Tajuk tiada kaitan dengan apa yg aku nak ceritakan kat sini ok huhuhu sebenarnya aku sangat tetarik dengan model handfon Sony Ericson Xperia Play. Jadi sape2 yg bermurah hati boleh belikan untuk aku satu hikhikhik.
Ini pasal wad kenanga 12... sikap nurse dan dokter kat wad ni memang sunguh jelek... cuba korang bayangkan, boleh dokter dan nurse yg bertugas kat wad tu tak sedar pesakit sudah meningal. Betul apa yg aku tulis ni sebab aku tengok sendiri dengan mata kepala aku, ada seorang makcik katil bersebelahan mak aku (masa ni mak aku masih hidup) tu meningal tapi diaorang tak sedar... aku yg duk kat sebelah tu perasan yg makcik tu dah tak bernafas tetapi 2 orang penjaga makcik tu dan staff nurse kat wad tu tak perasan langsung.
Dari dulu lagi memang aku tak suka bila ada keluarga aku dimasukan kat wad ni. Yelah dah lah staff nurse kat situ sombong, muka kelat semacam je dan jenis tak hiraukan pesakit. Cukup menyampah aku kalau nak masuk kat wad kenanga 12 ni, entah apa yg bermain dalam kepala semua nurse kat wad tu... berlagak je semacam. Dari permehatian aku diaorang macam tak ada "team work" je dan aku terdengar pengakuan dari seorang nurse yg bertugas kat situ yg mereka tu berlagak pandai je lebih... tak tahu nak buat sesuatu tu tapi buat jugak macam tahu tanpa tanye kat orang yg tahu. Jadi sesiapa yg berdaftar sebagai penderma organ tu kalau korang sakit dan dimasukan kat hospital temerloh dan berada kat wad kenanga 12 sila pertimbangkan kembali tentang "sebagai penderma tu" bukan apa sebab kalau penderma dokter dan staff nurse akan berusaha menyelamatkan nyawa penderma itu tapi kat wad ni lain je... cukup tidak puas hati dengan perkhidmatan yg diterima.
Ok sebagai penderma organ korang akan diberikan rawatan yg tiptop sama macam yg bukan penderma... itu apa yg dikatakan oleh badan jabatan penderma organ. Walaupun organ korang tu penting nak bagi kat orang lain yg memerlukan dokter akan cuba sebaik mungkin menyelamatkan diri korang tu walaupun dokter tu tahu yg korang adalah sebagai penderma. Mudah cakap yg dokter tu tidak akan matikan diri korang sebab nak ambik organ korang tu dengan sengaja lah huhuhu.
Sudah lah pasal hospital sekarang pasal alam maya pulak.... korang mesti sentiasa dapat email spam kan. Bosan dan cukup menyampah aku bila dapat email yg macam tu.. sesakan aku punya inbox email je.. kalau sikit je takpa jugak ni huuuuuulamak punya lah berlambak. Oleh kerna aku dah bosan dan sampai tahap macam nak gigit je leptop aku ni bila buka email dengan rela hatinya aku mengdownloud lah satu sofware anti spam ni. Hasilnya cukup memberangsangkan hahahahaha hampeh je... tak guna punya sofware tak berlaku apa perubahan pun aku tetap menerima email spam yg banyak gitu cissss
Akaun youtube aku kena hack pulak entah sapa punya kerja ni hampeh betul. Untuk pergatahuan korang akaun youtube adalah akaun Google yg mana digunakan pakai untuk semua jenis laman yg bersangkut pahut dengan google termasuklah blog ini. Jadi aku sudah menukarkan kata laluan untuk keberapa kali entah hahaha banyak kali dah dan aku tak faham kenapa ada orang nak hack aku pelik je... macam lah aku ni salah seorang ahli politik atau orang penting negara. Apa yg korang berminat sangat nak hack aku ni??
P/S= sangat leceh bila kena tukar lagi dan lagi semua kata laluan aku untuk semua akaun laman maya yg aku ada
Tiada ulasan:
Catat Ulasan