Ahad, 13 Disember 2009

LUAHAN HATI SEORANG IBU~~~

Ibu kepada sahabat aku membebel pada aku tentang perubahan sikap anak dia ni, aku tahu bebelan seorang perempuan adalah luahan hatinya.....
mak aku pun suka membebel pada aku dahulu walaupun bukan aku yg membuat kesalahan tersebut..... abang aku yg buat salah tapi aku yg kena di bebelkan, mula-mula memang aku rasa tak puas hati, yelah... mana nak puas hati bukan aku pun yg buat salah.
Apa yg korang senyum-senyum sinis tu???? yee aku memang pendengar yg setia... kenapa? tak percaya? lantak koranglah....
aku berfikir kenapa mak aku tak membebel pada abang aku....fikir punya fikir akhirnya aku tahu sebab dia, semenjak itu aku tak kisah dah bila mak aku membebel pada aku (love u mom).. situasi yg sama dengan ibu kawan aku ini alami.... korang nak tahu ke sebab apa? korang fikir lah nanti ek, malas aku nak bagi tahu.... pandai-pandai lah korang mentafsir apa yg tersirat di sebalik yg tersurat.....

ini luahan makcik tersebut..... "anak makcik ni dah tak macam dulu, semejak dia kenal pempuan ni dia tak hiraukan makcik lagi, kalau dulu makcik demam ke, sakit ke, dia bertanya khabar dan beli la ubat walaupun penadol tapi sekarang dia dah tak kenal makcik kot..... awak pun dah takde kawan lah sekarang...(yee makcik dia dah tak kenal saya dah, memang dah banyak berubah dah dia ni, tak serupa dulu).... dari kecik sampailah besar ni {sebelum mengenali aweks itu} apa kata makcik dia dengar tapi sekarang ni nak tergur sikit pun dah melenting dia.... tak boleh nak cakap apa kat dia ni...{aku tahu makcik ni sedih} makcik sekarang ni cuma nak tengok adakah dia memilih makcik atau perempuan tu.....(dah abis angau dia kat perempuan tu nanti bolehlah dia berfikir makcik jangan bimbang lah)"

sedikit je lah aku siarkan... letih aku nak menaip kalau nk siarkan semuanya...kenapa aku siarkan luahan makcik ni kat sini? sebab aku tahu yg anak dia suka membaca blog aku ni... siapakah dia aku tak bagi tahu... nanti dia akan tahu sendiri dan yg dalam ( ) tu adalah nyampukan aku masa makcik tu membebel kat aku takdi....
Aku bukan nak memalukan sapa-sapa cuma ingin menyedarkan..... kasih seorang ibu adalah kasih yg sejati, ibu tidak akan menyakiti kita... percayalah. Kau tak nak kawan dengan aku dan semua member (kalau ko masih kenal kitaorang lah) sampai bila-bila pun, aku tak kisah tapi satu je aku mintak sangat pada kau supaya jangan menyakiti hati mak kau, kau nak sakiti aku takpe... aku tak kisah, itu je yg aku minta kalau ko masih angap aku sebagai seorang sahabat.


dulu aku pernah terdengar seseorang berkata pada aku (siapa dia, aku dah lupa lah hehehe) sebenarnya seorang perempuan ini mempunyai kejahatan yg terlampau, dia cuma menjadi baik apabila bersama dengan orang yg dia sayang sahaja..... takut jugak aku bila dengar ayat ni...aku bukan kata yg makcik ni jahat tau... makcik ni baik sangat.....eeerrmmmmmm eh, korang kawan-kawan perempuan aku ni.... korang sayang kat aku tak ngeehehehehe


banyakan mengunakan fikiran dari emosi (ni la yg selalu aku bagi tahu pada orang) berfikir dengan otak jangan guna hati.... bukan perempuan je yg selalu emosi ni lelaki pun ada jugak, tapi kebiasaanya orang perempuan lah (dari apa yg aku lihat) gaduh dengan pakwe sampai hempas handset... habis jahanam baru nak menyesal.... tak guna dah.... ok lah sampai disini dulu...~~~
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!