Isnin, 25 April 2011

Wasiat


Pak Cupit melawat seorang sahabat yang terlantar sakit di sebuah hospital. Zaki sudah berkawan baik dengan Pak Cupit sejak mereka sama-sama keluar dari hutan 3 tahun dahulu, malah Zaki lah yang memberikan sepasang selipar jepun kuning yang menjadi kebanggaan Pak Cupit.

Kesian Zaki, derita yang ditanggungnya sejak sebulan lalu terlalu berat sehinggakan dia tidak mampu lagi berkata-kata kerana menurut doktor yang merawatnya, wayar soundboxnya sudah putus. Zaki terpaksa menulis di atas sekeping kertas jika ingin meminta apa-apa dari jururawat yang melayaninya.

Ini merupakan kali pertama Pak Cupit datang melawat Zaki, Pak Cupit sayu melihatkan wajah Zaki yang pucat dan semakin cengkung akibat sakit yang dialaminya. Tiba-tiba Zaki menunjukkan isyarat kepada Pak Cupit agar memberikannya sehelai kertas dan pen. Menyangkakan Zaki ingin menulis wasiat, cepat-cepat Pak Cupit memenuhi permintaannya.

Dalam hati Pak Cupit terdetik "Mungkin saat ajal sahabatku ini sudah hampir..."

Sebaik sahaja menerima kertas yang ditulis oleh Zaki, Pak Cupit segera melipatnya dan disimpan elok-elok di dalam sakunya. "Akan aku kotakan segala wasiat terakhir mu wahai sahabatku...."

Beberapa minit kemudian, Zaki kelihatan meronta-ronta, wajahnya menjadi seakan biru sebelum menghembuskan nafas yang terakhir. Pak Cupit pasrah menerima takdir Ilahi. Ternyata tuhan lebih menyayangi sahabatnya itu.

Selesai pengebumian Zaki, Pak Cupit teringat akan nota kecil berupa wasiat yang pernah diberikan kepadanya oleh Zaki tempoh hari. Dia segera memaklumkan keluarga Zaki tentang perkara itu.

Setelah semuanya berkumpul, perlahan-lahan Pak Cupit membuka nota tersebut untuk membacanya.

TIBA-TIBA!

Pak Cupit lari sekuat hati meninggalkan semua orang yang ada di situ yang menyaksikannya dalam kebingungan.

Salah seorang ahli keluarga arwah zaki membuka dan membaca nota tersebut sambil menangis,

"CUPIT!!! JANGAN PIJAK WAYAR OKSIGEN AKU!!! AKU TAK BOLEH BERNAFAS NI!!!!"
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!