Khamis, 17 Disember 2009

DAIRY SEORANG LELAKI


petang takdi masa aku bawa anak sedara aku keluar makan di sebuah restoran,(anak sedara kau ni perempuan) bersama sepupu aku (sepupu aku ni lelaki). kami sebenarnya dari hospital, dari aku makan kat cafe hospital tu lebih baik aku makan kat luar kawasan hospital sebab kat cafe tu dah la mahal tak sedap pulak tu, biar aku makan kat tempat yg mahal dan sedap masakannya. kakak aku telefon mengatakan ada perempuan yg sedang tunggu kami kat hospital tu, aweks la ni. aweks ni nak sangat jumpa dan kenal aku, tapi aku tak kenal pun siapa. kakak aku pun hairan jugak macam mana aweks ni boleh tahu nombor telefon kakak aku. aku pun berfikir lah, nak ke tidak aku jumpa aweks ni....mmmmmm rasa malas pulak aku nak jumpa. aku pun suruh je anak sedara aku yg pergi jumpa aweks ni dan anak sedara aku mengatakan yg aweks ni tak berapa nak comel dan cantik. nasib baik aku tak pergi hehehehe

bila aku ceritakan pada adik aku zura cute tu, dia cakap yg aku ni jahat. tak baik buat macam tu huhuhuhuhu tapi aku rasa bila dia berjumpa dengan lelaki yg tak kacak pun dia tak akan layan punya....betul tak adik kesayangan abang?
aku kena la demand sikit hehehehehe sepupu aku langsung tak kisah hahahaha

tapi bila aku fikirkan balik kenapa lah perempuan suka pada aku yg tak kacak ni, nak kata aku kaya tak lah berapa nak kaya, sedang-sedang saja.termasuk aweks ni dah boleh dikirakan ramai jugak lah yg minat pada aku. malas lah aku nak fikir....
mereka boleh mengaku secara jujurnya pada anak sedara aku, kakak aku dan ibu aku bahawa mereka suka pada aku tetapi tidak pula mereka cakap kat aku...

kawan-kawan aku pun sering bertanya pada aku yg mereka hairan melihat aku yg di kelilingi oleh ramai aweks-aweks yg cun. secara jujurnya aku beri tahu yg aku sendiri pun tak tahu, memang ramai kawan perempuan aku yg boleh dikatakan cantik dan menawan. dah mereka nak berkawan dengan aku tak kan aku nak berlawan pulak. aku tak suka berlawan dengan orang, aku suka berkawan. aku sendiri pun tak tahu di manakah daya pernarik aku...aaahh lantak lah.

ini pun soalan yg sering kawan-kawan aku tanya, aku kan anak bongsu tetapi kenapa semua anak sedara aku memanggil aku pokcik (pakcik) dan tidak memanggil aku paksu.aku malas nak beri tahu korang semua, biarlah menjadi rahsia dan korang di selebungi misteri hahahahahahaha 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!