Ahad, 13 Disember 2009

MENANGANI TEKANAN PERASAAN DENGAN BIJAK


Amalkan cara hidup sihat ''JANTUNG UNTUK KEHIDUPAN'' kementerian kesihatan malaysia.... untuk sebarang pertanyaan boleh call infoline 03-88834400
gambar di atas tu tiada kena mengena dengan apa yg ingin aku tulis di sini hehehe sekadar hiasan sahaja....

mula-mula kita perlu mengetahui apa itu Tekanan Perasaan.....
tekanan perasaan merupakan satu keadaan yg boleh menyebabkan seseorang itu merasa gelisah, bimbang, kecewa, susah hati dan seumpamanya.
Bagaimana tekanan perasaan mempengaruhi kehidupan anda....
  • Tekanan perasaan yg sederhana adalah baik dan membuat anda cergas dan bermotivasi
  • Tekanan perasaan yg berlebihan mengakibatkan perasaan bimbang, ketakutan dan tertekan
 tanda-tanda tekanan perasaan
  • sakit kepala
  • hilang selera makan
  • kelesuan
  • cepat marah
  • gangguan tidur malam
punca tekanan perasaan, antaranya;
  • masalah dalam pekerjaan
  • masalah kewangan
  • masalah kekeluargaan
  • masalah kemasyarakatan

Tips tangani tekanan perasaan= 
anda hendaklah realistik dalam menentukan matlamat anda;
  • lebihkan amal ibadat, sentiasa redha dan berserah kepada tuhan
  • bijak mengatur soal-soal kewangan
  • belajar untuk mengatakan "tidak" kepada tugas yg tidak boleh dibuat
  • gembirakan hati semasa kesulitan (macam aku sentiasa buat hehehe)
  • rancang kerja dengan teliti (jangan suka menanguh kerja)
  • berkongsilah masalah dengan keluarga atau rakan karib
  • belajar untuk beristirehat
  • tidur dengan secukupnya
  • selalu bersenam
  • makan secara sihat
  • jangan merokok atau minum minuman keras
  • dapatkan nasihat pakar, jika anda tidak berupaya menghadapi masalah

aku harap hidup korang akan lebih gembira selepas ini.....~~pis~~=)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!