Awak mengetahui yang awak merindui seseorang apabila jantung awak berdegup 
>pantas ketika teringatkan dia. Walaupun sekadar hai!daripada dia pun sudah 
>mencukupi sebagai penenang. Awak mungkin menaruh hati padanya, cuma awak 
>tidak mahu menerimanya sebagai kenyataan. 
> 
>Jangan terlalu baik, saya akan merindui awak. Jangan terlalu mengambil 
>berat, saya mungkin menyukai awak. Jangan jadi terlalu sweet, saya mungkin 
>jatuh hati kepada awak. Seseorang yang membuatkan awak jatuh hati padanya 
>sebenarnya menyayangi awak lebih daripada awak menyayangi dia. 
> 
>Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada 
>hidup kamu, tetapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan 
>terlalu sedih...terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurannya dia pernah 
>membahagiakan kamu. Masa akan menentukan segala-galanya. Jika dia 
>ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali. Kembali pada kamu. 
> 
>Penyesalan terbesar dalam hidup ialah apabila risiko yang tidak kita ambil. 
>Jika anda merasakan sesuatu itu tidak akan membuatkan anda bahagia, maka 
>teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin 
>tiada peluang kedua. Bererti masa tidak menunggu kita. Jika anda merasakan 
>anda telah bertemu dengan orang yang sesuai, maka hargailah dia, jangan 
>biarkan is berlalu begitu sahaja. Jangan tertangguh kerana takut kelak jika 
>dibiarkan berlalu maka anda akan menyesal sebgitu sahaja. 
> 
>Tiada sesiapa pun yang simpati kepada orang yang sengaja membiarkan peluang 
>pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau 
>mempertahankan. Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir atau 
>menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita. 
> 
>Terdapat bintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah 
>sehingga dapat menarik perhatian anda. Dari kalangan yang anda pilih untuk 
>diabaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau di mana 
>anda berada. Ini bermakna orang yang bersama anda ketika ini mungkin 
>bukanlah orang yang benar-benar anda sayangi dan pada masa yang lain ada 
>orang yang tahu dia tidak bersama kamu ketika ini tetapi masih menyayangi 
>kamu sepenuh hatinya. 
> 
>Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda akan kecewa 
>daripada tidak mahu mencintai kerana takut risiko atau cabaran yang bakal 
>mendatang. Jangan putus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. 
>Adalah lebih baik untuk anda mencubanya, anda mungkin akan kehilangan orang 
>yang anda sayangi selamanya. 
> 
>Jangan takut untuk meluahkan isi hati anda kepda orang yang anda sayangi dan 
>cintai. Beritahu mereka dan biarkan mereka buat keputusan di pihak mereka. 
>Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah memberitahu kepada 
>orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya mereka kepada anda. 
>Anda akan rasa lebih yakin dan puas. Malah, anda juga kan rasa bangga 
>terhadap diri anda kerana telah menunaikan tanggungjawab anda terhadap 
>perasaan dan hati anda. Jangan sesekali mengkhianati hati anda kerana 
>akibatnya hanya anda yang sengsara, bukan orang lain. 
> 
>Salah satu cabaran yang paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang 
>tahu segala kelemahan dan kekurangan diri anda, tetapi dia masih sanggup 
>menyayangi anda dengan sepenuh hatinya. Cinta itu adalah berasakan tolak 
>ansur dan pengorbanan. Jika dia tahu kelemahan dan kekurangan anda dan masih 
>sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka anda adalah orang yang 
>paling bertuah kerana ada seseorang yang mencintai anda seadanya anda. 
>Mencintai dan dicintai perlukan keberanian. Keberanian untuk terus 
>mengekalkan rasa cintai itu. Seterusnya diikuti dengan perasaan keikhlasan 
>untuk menerima orang yang kita cintai seada mereka walaupun dari hari ke 
>sehari manusia sentiasa berubah.








Tiada ulasan:
Catat Ulasan