Selasa, 5 April 2011

Warkah untuk ibu

Seperti korang sedia maklum pada hari lahir aku yg lepas hadiah yg teristimewa aku terima adalah dari ibu aku sendiri. Sebenarnya sudah lama ibu aku tidak sedarkan diri sebelum hari lahir aku lagi dan selepas hari lahir aku ibu aku kembali tidak sedarkan diri.


4.25pm 1hb 4 2011 hari jumaat, ibu aku sedarkan diri semula tetapi dalam keadaan yg agak lemah. Tidak lama dia sedarkan diri, sempat berborak dan berkata sesuatu pada aku dalam keadaan yg susah untuk menyebut setiap patah perkataan. Agak lama untuk menyudahkan satu ayat tetapi aku masih boleh bersembang seketika. Aku adalah orang yg terakhir yg bersembang dan mendengar rintihan ibu aku yg kesakitan sebelum dia kembali tidak sedarkan diri semula.



12.40am 2hb 4 2011 hari sabtu... ibu aku terlah pergi untuk selamanya. Menghembuskan nafas terakhir di Hospital Temerloh wad kenanga 12, semua nurse di wad ini dari dulu lagi memang aku tak suka dan orang lain pun turut sama seperti aku. Nanti aku ceritakan pada coretan yg lain pula.


3.00am 2hn 4 2011 jenazah ibu aku sampai di rumah abang aku di taman temerloh jaya. Sebelum waktu Zohor jenazah terlah disempurna dikebumikan di Kubur Kampung Tualang.


Ustazah yg memandikan dan mengkafankan jenazah ibu aku memberitahu aku bahawa sunguh mudah sekali menguruskan jenazah ibu aku ni. Syukur aku dan terima kasih pada semua teman sahabat aku yg bersusah payah dan bersunguh-sunguh membantu aku pada hari tersebut. Basri yg sponser roti dan abang dia bersama kaksu yg banyak membantu. Wan cawo yg mempermudahkan urusan kain dan sepupu aku menguruskan makanan. Ramai lagi yg tidak dapat aku tuliskan nama korang kat sini aku mengucapkan ribuan terima kasih pada korang semua yg membantu aku. Tidak kira dari urusan ditanah perkuburan mahupun dimasjid jasa korang akan aku kenang. Korang membantu seperti yg meningal itu ibu korang sama aku cukup terharu mendapat teman-teman seperti korang.
Tiada lagi kasih seorang ibu untuk aku selepas ini. Hanya menumpang kasih pada orang....


P/S= Sudah masanya aku meningalkan segalanya.....
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!