Maaflah kerana tajuk agak kurang ajar hehehe bukan apa saja aku nak tarik perhatian korang sikit. Entri kali ini aku khaskan untuk wanita sahaja jadi orang lelaki tu boleh beralih ke post aku yang lain hehehe sowi naik lori. Ok sebenarnya bukan ada yang lucah pun ataupun aku nak bercerita pasal kisah Video Sexs yang mengemparkan negara baru-baru ini tetapi lebih kepada perubatan jadi sila ambil perhatian disini. Ada dua benda yang aku nak beritahu disini, pertama tentang sejenis lalat dan yang kedua tentang bahayanya tuala wanita yang tiada kualiti.
Kenapa aku letakkan video ini?? kerana orang yang postkan video ini kat youtube itu sendiri tak tahu apakah ini hahaha. Meh aku terangkan, pernahkah anda lihat gambar yang lebih kurang dengan apa yang ditayangkan dalam video ini?? Ini sebenarnya adalah ulat atau anak lalat, yaaaa ulat ini adalah berasal dari sejenis lalat yang mana terlah bertelur pada pakaian wanita ini dan telur itu menjadi lavar (maggots) lalu bersarang dalam kulit. Lalat ini ada di Afrika dan negara barat yang lain hehehe dan bukan pada bahagian ini saja yang menjadi tempat lavar ini bersarang tetapi seluruh badan kita dimana adanya kulit. Aku dah tengok ada di kepala, tangan, perut dan lain-lain tempat lagi. Orang lelaki pun kena juga malahan haiwan pun turut menjadi mangsa. Mungkin bagi kita yang berada di Malaysia ini tak kisah pun kan sebab lalat ini tiada pun kat negara kita TETAPI lebih baik anda fikirkan semula... pernahkah anda pergi melawat dan melancong ke negara luar?? mungkin kah anda secara tidak sengaja 'mengimportkan' lalat ini? Mungkin jiran anda ataupun sahabat anda?? keluarga anda sendiri?? Wokey lah sebenarnya kes ini terlah terjadi pada seorang gadis yang mana badannya dipenuhi oleh ulat yang bersarang dalam kulitnya. Gadis ini dari negara jiran kita sendiri iaitu negara Indonesia, kalau anda tidak percaya boleh cari di youtube atau google "Gadis Belatung". Aku tak tahu apa itu "belatung" perpatung kah?? tapi dari segi akal aku mentafsir mungkin sebutan "Ulat" dari negara kita. Kerana dekat je kejadian tu dan luar dari barat maka sebab itu aku postkan menda ini... anda faham??
TUALA WANITA
DIOXIN...Pernahkah anda mendengar perkataan ini? Pernahkah anda membaca artikel mengenainya? Aku yakin ramai yang masih tidak tahu berkenaan ancaman kesihatan terbaru ini di Malaysia. Percayakah anda hampir 95% semua masalah wanita pada masa ini adalah berpunca dari masalah Dioxin ini?
DIOKSIN adalah racun yang terkandung dalam bahan asas siap proses bagi pembuatan produk kertas,tuala wanita,lampin bayi dan sebagainya.Ia dikategorikan sebagai SUPER TOXIC yang terhasil daripada tindakbalas proses pelunturan berklorin.Dioksin mempunyai kekuatan 120 kali ganda berbanding Arsenik.
Penggunaan tuala wanita yang mengandungi DIOKSIN boleh menyebabkan
Ketidakseimbangan hormon
Tanda-tanda awal sakit puan
Menjejas kesuburan
Jangkitan kulat dalam rahim
KANSER
Faraj menyerap apa sahaja dan bila-bila masa sahaja. Apabila anda memasukkan bahan kimia ke dalam faraj, bahan tersebut akan berada di dalam saluran darah setengah jam kemudian
- Dr. Philip M. Tierno
Jelasnya, sistem peranakan wanita adalah sistem pertama yang akan diancam penyakit dalam masa setengah jam!
Dengan ini, anda perlu sedar bahawa pentingnya untuk mencegah perkara ini sebelum ianya terjadi kepada diri anda. Berhati-hati semasa membeli tuala wanita anda, pilihlah jenama yang bebas DIOKSIN. Untuk lebih mudah gunakan yang berasaskan kapas.
P/S= Diharap aku dapat membantu sedikit
Tiada ulasan:
Catat Ulasan