PENYESALAN....
   "Aduh....sakitnyer...isk..... aduuh....Bang sakit nye tak tahan
   saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri. "Apelah awak
   nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-
   keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang
   tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu
   banyak dosa la tu" rungut Zakri pd Nisa. Nisa hanya diam
   dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 ½ jam Nisa dalam
   bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila
Zakri
  berkata begitu.
   Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri
   terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang
   dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian
   bergegas memanggil Doktor Johari...Doktor Johari (Doktor Peribadi)
  datang
   dan bergegas menyediakan keperluan
   menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan
air
  mata
   meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi
rungutan
  Zakri
   tadi.
   Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ..."Come on Nisa u can do
   it...one more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan
   Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah
keluar..."Good
   mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.
   Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua
dan
   keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and
  girl,
   putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah
Zakri,
   it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri
hanya
   mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya,
kembar
   pulak . Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana
keadaan
   kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial
dan
  Nur
   Dania. Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata
Zakri
   padanya sebentar tadi.
   Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi
Nisa
   tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan
   dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan
  Dania
   diletakkan dinursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat
   kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh
kembar
  Nisa.
   Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik
semasa
   Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada
sahaja
   yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja
tuduhan
  yang
   tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa
hadapi
   semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan
   pendirian Nisa. Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak
percaya
   Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan
Antenatal
   samada Nisa mengandung. Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia
tak
   boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung...Nisa dah 2
   bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak
tau
   nak cakap apa.
   Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila
   mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa
bangga
  Nisa
   dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat
hanyalah
   tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa.
   "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka
   berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal
Nisa
   pada Zakri ."Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak"
Zakri
   menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah
  Zakri
   lagi. "Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg
  bukan-bukan,
   Nisakan isteri Abang yang sah tak kan Nisa nak buat jahat ngan
orang
  lain
   pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki
awal,
  tak
   baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan
menghampiri
   sambil memeluk badan suaminya
   tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa
   hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu
sahaja.
   Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis.
Terasa
  dada
   Nisa sakit menahan semua tohmahan dari
   Zakri, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda tu bole terjadilah
Nisa,
  kawan
   baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak
ngan
   menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu
dulu
   kawan kau lama tu yang satu
   opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu"marah Zakri.
   "Entah-entah keturunan kau , darah daging kau pun tak senonoh
....heee
   teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada
Nisa.
   "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan
   perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya
  bukan
   jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama.
   Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya
bersyukur
  dan
   berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam
darah
   daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri.
   "Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak
penah
   tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya
kedunia"ucap
   Nisa sambil menangis.
   Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ketempat
   kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat
Zakri
   bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan
kerjanya
   mengikut shif. Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu
Zakri
   sehingga  pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat
membeli
   belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada
emak
  dan
   keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa
   terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh
  lagi.
   Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi
   kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa ditempat kerja terpaksalah
Nisa
   menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu
bersalin
   Nisa.
   Kalau diminta jemput...macam-macam kata kesat dilemparkan pada
Nisa,
   perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya
lah.
   Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat
sampai
   sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba
naik
  angin
   dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar diri
lah,
  tak
   layak
   jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada
  Nisa.
   Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut
   dimarahi pula...bila Nisa balik kerumah kami berdua akan berlakun
yang
   kami tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang
   masalah melanda perkahwinan kami. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang
  begitu
   Nisa masih mampu bertahan masih kuat lagi emosinya.
   Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan
   menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis
dan
   menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa
yang
   ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah
seminggu
  pergi
   kesana untuk menolong Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar
   bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak
   jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong
apa
  yang
   patut.
   Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa
kita
   kahwin mereka bekerja keras kan"kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika
itu
   sedang berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah
mula
   gelap, takut plak hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri
bangun
  dan
   mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh
tunggu
   ker, suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi lansung
   ker"marah Zakri. "Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi
   Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang saja"Nisa
   memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut
Nisa
  dan
   di hantukkannya kepala Nisa kedinding. Nisa tak dapat buat apa. YA
ALLAH
   sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula
   membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya."YA ALLAH kau kuatkan iman
aku
   YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA
ALLAH"doa
  Nisa
   dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan
menangis.
   Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah.
   Kebas masih lagi dan membengkak...berdenyut2..."Bang Nisa minta
maaf
  jika
   Nisa membuat Abang marah"Nisa memohon maaf pada Zakri sambil
  teresak-esak.
   Treet, Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie
   sebok je...." Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan
   kawan-kawan di salah sebuah café. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat
wad
tak
   gi jengok ke, apa punya laki ko nie?sindir Azlan, kawan pejabat
Zakri.
   "Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung,
   ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri.
   "Senangnya hidup Zakri nie tak
   ader risau langsung pasal bini dia"cetus hati Azlan. "Akulah kalau
   bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia
tau...mereka
   perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata
nak
   melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir
sikit"
   Azlan mengingatkan Zakri. "Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin,
  selamat
   dah,
   sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi"jawab Zakri
   selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau
jangan
   menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti"kata Azlan lagi.
   Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri
   speaking" jawab Zakri. "Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade
masalahlah
   Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak
  sedarkan
   diri........."panggilan kecemasan dari Doktor Johari "Iye ke, teruk
ke
  dia
   Johari , okay I datang"...tuttttttt. Zakri menamatkan perbualannya
  dengan
   Doktor Johari.
   "Lan. Kau ikut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan.
   "Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri. "Alah jom
ler
   cepat" desak Zakri.
   "Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan
otak
   yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk
kuat
  cause
   sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam.
   Mungkin kesan dah lama ? tanya Doktor Johari dengan serius dan
ingin
   penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri
   teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan
kepala
  Nisa
   kedinding sekuatnya...dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah
pun
   membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan
semenjak
   kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri
tidak
   pernah mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa mengada-ngada
..saja
   buat sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya.....Zakri hanya
   diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya
terasa
   menggigil...
   "Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala
  sewaktu
   Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat
   katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning
di
   kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia
sudah
   ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa
tidak
   mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah
   pergi dulu dengan tenang. Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau
  membaca
   diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak
dapat
   menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah
diari
  yang
   berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.
   Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa,
   setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang
berlaku
  pada
   Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata
keluhan,
   kesakitan & segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di diarinya.
Dan
   Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri
  terhadap
   Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini"terdetik hati Zakri
selepas
   membaca
   tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir
   lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah
   kering...membuat Zakri tertarik untuk membacanya...
   Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang...
   "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"
   Assalamualaikum. Abang, Ingat tak bunga Ros merah ni,
   Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang.
   Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang
   bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar
   menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang
   bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan... Itulah salah satu
   buktinya betapa sayangnya Nisa..
   Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa
   AYANG seperti kita baru kahwin...Abang panggil Nisa
   AYANG...terasa diri dimanja bila Abang panggil Nisa cam
   tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu
   seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG
   telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa?
   Benci kah Abang pada Nisa?
   Abang...mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang
   tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari
   ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan
   Abang.......Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi
   kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang
   Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan
   dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.
   Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik
   dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu
   apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan
   mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka.
   Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah
   mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada
   hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati
   Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang.
   Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun
   Nisa in cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang
   menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang
   dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan
   kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak
   kehidupan Nisa yang malang kerana menumpang kasih dari
   keluarga yang bukan dari darah daging Nisa...tapi Nisa
   bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya
   dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa
   memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa
   bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat
   membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan
   kembar kita dengan air susu Nisa.
   Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah
   daging abang...Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan
   minum Nisa selama setahun kita bersama.
   Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah
   pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala
   perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa.
   Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat
   juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang
   kembar kita. Comel anak kita bang...Dania mengikut raut
   muka Abang...sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial
   akan mengikut iras raut wajah Nisa...Ibunya...sejuk perut Nisa
   mengandungkan mereka.
   Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih
   sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada
   disisi Abang dan kembar kita.
   Wassalam. Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.
   Doakan Nisa.
   Ikhlas dari
   Nur Nisa
   "Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat
   kau, kau masih ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya
   tunduk membisu.
   YA ALLAH, Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari
   ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan
   antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya.
   Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN
   BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING
   SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA
   KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI
   NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.
   Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi
   seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi
   satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti
   terakam dalam kotak otaknya...setiap perbuatannya...seperti
   wayang jelas terpampang...kenapalah sampai begini
   jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa.
   Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan.
   Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu
   sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan
   redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.
   Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa
   tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir
   seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri. "Nisa Abang
   minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa
   sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-minpa
   dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka
   diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-
   olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan
   terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata
   Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri.
   Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan
   diberikan kepada neneknya.
   Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya
   termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu
   apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu
   mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu. Zakri
   tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi
   pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya.
   Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu
   orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya
   tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah
   tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan
   penyesalan ...YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya
   KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan
   aku YA ALLAH....akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa
   bermimpikan oleh Zakri, Nisa datang mencium tangan,
   mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus.
   Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar
   dimuka Nisa putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa,
   Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang
   suara kembar menangis. "YA ALLAH , Zakri, Zakri bangun
   Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat
   sini Zakri?"tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri
   lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka
   menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan
   mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik
   kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah,
   ayah akan menjagamu nak...kaulah penyambung zuriat,
   darah daging ayah... emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu
   hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa...








Tiada ulasan:
Catat Ulasan