apa yg ingin aku ceritakan di sini adalah sebuah peristiwa yg menimpa diri aku pada malam selasa 16/12/09. ini adalah kisah benar, bagi anda yg terbaca sedikit di facebook aku pada bahagian gambar yg tertera di atas ini anda mungkin sudah mengatahui sedikit mengenai kisah yg aku ingin sampaikan di sini. ok tak apalah, biar aku terangkan sedikit berkenaan gambar di atas ini kepada sesiapa yg tidak sempat untuk melihatnya di facebook aku. gambar ini di ambil semasa aku sedang bersembang dengan seorang gadis tetapi selepas gambar ini di ambil tiada imej gadis tersebut, hanya aku seorang sahaja.... Amaran dr aku, pada wanita yg sedang mengandung dan sesiapa yg pernakut di larang sama sekali untuk membaca kisah ini.... amaran keras ni!
anda pernah mendengar tentang kisah-kisah hantu di kawasan perhentian keretapi tak? dulu aku pernah jugak membaca kisah hantu di perhentian keretapi dan komuter dari majalah mistik keluaran negara kita ni. ada jugak aku menonton cerita hantu berkenaan keretapi di panggung dan DVD. ini kisah aku pulak yg ingin di kongsi bersama anda, kisah benar!
Jam menunjukan waktu tepat pukul 1:15 pagi, cukup dingin malam ini mungkin kerana selepas berlakunya hujan di sini, aku lihat masih basah lantai di perhentian keretapi ini. rasa kesejukan sampai ke tulang, menyesal aku kerana hanya berbaju nipis sahaja malam ni. sudalah aku kesejukan semasa di dalam aircond takdi, keluar pun sejuk dingin malam pulak, apa punya nasib badan la aku malam ni. ops! lupa pulak nak bagi tahu, ini keretapi dari singapura ke tumpat kelantan. di perhentian mentakab ni memang selalu tiada ramai orang lebih-lebih lagi di waktu bergini. orang tengah lena di buai mimpi-mimpi yg indah. semasa penurunan pernunpang takdi pun, tidak ramai pernumpang yg turun dalam 6 orang sahaja. aku sedang menunggu orang pulak ni, jadi sambil nak menunggu ni lebih baik aku mencari tempat duduk, letih aku kalau nak berdiri sahaja. aku malas nak duduk di bahagian tempat yg di sediakan untuk menunggu, walaupun tidak ramai orang hanya ada 4 orang sahaja di situ. aku memilih di tempat yg jauh dari orang, ada lah bangku simen di bawah lampu yg hanya menyala apabila ketibaan keretapi di perhentian ini. oleh kerana keretapi sudah pergi jadi lampu ini tidak menyala dan tempat yg aku duduk ini menjadi suram di dalam kegelapan malam. sedang aku leka melayan kedingin malam tiba-tiba aku di kejutkan dengan teguran dari seorang gadis "sejuk ke bang", aku pun menoleh pada arah datangnya suara berkenaan, cantik tuan punya suara itu, kulit putih berwajah cantik ayu orangnya. aku sekadar membalas soalan gadis tersebut dengan mengangukan kepala sahaja. "tengah menunggu org ke?" tanya gadis itu lagi, dengan selamba aku menjawap "tak lah tengah tuggu kucing abang" sedangkan aku mana ada bela kucing hehehe. "kelaka lah abang ni" gadis itu mula menunjukkan kemesraan. tampa di jemput gadis itu pun duduk di tempat aku tu jugak. dari aku kebosanan menuggu orang ni lebih baik aku bersembang dengan gadis ini, ada jugak teman untuk berbicara. gadis ini pun sedang menunggu orang untuk menjemput dia dari perhentian ini. elok sangat lah tu, aku teman dia dan dia menemani aku sambil kami menunggu orang untuk menjemput kami. walaupun dalam keadaan suram kegelapan aku masih dapat melihat kecantikan gadis ini, aku pun terfikir kenapa gadis cantik ini duduk di sini kenapa dia tidak duduk di tempat menunggu yg cerah di limpahi dengan cahaya lampu di sana, aku pun bertanya lah padanya dan dia menjawab "saje je sebab tengok abang duk sorang-sorang je kat sini, saje nak teman abang". borak punya borak, aku tahu yg dia dari singapura, wah cantik rupanya orang singapura ni ek. lebih kurang 20 minit bersembang dengan gadis tersebut, dia pun meminta izin untuk bergambar untuk membuat kenangan, aku tak kisah pun boleh sahaja. cahaya dari flash mengangu aku, pinar jugak mata aku biasalah sebab kami duduk di kawasan yg agak suram gelap. selepas siap bergambar dia pun menghantar ke handfon aku melalui bluetooth dan aku tidak pun melihat gambar yg di tangkapnya. tidak lama selepas itu gadis tersebut meminta diri dan sahabat aku pun sampai untuk menjemput aku. sebelum pulang aku singah sebentar di kedai makan, semasa sedang minum bersama sahabat aku ni, aku menceritakan tentang gadis yg aku jumpa sebentar takdi dan sahabat aku pun ingin melihat gambar aku yg di tangkap bersama gadis tersebut. aku pun memberi lah handfon aku kepada beliau. tiba-tiba je kawan aku ni tanya " mana aweks tu? x nampak pun". aku pun hairan, kenapa pulak dengan kawan aku ni dah rabun ke. "ada la kat situ" kata aku, "mana ada, aku nampak ko je tak nampak pun aweks tu" jawab kawan aku. aku pun tiba-tiba merasa seram, dan sepantas kilat aku merampas handfon dr tangan kawan aku itu untuk melihat sendiri gambar tersebut....................................... aku menghayati gambar tersebut, dan aku pun pandang pada wajah kawan aku ni. aku lihat wajah dia berubah dan dia pun berkata "ko dating dengan hantu ke takdi rie?". aku lihat kawan aku ni dah mula mengigil, muka mula pucat, jam dah menunjukan jam 2 pagi. lolongan anjing mula kedengaran sahut menyaut..... aku pun berkata pada sahabat aku ni dengan nada yg perlahan seperti lagu jiwang yg berkumandang di radio " memang la ko tak nampak dia kat gambar ni sebab masa ni dia duk kat depan aku, dia yg tangkap gambar ni... aku suruh ko tengok gambar yg lagi satu tu la ngok!!! gambar aku dengan dia yg di tangkap oleh kawan aweks ni....... bodoh piang tul.. bangang melantun-lantun" dan kawan aku tu pun rasa termalu....kui..kui..kui..
sekian sahaja kisah sengal dari aku ni, saja-saja aku nak kenakan korang pulak. aku dapat idea ni pun secara spontan. gambar yg aku tunjuk pada kawan aku tu pun memang di rancang oleh aku. aku bagi handfon lain yg mana aku hanya masukan gambar yg di atas sekali tu je, memang dia tak akan jumpa punya gambar aweks tu hahahahahaha..... korang jangan marah ok... gurauwan dari aku.
kisah ini adalah kisah benar yg aku olahkan menjadi karut supaya dapat kenakan korang dan memang benar kawan aku dan korang terkena hahahahaha
korang nak tengok tak gambar aweks tersebut???? sila lah wat undian dan kalau aku rasa undian cukup byk aku akan siarkan....papai huhuhuhuh=)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan