Ahad, 17 April 2011

Sinarilah Cahaya Mu

"Tidak boleh menilai seseorang hanya dengan MATA kerana ada sesuatu yang tidak boleh dilihat....."
Tak tahu kenapa sekarang bila orang jumpa dengan aku mesti bertanya '' rie cam ne?? Ok tak?" apa yg ok ape yg tak ok ni?? aku sendiri pun keliru hahaha dengan biasa lah aku jawab "Ok je". Kadang-kadang aku fikir juga apa sebenarnya yg ditanya oleh mereka ni. Keadaan aku kah?? perasaan aku kah? atau keadaan ekonomi negara?? hahaha entah aku malas nak ambik tahu. Tapi dari apa yg terlah berlaku mesti diaorang tanya pasal aku.
Wokey kat sini biar aku menjawab persoalan yg bermain di minda korang dan aku ni hukhuk. Sebenarnya aku ok je, yg pergi tetap pergi dan aku turut bersama korang akan pergi jua huhuhu. Aku bukan meratapi pemergian dia tetapi aku sedang mengalami krisis kehidupan huhuhu perjalanan hidup aku sendiri. Apa yg aku akan lakukan setelah terpaksa mengubah cara perjalanan hidup ini yg sekian lama aku turuti. Sekarang semasa aku tengah mencoretkan post ini aku telah mendapat cara atau jalan yg baru untuk aku melangkah sehinga sampai ke perhujung hidup aku. Aku rasa jalan ni yg terbaik hehehe seterlah sekian lama aku berfikir dan semasa aku tengah berfikir ni lah korang ingat aku tengah mengalami kemurungan hahaha sebenarnya aku tengah berfikir.
Semasa aku tengah membelek blog2 orang lain huhuhu aku terjumpa satu post yg mana ditujukan untuk aku je hehehe dan disini meh aku terangkan pada tuan punya blog tu hukhuk mesti dia terasa dengan post2 aku yg lepas... sebenarnya aku tak marah dan kawan2 aku tak marah pun pada anda dan tak perlu minta maaf bukan salah anda pun tapi bila anda ada buat cup cake yg comel tu lagi beri lah pada kami untuk merasa sama hakhak. Aku sempoi.. huhuhuhu


"Hidup manusia tidak berakhir saat dia mati, ia berakhir ketika dia kehilangan KEYAKINANNYA"


Yaaaahhh ini lah yg apa aku maksudkan dengan apa yg aku duk meraban kuasa gaban kat atas ni. Aku kehilangan keyakinan untuk seketika huhuhu tetapi kini sudah bangkit kembali dengan keyakinan yg penuh di dada buaaaahhhh (ada efek gunung merapi meletus) huuhahaha so far so good.
Blog aku lepas ini lebih sarat dengan lawak jenaka huhuhu jadi pada korang yg selalu duk tension2 tu leh lah lawat baca lawak2 yg aku akan post nanti. Kebanyakan lawak tidak lulus untuk masuk racangan Raja Lawak kat astro hahaha sebab ada unsur2 lucah dan ada lawak yg agak berat yg mana korang perlu berfikir dan tahu tentang pengatahuan am hakhak. Kemarin aku tengan layan filem 2012 (yaa aku tahu filem lama) dan tiba2 ruang udara kat atas rumah aku ni sibuk dengan kapal perjuang (jet perjuang tentera) lalu lalang hahaha tiba2 aku rasa lain macam je huhuhu bagi yg dah tengok cerita tu mesti tahu kan macam mana.
Sekian dulu coretan aku untuk kali ni... makin merapu dan meraban aku tulis sampai aku sendiri pun tak faham entah apa yg aku tulis ni hahaha.
P/S= sapa leh tolong aku tak?? cam ne nak besarkan teks kat paint (untuk edit gambar) hehehe aku dah lupe derrr
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!