Jumaat, 25 Disember 2009

PERANGKAP BERDURI


setelah aku mengepostkan cerita DAIRY SEORANG LELAKI hari tu, teruk aku kena hentam dengan teman-teman dan kawan-kawan tenet. diaorang kata aku memang jahat, tak baik buat orang macam tu, sampai aku pun terdiam tak boleh nak kata apa lagi.
ok tak apa, mari semua aku nak cerita pulak tentang PERANGKAP BERDURI ni, kejadian yg baru lagi berlaku beberapa hari yg lepas. bagi siapa yg tak tahu apa yg aku maksudkan dengan perangkap berduri ni, nanti korang akan faham.
Masa aku pergi rumah akak aku tiba-tiba je anak sedara aku tanya kat mana klinik (sebuah klinik yg aku rasiakan namanya) terletak. aku pun tak tahu kat mana klinik tu, aku cakaplah wat ape nk cari klinik tu byk lg klinik yg ada. lepas tu akak aku pun menyampuk, "nak gugurkan, kat klinik tu je yg bleh wat". aku pun terpinga2, apa yg gugur buah kelapa ke yg gugur...tak faham aku.
akak aku pun bagi tahu la yg kawan ank sedara aku ni nak gugurkan kandungan. laaaaa knp pulak nk gugurkan, org lain ade yg dh bertahun2 tak dapat ank, yg bdak ni mudah2 je nk gugurkan.
aku pun tanya la kat ank sedara aku tu siapa kawan dia tu, rupanya seorang pelatih nurse, budak belasan tahun lg mengandung ank luar nikah dan orang  yg bertangungjawab tu dah menghilangkan diri. masih belajar tp dah wat benda2 yg haram jadah ni.. bodoh punya orang.
Dulu budak pelatih ni nak bekenalan dengan aku tapi aku tak layan, biasa lah ego dan demand hahahahaha, macam yg aku ceritakan dlm dairy seorang lelaki tu. dan nasib baik aku tak mengatal dengan budak ni kalau tak dah tentu aku yg akan jadi mangsa perangkap dia ni, jadi pak sangup...eeeeuuuw tak sangup aku. kerana ego aku yg dulu lah telah menyelamatkan aku dari perangkap ni.
masa aku lepak dengan sahabat aku si basrie tu, dia tanya aku yg budak tu cun tak? kalau cun boleh la tolong dia. aku pun pandang basrie sambil terfikir, kadang2 otak dia ni gagal berfungsi dengan sempurna hahahahaha. gila apa nk jadi pak sangup ni. tapi bila aku fikirkan tentang "tolong" ni, pertolongan jenis apa ni ek? kalau aku tolong pun mesti kena tunggu dia melahirkan ank tu dulu baru boleh kawin pastu ank tu tak leh di bin kan dengan nama aku....
tapi tak mungkin aku akan tolong punya.... aku pun ada maruah la. bak kata orang berani buat berani tangung laa.
cuma aku nak nasihatkan jangan la gugurkan kandungan tu, cukup lah dosa yg di buat dahulu jangan di tambah lagi dosa tu dengan membunuh nyawa yg tak bersalah tu. fikirlah azab di kubur nanti... anak-anak bangsa ku semakin lupa agama...
zaman semakin hampir dengan perhujungnya, bertaubat lah... Cinta itu buta tetapi jangan buta hati kerana cinta..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!