Sabtu, 26 Disember 2009

30 Rahsia Perempuan Yang Lelaki Perlu Tahu..


30 Rahsia Perempuan Yang Lelaki Perlu Tahu..


1.Sseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata,bermakna dia menangis di dalam hatinya

2.Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf

3.Wanita sukar cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang


4.Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain

5.Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat

6.Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian

7.Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu, tolak cintanya dengan lembut jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja

8.Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan

9.Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik,puisi,lukisan dan tulisan cara termudah mereka meluahkan isi hati

10.Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka langsung tak berguna

11.Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita

12.Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon,Dia akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakannya akan tahu berita tersebut.

13.Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14.Jika kamu menyukai seorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15.Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu

16.Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya

17.Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri

18.Selepas seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal

19.Jika masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati seorang gadis,rajinkan tangan menyelak buku cinta

20.Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri

21.Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya

22.Satu ucapan 'Hi' sudah cukup menceriakan harinya

23.Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui

24.Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik

25.Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi

26.Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati

27.Senjata wanita adalah airmata

28.Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya.Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.

29.Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya


30.Wanita ingin dibelai dan dimanja setiap masa
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!