Isnin, 7 Disember 2009

PENGALAMAN MEMBER AKU SESAT DI HUTAN



masa makan malam, aku makan bersama kawan aku ni... dia seorang tentera..
lepas makan kita orang pun borak-borak laa, lama tak jumpa la katakan.
tengah syok borak-borak tiba-tiba sepupu aku tanya pada kawan aku ni...
" best tak makan katak "
aku pun keliru laa, bila masa lak mamat ni makan katak, kawan aku pun cerita la pengalaman dia masa jaga di sempadan malaysia dan thailand hari tu...

kawasan sempadan di penuhi dengan bukit dan gunung-ganang, hutan tebal yg tak ingat punya.... kabus pun tebal gila, team kawan aku ni ada 8 orang termasuk lah dia punya mejar..
sebab dia orang boleh sesat kerana kompas menjadi gila, memusing sahaja (mungkin mereka berada di kawasan yg mempunyai arus megnetik yg kuat) tidak tahu mana arah selatan mana arah utara... masa itu jugak lah GPS kehabisan betari...

hari pertama sesat tiada masalah lagi, berkalan makanan masih ada.. pacat besar-besar ibu jari, babi memang banyak sekali, ular pun besar-besar jugak, jenis ular yg melingkar pada dahan-dahan pokok dan akar-akar,, sekali pandang memang tak perasan sebab ular tu pun dah sebijik macam dahan pokok cuma lembut je, jadi bila kowang masuk hutan tu jaga la kepala dan kaki kalau-kalau terlangar sesuatu yg lembut... bermacam-macam lagi binatang yg tak pernah di lihat ada..

hari yg kedua berkalan makanan dah habis.... dia orang tembak burung untuk di makan, masa tidur malam kawan aku ni nampak banyak cahaya bola api dari thailand masuk ke malaysia, mungkin orang malaysia yg seru... untuk sesiapa yg tak tahu ape itu bola api yg aku katakan ini, bola api itu adalah sejenis hantu.. ada orang gelarkan balan-balan, tanglong, dan banyak lagi laa, aku gelarkan hantu lampu bulat hehehe

hari yg ketiga... nasid kurang baik sebab hujan lebat.. dia orang makan ular yg berwanar kuning belang hitam, kawan aku ni tak tahu ular jenis ape ni, potong je kepala ular tu pastu gulung-gulung timbus dengan bara api, lebih kurang 15 minit ambil dan potong lapan... makan sorang sikit... mase tido malam member kawan aku kena kacau dengan hantu, macam-macam laa berlaku... kena tarik kaki laa, kena usik telinga laa

hari yg keempat... haa hari ni laa mereka terpaksa makan katak, hari ni pun hujan jugak, katak tu dipotong kepala dan kaki supaya tak nampak sangat macam katak, buang lendir dan di salai, terpaksa makan untuk memberi tenaga.. kawan aku cakap lepas makan katak badan jadi panas jadi hujan pun tak terasa sejuk..

hari kelima dia orang berjaya mencari jalan keluar... SELAMAT....



disini aku nak bagi tahu pantang larang bila anda berada di dalam hutan atau merancang untuk pergi ke hutan,
1= jangan sesekali memangil kawan anda dengan hanya "HOI" atau "WOI" sebab nanti ada yg menyahut tp bukan kawan anda.... lebih elok memangil dengan mengunakan nama penuh...
2= jaga mulut jangan celupar atau berkata besar
3= kalau anda seorang pemburu pikul hasil buruan anda, jangan sesekali mengheret hasil buruan di atas tanah..
4= apabila kucing di rumah anda atau kucing jiran anda sibuk mengawan, itu pertanda bukan masa yg sesuai untuk ke hutan
5= jangan menyepak sesuatu yg mencurigakan apabila berada di dalam hutan, perhatikan setiap langkah anda
6= yg paling penting berjaga-jaga dengan babi hutan


sekian.... wah pertama kali aku menulis dengan panjang lebar hehehehe, biasanya aku malas nk tulis panjang-panjang ni... dan aku tak suka nak baca apa yg tertulis panjang2
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!