Andaiku tahu... bila ajalku...
post kali ini khas untuk diri aku dan orang lain tak terlibat secara langsung ataupun tidak. Sekiranya anda tidak suka sila berhenti membaca sekarang jugak.
Awan yg membiru menghiasi dada langit....
ramai orang tanya apa yg aku hendak lakukan selepas ini. Memang hidup aku sekarang tengah DOWN dan aku perlukan waktu untuk bersendirian seketika. Aku tak boleh nak fikirkan apa2 sekarang ni, buntu dengan kehidupan sendiri umpama tiada arah tuju hidup ini selepas peristiwa kehilangan ibu tercinta.
Tamparan hebat yg aku terima dalam hidup, pengorbanan yg mengubahkan sesuatu. Aku pernah terbaca dari seseorang yg mengatakan Tuhan tidak akan menurunkan sesuatu dugaan dan cabaran itu sekiranya hamba-Nya itu tidak mampu untuk menghadapinya. Sekiranya korang terima dugaan hidup yg korang rasa tak mampu untuk korang hadapinya itu tidak benar, yakin pada diri sendiri dan jangan bunuh diri. Aku ada juga terfikir sebergitu tetapi selepas aku terbaca dari seseorang itu aku mula berfikir secara lebih berhemah.
Orang lain tidak akan tahu apa yg kita lalui sekiranya dia tidak pernah lalui benda yg serupa. Kalau korang terangkan pun dia tidak akan faham macam mana perasan dan situasi yg dihadapi. Tunjukan aku jalan yg terang agar dapat aku mencari kembali perjalanan hidup ini. Apa yg korang akan buat?? kalau sekadar dengan kata-kata tidak memberikan apa2 kesan pun. Apa yg akan aku lakukan selepas ini??? masih tidak nampak sebarang cahaya penyuluh jalan kehidupan.
Video masa kegemilangan aku hehehe dan tiada lagi semua ini. Apa yg akan terjadi pada Brutal Mania selepas ini?? Mungkin hanya tingal sejarah sahaja, siapakah aku selepas ini??? kalau aku tidak terikat atau mengenali dia dimanakah aku akan berada sekarang ini??? Semuanya persoalan yg bermain di minda aku, otak berkerja keras untuk mencari cahaya yg dulunya menyuluh jalan kehidupan aku yg kini hilang entah kemana. Setiap saat korang mengugut aku maka setiap detik aku membenci korang, jadi awas apa yg ingin korang lontarkan pada aku. Hidup aku semakin rumit, bukan aku meminta simpati tetapi hanya dorongan tanpa kata-kata untuk aku kembali melangkah. Aku sedang buntu tolong hentikan segala yg akan menyerabutkan....
Mula-mula berkata ok selepas tu tak ok pula dan semakin teruk, aku sendiri tak faham. Berikan aku pertunjuk, dorongan dan semangat untuk menyudahkan perjalanan hidup ini. Aku tidak ada mood untuk mengonlinekan diri sekarang ni, tidak kira di facebook atau blog ini jadi semua menda tidak akan selalu di updatekan. Kalau aku buka mana2 sesawang pun tak sampai 2 minit je aku dah offline jadi maaf pada teman2 yg ingin tahu seperti mana orang lain yg bertanyakan soalan pada aku "apa yg kau nak buat selepas ini". Sampai sekarang seterlah hampir 2 minggu aku masih tidak menjawab lagi soalan itu. Aku masih terkapai-kapai mencari "rumah" sendiri... Gelap semuanya... Selepas bulan 6 hidup aku semakin sukar dan rumit...
Sebelum aku mengakhiri coretan kali ini aku ingin mermaklumkan bahawasanya aku kerhilangan nombor telefon sahabat semua jadi pada korang boleh lah memberikan pada aku kembali sekiranya korang rasa nak bagi lah. Pada Syadiq sila call aku atau mesej dengan segera, aku perlukan nombor telefon anda segera.
Siapakah aku selepas ini dan apa yg akan terjadi pada aku??? tunggu lah selepas bulan 6 nanti antara sesuatu yg baik atau yg buruk akan terjadi pada aku dan aku mungkin terpaksa meninggalkan semuanya... ='(
P/S= Tiada mood untuk beremosi, fahami dan berikan pertunjuk untuk aku. Perjuangan dalam kehidupan..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan