Rabu, 30 Disember 2009

HARI INI AKU KECEWA


Hari ni aku terasa tenang je, perasaan yang jarang2 berlaku pada aku. Bangun je dari tido aku berasa pelik sikit bila memikirkan tentang mimpi aku malam semalam.... aku bermimpi yg dompet duit aku hilang, masa tengah cari dompet aku tu aku terjumpa duit pulak lepas tu aku jumpa semula dompet aku tu... tah hape2 kan mimpi aku ni hahahaha. ok kembali semula pada hari yg sedang aku lalui ni....
petang hari aku macam biasa pergi hospital hantar mak aku cuci darah (utk org yg mengalami masalah buah pingang) kalau korang tak faham... lantak lah bukan penting pun untuk korang. Masa kat hospital tu aku terjumpa dengan seorang lelaki yg meminati anak sedara aku, tapi dia pasrah hahahaha, aku bagi dia semangat dan tips-tips untuk mengorat anak sedara aku ni hehehehe tiba-tiba je aku jadi baik... aku memang seorang pakcik yg baik kan..kan..kan..
Lepas tu masa aku duk lepak2 tiba ada budak kecil, aku agak2 dalam umur 3 tahun kot sebab dia cakap pun pelat lagi. budak ni datang kat aku, duduk kat aku... anak sape pun aku tak tahu, jadi aku layan je la sembang dengan dia.. pening gak aku layan tapi seronok... mungkin bapak budak ni berada berdekatan dengan kami... tapi pelik lah budak ni tak takut ke dengan orang yg tak kenal cam aku ni....
Lepas layan budak ni perut aku pun berasa lapo la.... sebab aku tak makan ape2 lagi pun dari pagi takdi.. aku pun pergi la kat cafe hospital untuk membeli makanan untuk mak aku dan perut aku ni... tiba-tiba aku ternampak kuih pau... huuyooooo feveret aku tu... lama dah aku tak makan kuih pau ni.. aku pun beli la dengan hati yg girang.. tak sabar2 aku nak makan kuih pau ni... lepas aku bagi makanan kat mak aku, dengan rasa gembira dan hati yg melonjak-lonjak ingin memakan kuih pau yg aku beli ni. Aku pergi ke suatu sudut di tempat menungu untuk makan... air nescafe mohca ais dgn kuih pau... waauuu memang melutop tiptop la.. sekali aku gigit dan kunyah je kuih pau tu.... hati aku pun kecewa... tak sedap pun kuih pau ni....sob..sob.sob.. waaaaaaa hatiku kecewa..... pasrah aku dengan kuih ni... nampaknya dalam masa yg lama lagilah baru aku nak makan kuih pau ni yg pasti aku takan beli dah kuih pau kat cafe hospital ni...
hahahahaha ni je yg aku nak cerita... hampa korang kan selepas membaca hahahaha padan muka korang...... erkk dengan kuih pun aku nak emosi gilo-gilo hahahaha
adios..papayos.. 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!