni dan anak sedara aku mengatakan yg aweks ni tak berapa nak comel dan cantik. nasib baik aku tak pergi hehehehe

bila aku ceritakan pada adik aku zura cute tu, dia cakap yg aku ni jahat. tak baik buat macam tu huhuhuhuhu tapi aku rasa bila dia berjumpa dengan lelaki yg tak kacak pun dia tak akan layan punya....betul tak adik kesayangan abang?
aku kena la demand sikit hehehehehe sepupu aku langsung tak kisah hahahaha

tapi bila aku fikirkan balik kenapa lah perempuan suka pada aku yg tak kacak ni, nak kata aku kaya tak lah berapa nak kaya, sedang-sedang saja.termasuk aweks ni dah boleh dikirakan ramai jugak lah yg minat pada aku. malas lah aku nak fikir....
mereka boleh mengaku secara jujurnya pada anak sedara aku, kakak aku dan ibu aku bahawa mereka suka pada aku tetapi tidak pula mereka cakap kat aku...

kawan-kawan aku pun sering bertanya pada aku yg mereka hairan melihat aku yg di kelilingi oleh ramai aweks-aweks yg cun. secara jujurnya aku beri tahu yg aku sendiri pun tak tahu, memang ramai kawan perempuan aku yg boleh dikatakan cantik dan menawan. dah mereka nak berkawan dengan aku tak kan aku nak berlawan pulak. aku tak suka berlawan dengan orang, aku suka berkawan. aku sendiri pun tak tahu di manakah daya pernarik aku...aaahh lantak lah.

ini pun soalan yg sering kawan-kawan aku tanya, aku kan anak bongsu tetapi kenapa semua anak sedara aku memanggil aku pokcik (pakcik) dan tidak memanggil aku paksu.aku malas nak beri tahu korang semua, biarlah menjadi rahsia dan korang di selebungi misteri hahahahahahaha 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Rabu, 16 Disember 2009

CERITA SATU MALAM>>>


apa yg ingin aku ceritakan di sini adalah sebuah peristiwa yg menimpa diri aku pada malam selasa 16/12/09. ini adalah kisah benar, bagi anda yg terbaca sedikit di facebook aku pada bahagian gambar yg tertera di atas ini anda mungkin sudah mengatahui sedikit mengenai kisah yg aku ingin sampaikan di sini. ok tak apalah, biar aku terangkan sedikit berkenaan gambar di atas ini kepada sesiapa yg tidak sempat untuk melihatnya di facebook aku. gambar ini di ambil semasa aku sedang bersembang dengan seorang gadis tetapi selepas gambar ini di ambil tiada imej gadis tersebut, hanya aku seorang sahaja.... Amaran dr aku, pada wanita yg sedang mengandung dan sesiapa yg pernakut di larang sama sekali untuk membaca kisah ini.... amaran keras ni!
anda pernah mendengar tentang kisah-kisah hantu di kawasan perhentian keretapi tak? dulu aku pernah jugak membaca kisah hantu di perhentian keretapi dan komuter  dari majalah mistik keluaran negara kita ni. ada jugak aku menonton cerita hantu berkenaan keretapi di panggung dan DVD. ini kisah aku pulak yg ingin di kongsi bersama anda, kisah benar!

                               
Jam menunjukan waktu tepat pukul 1:15 pagi, cukup dingin malam ini mungkin kerana selepas berlakunya hujan di sini, aku lihat masih basah lantai di perhentian keretapi ini. rasa kesejukan sampai ke tulang, menyesal aku kerana hanya berbaju nipis sahaja malam ni. sudalah aku kesejukan semasa di dalam aircond takdi, keluar pun sejuk dingin malam pulak, apa punya nasib badan la aku malam ni. ops! lupa pulak nak bagi tahu, ini keretapi dari singapura ke tumpat kelantan. di perhentian mentakab ni memang selalu tiada ramai orang lebih-lebih lagi di waktu bergini. orang tengah lena di buai mimpi-mimpi yg indah. semasa penurunan pernunpang takdi pun, tidak ramai pernumpang yg turun dalam 6 orang sahaja. aku sedang menunggu orang pulak ni, jadi sambil nak menunggu ni lebih baik aku mencari tempat duduk, letih aku kalau nak berdiri sahaja. aku malas nak duduk di bahagian tempat yg di sediakan untuk menunggu, walaupun tidak ramai orang hanya ada 4 orang sahaja di situ. aku memilih di tempat yg jauh dari orang, ada lah bangku simen di bawah lampu yg hanya menyala apabila ketibaan keretapi di perhentian ini. oleh kerana keretapi sudah pergi jadi lampu ini tidak menyala dan tempat yg aku duduk ini menjadi suram di dalam kegelapan malam. sedang aku leka melayan kedingin malam tiba-tiba aku di kejutkan dengan teguran dari seorang gadis "sejuk ke bang", aku pun menoleh pada arah datangnya suara berkenaan, cantik tuan punya suara itu, kulit putih berwajah cantik ayu orangnya. aku sekadar membalas soalan gadis tersebut dengan mengangukan kepala sahaja. "tengah menunggu org ke?" tanya gadis itu lagi, dengan selamba aku menjawap "tak lah tengah tuggu kucing abang" sedangkan aku mana ada bela kucing hehehe. "kelaka lah abang ni" gadis itu mula menunjukkan kemesraan. tampa di jemput gadis itu pun duduk di tempat aku tu jugak. dari aku kebosanan menuggu orang ni lebih baik aku bersembang dengan gadis ini, ada jugak teman untuk berbicara. gadis ini pun sedang menunggu orang untuk menjemput dia dari perhentian ini. elok sangat lah tu, aku teman dia dan dia menemani aku sambil kami menunggu orang untuk menjemput kami. walaupun dalam keadaan suram kegelapan aku masih dapat melihat kecantikan gadis ini, aku pun terfikir kenapa gadis cantik ini duduk di sini kenapa dia tidak duduk di tempat menunggu  yg cerah di limpahi dengan cahaya lampu di sana, aku pun bertanya lah padanya dan dia menjawab "saje je sebab tengok abang duk sorang-sorang je kat sini, saje nak teman abang". borak punya borak, aku tahu yg dia dari singapura, wah cantik rupanya orang singapura ni ek. lebih kurang 20 minit bersembang dengan gadis tersebut, dia pun meminta izin untuk bergambar untuk membuat kenangan, aku tak kisah pun boleh sahaja. cahaya dari flash mengangu aku, pinar jugak mata aku biasalah sebab kami duduk di kawasan yg agak suram gelap. selepas siap bergambar dia pun menghantar ke handfon aku melalui bluetooth dan aku tidak pun melihat gambar yg di tangkapnya. tidak lama selepas itu gadis tersebut meminta diri dan sahabat aku pun sampai untuk menjemput aku. sebelum pulang aku singah sebentar di kedai makan, semasa sedang minum bersama sahabat aku ni, aku menceritakan tentang gadis yg aku jumpa sebentar takdi dan sahabat aku pun ingin melihat gambar aku yg di tangkap bersama gadis tersebut. aku pun memberi lah handfon aku kepada beliau. tiba-tiba je kawan aku ni tanya " mana aweks tu? x nampak pun". aku pun hairan, kenapa pulak dengan kawan aku ni dah rabun ke. "ada la kat situ" kata aku, "mana ada, aku nampak ko je tak nampak pun aweks tu" jawab kawan aku. aku pun tiba-tiba merasa seram, dan sepantas kilat aku merampas handfon dr tangan kawan aku itu untuk melihat sendiri gambar tersebut....................................... aku menghayati gambar tersebut, dan aku pun pandang pada wajah kawan aku ni. aku lihat wajah dia berubah dan dia pun berkata "ko dating dengan hantu ke takdi rie?". aku lihat kawan aku ni dah mula mengigil, muka mula pucat, jam dah menunjukan jam 2 pagi. lolongan anjing mula kedengaran sahut menyaut..... aku pun berkata pada sahabat aku ni dengan nada yg perlahan seperti lagu jiwang yg berkumandang di radio " memang la ko tak nampak dia kat gambar ni sebab masa ni dia duk kat depan aku, dia yg tangkap gambar ni... aku suruh ko tengok gambar yg lagi satu tu la ngok!!! gambar aku dengan dia yg di tangkap oleh kawan aweks ni....... bodoh piang tul.. bangang melantun-lantun" dan kawan aku tu pun rasa termalu....kui..kui..kui..


sekian sahaja kisah sengal dari aku ni, saja-saja aku nak kenakan korang pulak. aku dapat idea ni pun secara spontan. gambar yg aku tunjuk pada kawan aku tu pun memang di rancang oleh aku. aku bagi handfon lain yg mana aku hanya masukan gambar yg di atas sekali tu je, memang dia tak akan jumpa punya gambar aweks tu hahahahahaha..... korang jangan marah ok... gurauwan dari aku.
kisah ini adalah kisah benar yg aku olahkan menjadi karut supaya dapat kenakan korang dan memang benar kawan aku dan korang terkena hahahahaha
korang nak tengok tak gambar aweks tersebut???? sila lah wat undian dan kalau aku rasa undian cukup byk aku akan siarkan....papai huhuhuhuh=)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Ahad, 13 Disember 2009

PERANGAI-PERANGAI PELIK AKU muuuuhahahaha


aku mempunyai perangai yg pelik di mata korang semua tapi biasa je pada aku, disini aku senaraikan beberapa perangai yg korang kata pelik itu, jangan biarkan korang merasakan aku ini misteri waahahahahaha haram pelik dek aku.. pelik ke tak korang tafsir la sendiri, let cekedaut hohoho
  1. aku suka buat orang marah, saje2 hilangkan boring
  2. suka sebut perkataan "entah" dan ayat "haram pelik"
  3. suka minuman yg sejuk (ais) setiap masa walaupun pada cuaca yg dingin dan waktu pagi2 bute
  4. cakap mengikut mood, bila takde mood jd pemdiam tapi bila happy cakap sampai merepek-repek hehehehe
  5. senyum sokmo... tak kira la walaupun tengah senang atau tengah serabut dengan masalah
  6. boleh duk kat umah tampa keluar untuk satu masa yg panjang
  7. tak suka di gangu apabila tengah dengar org lain berkata
  8. boleh menguasai sesuatu yg baru dgn cepat
  9. mengutuk dan menyindir org dlm ayat yg lawak
  10. boleh berjaga selama 3 hari berturut-turut tampa tidur
  11. super aktif mengalahkan budak2
  12. cepat marah bila kena mengulangi apa yg sudah di beritahu (tak leh jd cikgu huhu)
  13. tak hiraukan ugutan (haram pelik dek aku)
  14. suka mengutip barang yg pelik
  15. setiap soalan akan di jawap dengan soalan juga (hehehe saje nk suh korang berfikir)
setakat ni dulu, aku nak terangkan maksud apa itu "haram pelik", aku tau dah ade yg duk garu2 kepala yg tak gatal tu kan...
Haram pelik= tak kisah, tak ambik peduli, buat tak tahu je, buat bodoh je, tak layan...

jadi ape pandangan korang??? adakah aku ni seorang yg pelik??? jejaka misteri adalah kan,,,,, terpulanglah ape korang nak kata... haram pelik dek aku hohohohohoho
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

LUAHAN HATI SEORANG IBU~~~

Ibu kepada sahabat aku membebel pada aku tentang perubahan sikap anak dia ni, aku tahu bebelan seorang perempuan adalah luahan hatinya.....
mak aku pun suka membebel pada aku dahulu walaupun bukan aku yg membuat kesalahan tersebut..... abang aku yg buat salah tapi aku yg kena di bebelkan, mula-mula memang aku rasa tak puas hati, yelah... mana nak puas hati bukan aku pun yg buat salah.
Apa yg korang senyum-senyum sinis tu???? yee aku memang pendengar yg setia... kenapa? tak percaya? lantak koranglah....
aku berfikir kenapa mak aku tak membebel pada abang aku....fikir punya fikir akhirnya aku tahu sebab dia, semenjak itu aku tak kisah dah bila mak aku membebel pada aku (love u mom).. situasi yg sama dengan ibu kawan aku ini alami.... korang nak tahu ke sebab apa? korang fikir lah nanti ek, malas aku nak bagi tahu.... pandai-pandai lah korang mentafsir apa yg tersirat di sebalik yg tersurat.....

ini luahan makcik tersebut..... "anak makcik ni dah tak macam dulu, semejak dia kenal pempuan ni dia tak hiraukan makcik lagi, kalau dulu makcik demam ke, sakit ke, dia bertanya khabar dan beli la ubat walaupun penadol tapi sekarang dia dah tak kenal makcik kot..... awak pun dah takde kawan lah sekarang...(yee makcik dia dah tak kenal saya dah, memang dah banyak berubah dah dia ni, tak serupa dulu).... dari kecik sampailah besar ni {sebelum mengenali aweks itu} apa kata makcik dia dengar tapi sekarang ni nak tergur sikit pun dah melenting dia.... tak boleh nak cakap apa kat dia ni...{aku tahu makcik ni sedih} makcik sekarang ni cuma nak tengok adakah dia memilih makcik atau perempuan tu.....(dah abis angau dia kat perempuan tu nanti bolehlah dia berfikir makcik jangan bimbang lah)"

sedikit je lah aku siarkan... letih aku nak menaip kalau nk siarkan semuanya...kenapa aku siarkan luahan makcik ni kat sini? sebab aku tahu yg anak dia suka membaca blog aku ni... siapakah dia aku tak bagi tahu... nanti dia akan tahu sendiri dan yg dalam ( ) tu adalah nyampukan aku masa makcik tu membebel kat aku takdi....
Aku bukan nak memalukan sapa-sapa cuma ingin menyedarkan..... kasih seorang ibu adalah kasih yg sejati, ibu tidak akan menyakiti kita... percayalah. Kau tak nak kawan dengan aku dan semua member (kalau ko masih kenal kitaorang lah) sampai bila-bila pun, aku tak kisah tapi satu je aku mintak sangat pada kau supaya jangan menyakiti hati mak kau, kau nak sakiti aku takpe... aku tak kisah, itu je yg aku minta kalau ko masih angap aku sebagai seorang sahabat.


dulu aku pernah terdengar seseorang berkata pada aku (siapa dia, aku dah lupa lah hehehe) sebenarnya seorang perempuan ini mempunyai kejahatan yg terlampau, dia cuma menjadi baik apabila bersama dengan orang yg dia sayang sahaja..... takut jugak aku bila dengar ayat ni...aku bukan kata yg makcik ni jahat tau... makcik ni baik sangat.....eeerrmmmmmm eh, korang kawan-kawan perempuan aku ni.... korang sayang kat aku tak ngeehehehehe


banyakan mengunakan fikiran dari emosi (ni la yg selalu aku bagi tahu pada orang) berfikir dengan otak jangan guna hati.... bukan perempuan je yg selalu emosi ni lelaki pun ada jugak, tapi kebiasaanya orang perempuan lah (dari apa yg aku lihat) gaduh dengan pakwe sampai hempas handset... habis jahanam baru nak menyesal.... tak guna dah.... ok lah sampai disini dulu...~~~
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

CINTA

Tak sanggup ku berdepan
Tak ingin memandang
Tergambar kepahitan silam
Terhiris perasaan
Ku pernah dibiarkan
Tiada khabar yg kau kirimkan
Cinta itu satu kelemahan

Kerana ia berputik, berkembang
Dan mekar dengan sendiri

Sekali kau sudi
Sejuta kali ku setia
Jangan kau sangsi diriku
Kerana ku telah berjanji
Bertulis di dalam hati
Untuk sentiasa menjagamu...







*Rindu akan semakin kuat dan cinta akan semakin teguh serta indah apabila pasangan kekasih sama-sama setia dan tidak berlaku curang*
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

LOVE WHO?????

Aku tak tahu bermadah pujanga
Aku tak tahu pujuk rayu
Aku tak tahu isi hatimu
Aku tak tahu siapa curi cinta mu
Aku tak tahu siapa yg kau rindu
Aku tak tahu apa yg buat kau tersenyum sendiri
Aku tak tahu maksud kata nada suaramu
Aku tak tahu apa di fikiran mu
Aku tak tahu apa yg tersemat di hati mu
Aku tak tahu cara pergaulan mu
Aku tak tahu apa yg membuat mu bersedih
HANYA satu ku tahu........
AKU CINTA PADA MU
Tampa mu kemanakah
Destinasi ku....

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

KECEWA

Engkau pergi tampa pesan
Tinggalkan aku bersendirian
Engkau pergi dengan janji-janji mu
Engkau tinggalkan aku tampa sebab
Engkau membuat aku kebingungan
Pergilah kau pergi, aku tak tahan lagi
Pergi saja kau dari hidupku
Pergi jangan kau kembali lagi
Kalau kau datang semula untuk
Merayu aku tak ingin lagi
Jangan kau gangu aku lagi
Jangan kau cuba muncul kembali
Biarkan dunia ku sepi
Aku ingin bergini

Engkau pergi saja
Sungguh aku tak mahu..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

MENANGANI TEKANAN PERASAAN DENGAN BIJAK


Amalkan cara hidup sihat ''JANTUNG UNTUK KEHIDUPAN'' kementerian kesihatan malaysia.... untuk sebarang pertanyaan boleh call infoline 03-88834400
gambar di atas tu tiada kena mengena dengan apa yg ingin aku tulis di sini hehehe sekadar hiasan sahaja....

mula-mula kita perlu mengetahui apa itu Tekanan Perasaan.....
tekanan perasaan merupakan satu keadaan yg boleh menyebabkan seseorang itu merasa gelisah, bimbang, kecewa, susah hati dan seumpamanya.
Bagaimana tekanan perasaan mempengaruhi kehidupan anda....
  • Tekanan perasaan yg sederhana adalah baik dan membuat anda cergas dan bermotivasi
  • Tekanan perasaan yg berlebihan mengakibatkan perasaan bimbang, ketakutan dan tertekan
 tanda-tanda tekanan perasaan
  • sakit kepala
  • hilang selera makan
  • kelesuan
  • cepat marah
  • gangguan tidur malam
punca tekanan perasaan, antaranya;
  • masalah dalam pekerjaan
  • masalah kewangan
  • masalah kekeluargaan
  • masalah kemasyarakatan

Tips tangani tekanan perasaan= 
anda hendaklah realistik dalam menentukan matlamat anda;
  • lebihkan amal ibadat, sentiasa redha dan berserah kepada tuhan
  • bijak mengatur soal-soal kewangan
  • belajar untuk mengatakan "tidak" kepada tugas yg tidak boleh dibuat
  • gembirakan hati semasa kesulitan (macam aku sentiasa buat hehehe)
  • rancang kerja dengan teliti (jangan suka menanguh kerja)
  • berkongsilah masalah dengan keluarga atau rakan karib
  • belajar untuk beristirehat
  • tidur dengan secukupnya
  • selalu bersenam
  • makan secara sihat
  • jangan merokok atau minum minuman keras
  • dapatkan nasihat pakar, jika anda tidak berupaya menghadapi masalah

aku harap hidup korang akan lebih gembira selepas ini.....~~pis~~=)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sabtu, 12 Disember 2009

P.B.M DAN SEDIKIT TENTANG DIRI AKU

apa itu P.B.M??? P.B.M adalah Pengakuan Berani Mati... bukan pengebom berani mati tu tau.. teringat masa sekolah dulu kempulan aku (geng la) ada membuat P.B.M termasuklah cikgu-cikgu pun ada sama yg terbabit hehehehe =))
pengakuan tentang rahsia-rahsia yg korang simpan atau sesuatu yg korang tak puas hati dengan kawan-kawan anda... ini lah masanya untuk anda meluahkan tetapi kawan anda tidak boleh marah 8-}
disini aku nak membuat P.B.M aku kepada korang semua....;
1= aku bukan seorang GAY
2= basrie Eyat sebenarnya bukanlah sepupu aku hahahaha,(ramai yg tertipu di facebook) kami hanya sahabat yg sama minat dan akrab....
3= aku anak bongsu sama dengan basrie jadi siapakah zura itu? dia sebenarnya adik angkat aku tapi aku sayang dia macam adik kandung sendiri, jadi pada korang  janganlah kacau, buli dan cuba ingin membuat sesuatu yg tak elok pada si gadis ini kalau tak nak kena tomoi dan tinggal di hospital selama 4 bulan
4= aku suka senyum tapi bukan pertanda yg aku ni mesra dengan orang yg tak di kenali, aku tak suka bersembang dengan orang yg aku pertama kali jumpa
5= aku tak tahu kebanyakan arah jalan.. bila ada orang bertanya aku hentam aje hahahahaha jadi jangan bertanya arah kemana-mana pada aku hehehehe B-)
6= bila aku tak balas mesej itu pertanda yg anda cukup membosankan untuk bermesej.... wat abis kredit fon aku jee


cukup dulu P.B.M dari aku sekarang aku nak cerita sikit tentang diri aku untuk kawan-kawan aku yg mengeluh sebab susah nak jejak aku...
aku mempurnyai banyak nama pena (nikname) jadi tak hairan la ada yg mengatakan aku ni susah nak di folo...
wokey disini aku bagi tahu semua nama pena aku, semua nama-nama ini adalah bertuankan pada seorang jejaka hensem (puji diri sendiri hehehe)

RIE,,,,,, ni nama aku, semua orang tahu, sapa yg kata tak tahu tu dia kawan terbaru aku

RIE RED ROSE.... nama ni aku mula gunakan pada tahun 1998 hasil gabungan nama aku dan abang aku, ada yg tegur mengatakan nama ini untuk perempuan, meh aku terangkan di sebalik nama ini; RIE nama aku, RED aku mmg suka merah, ROSE bukan bunga rose tu tau, ni nama abang aku (rosazizi) dia pun berkarya tapi untuk di simpan dalam buku dia je

WERE WOLF..... nama ni aku guna sekejap aje sebab cikgu b.i aku kurang menyukainya hehehehe puan sihat?

RIEMAU..... name ni seorang pakcik yg memberikan kepada aku pada tahun 2002, pakcik zol geng2 aku pangil pakcik coi... dan nama pena ini terus menjadi nama aku untuk selamanya...hehe:D dengan mengunakan nama inilah karya aku di sebarkan pada umum melalui siaran radio SINAR pada tahun tersebut


RIEROCKMANTIK..... nama pena ni baru je aku gunakan bermula pada tahun 2007 dan name ni hanya KHAS untuk karya-karya aku yg jiwang-jiwang tangkap lentok je huhuhu b-(


WOLVERIE.... nama ni aku dapat masa terpandang poster wayang cerita X-MEN, aku tahu yg korang akan mengatakan bahawa aku tiru watak dalam cerita itu kan tapi sebernanya tidak, masa kecik2 dulu aku suka watak cylop yg bermata lezer tu hahaha cool dia sekali jeling je leh rentung orang. ape itu wolve.. W= walau kemana aku pergi org kenal O= orang suka lepak dgn aku dan di rumah aku L= lawak, aku suka berlawak tahap melampau hahaha, sapa yg tak tahan boleh berambus V= visi, aku akan menyempurnakan visi aku sebolehnya E= entah, aku suka cakap ayat ini...


BRUTAL DE' MANIA.... ini bukan nama pena aku cuma nama yg menjadi dinding nama pena aku, tak kira la sampai bila-bila ia tetap menjadi tagline nama pena aku. sekarang aku dah ringkaskan sikit menjadi BRUTAL MANIA


kalau korang perasan nama-nama ini di majalah ke, surat khabar ke, atau di mana-mana media pun... aku lah tu.. aku tak suka karya aku di ciplak nk kena penyepak ke berani ciplak yg aku punya... kadang-kadang aku ada jugak menyiarkan karya kawan2 aku itu pun atas permintaan diaorang ada jugak aku siarkan tampa pengatahuan mereka hehehehe tetapi aku siarkan bersama nama mereka bukan aku taruk nama aku pun...
sekian dulu dr aku... apa2 yg korang nak kata...haram pelik dek aku huh...B-)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!