Khamis, 10 Disember 2009

Bila aku mula berkata-kata....

Tak tahu la apa nak jadi dengan bangsa kita ni, semakin hari dunia semakin maju tapi bangsa kita semakin mundur......
kenapa aku berkata bergini??? sebab dari pemerhatian aku semakin banyak orang mula mempercayai benda-benda yg kalau kita fikirkan secara logiknya memang karut mahrut belaka..
bak kata kawan aku "orang kita sudah kembali seperti orang dulu-dulu'' (orang zaman 50an, 60an dulu) kawan aku ni ada berlajar sedikit tentang ilmu-ilmu kebatinan ni, jadi dia ada la menceritakan sedikit sebanyak kejadian sihir menyihir yg berlaku sekarang ni....
ok bukan nak bercerita tentang ilmu kebatinan ni..., aku nak cerita tentang apa yg berlaku pada negara kita Malaysia sekarang ni....
hari ni aku buka laman tagged aku.... tiba-tiba aku terlihat pada bahagian buletin,,, seperti biasa lah ada e-mail berantai....(bukan rantai besi tu tau)... biasanya aku buat tak tahu je tapi hari ni lain je buletin ni yg di postkan oleh seorang gadis melayu ;


Ada seorang budak kecil yang tinggal di sebuah rumah usang.Yang tidak mempunyai ibubapa atau pun salah seorang ahli keluarga...pada suatu hari,budak tersebut telah terjumpa sebuah laptop yang masih elok untuk di guna....budak tersebut mengambil laptop tersebut dan masuk kedalam rumahnya semula.dia mendapati bahawa ada email yang masih belum dibaca oleh tuan laptop itu...budak itu tidak menghiraukan messege tersebut mala dibuang...budak itu pun 'SIGN UP' dirinya ke dalam "YAHOO" tersebut....beberapa hari kemudian,budak tersebut pun membuka emailnya...dia telah mendapati bahawa ada email yang sama seperti yang tuan laptop itu...dia juga tidak mengendahkan messege tersebut malah dibuang juga...keesokkan hari...dia telah didapati mati dalam keadaan yang sangat teruk...polis yang mengsiasat kes itu telah mendapati bahawa budak itu telah pun memiliki sebuah laptop...polis tersebut pun telah tahu apa kejadian sebenarnya...isterinya juga mati akibat kejadian membuang messenge tanpa mengfowardkan ke kawan-kawannya...budak tersebut telah di tikam oleh benda yang sangat tajam tetapi bukan pisau....ini adalah kisah benar...
 Fowardkan messege ini kepada 20 orang kawan...Jika tidak...malam ini juga saya akan menemani kamu dan membuat perkara yang sepatutnya...saya akan mengopek-gopek kulit kamu jika tidak mengfowarkan messege ini....
WARNING!!!Ini bukan messege yang dimain-mainkan....semua hantu ini adalah benar....ia akan menjelma malam in jika anda tidak melakukan tugas ini...

Fowardkan balik messege ini kepada saya walaupun saya yang menghantar messege ini kepada anda...
INI ADALAH UNTUK KESELAMATAN... saya pun telah dipaksa!!

hahahahahahaha tergelak besar aku lepas membaca ni.... timbulah persoalan di minda aku ni....... adakah hantu ini dulunya semasa hidup adalah seorang perlajar I.T ????? hahahahahahaha
hantu sekarang pun dah pandai main tenet ni yek......
mungkin ada di kalangan anda yg tertanya adakah aku ni tak merpercayai kewujudan hantu ni.......
ok di sini aku ingin membuat perngakuan bahawa aku pernah terjumpa dengan hantu, bermacam-macam dah spesis hantu yg aku jumpa dan aku percaya dengan kewujudan mahluk halus ni tapi bila aku dengar je orang bercerita tentang ni dengan selamba aku berkata "karut je lah".
apa yg di postkan oleh gadis tu memang karut sangat, banyak sangat tonton cerita THE RING la tu....

aku pun hairan kenapa sekarang ni banyak cerita-cerita berunsur mistik di siarkan di tv, mungkin ini yg menyebabkan rakyat kita ni mudah terpengaruh dengan semua ini. kita sekarang ini berada di zaman sains dan teknologi tapi kita masih di takuk yg lama, ini la yg membuatkan bangsa kita di pandang rendah dan di perbodohkan oleh rakyat asing...
anda pernah dengar lagu yg di nyanyikan oleh kempulan FTG tak?? lagu yg bertajuk ''MALAYSIA MAJU"
cubalah anda menghayati lagu tersebut dan fikir-fikirkan lah.... 

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!