M
Macam-macam ragam kehidupan aku seharian.... ade yg tanye aku macam mana leh ceria sokmo huhuhu. dan macam mana leh bersabar jek... ok mudah jek pertua paling best iaitu makan semut banyak2 hahahaha, kowang jangan wat lak ape yg aku maksudkan tu adalah mudah lupakan perkara yg menyakitkan hati. lupakan ape yg dah lepas tu....macam ape yg abg ni cakap kat aku... dia ni tokey kedai makan hari tu aku makan lah kat kedai dia bersama rakan sekerja aku (hari2 aku makan kat situ termasuklah kawan2 aku same) tak tahu kenapa hari tu ade lah sorang member aku tu belanje kitaorang makan, lepas abg tu kira dan member aku tu bayar aku pun bungkus lah air satu lagi (ni aku bayar sendiri), tiba2 abg tu tanye aku minum air ape takdi, rupanya abg tu tak kira air aku takdi, takpa lah aku bayar semula tapi abg tu cakap tak payah bayar lah, "yg dah lepas tu biarkan aje" aku tersenyum bila abg tu cakap gitu, bkn tersenyum sebab minum free tapi cara abg tu berfikir. aku berkeras jugak nak bayar tapi abg tu hanya ambik bayaran untuk air yg aku bungkus tu jek. ok bukan aku nak cerita pasal air tapi ape yg aku nak sampaikan ialah kowang mudahkan diri untuk melupakan sesuatu perkara yg kowang tak suka.
ok lagi satu sentiasa berfikiran positif, nasihat sikit untuk kawan aku yg sorang tu, tak tahu kenapa dia sentiasa berfikiran negetif, bila berfikiran macam tu buat apa2 pun sentiasa ada halangan jadi akan bertambah tension. betul ape yg aku cakap ni. untuk jadi ceria hendaklah berfikiran positif, jangan tanam sifat dendam dalam diri dan lupakan aje ape yg dah lepas tu.
sabar itu penting untuk menjadi seorang yg penyabar same jek cara macam mana nak jadi ceria. aku pun sebenarnya kadang2 tension gak tapi tak berpanjangan, aku pun macam kowang jugak manusia yg lemah dan bukan sempurna di atas muka bumi ini. yg buruk kita jadikan pengajaran dan yg baik kita jadikan tauladan. sekian.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan