Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu disebuah perkampungan 
di pinggir Bandar. Ia memandu  agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang 
berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu perlahan-lahan 
ia sedang memerhatikan seorang anakkecil dicelah-celah kereta yang diletakkan 
ditepi jalan , ia memperlahankan keretanya untuk melihat  sesuatu yang difikirkannya.  
Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi  kawasan tersebut ; anak kecil tidak 
kelihatan tetapi  seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah kanan kereta 
Waja tersebut.  Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat  hatinya dan berundur 
ke tempat dimana Anak kecil tadi  berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus  
meluru ke arah Anak kecil , menarik tangan anak kecil  dan menghempasnya ke kereta yang 
terletak ditepi jalan  dan terus memarahi Anak kecil tadi :  " Apa ni ? Siapa awak ? dan 
apa ke jadahnya awak  berada disini ? Itu kereta baru , mahal dan susah nak  baiki ? Awak 
tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ? jerit Executive tersebut. Anak kecil itu tunduk 
sedih , sayu dan memohon maaf ;  " Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut  
saya buat , ia merayu . Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti disini 
apabila saya panggil"
Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ. "Itu 
abang saya , ia jatuh dari kerusi roda dari tebing disebelah dan tak ada orang yang dapat 
mengangkatnya kembali. Boleh tak Pakcik menolong saya , ia cedera dan ia terlalu berat 
untuk saya. Dengan rasa terharu,Executive muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut 
dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda.  Terima kasih , 
pakcik, Saya doakan pakcik selamat  dunia dan akhirat. Tak dapat digambarkan dengan 
perkataan , Executive muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut  menyorong 
abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh 
mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya. Executive muda tersebut berjalan perlahan 
ke arah  kereta , WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia 
mengigatkannya bahawa kita tidak  perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan  
seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian . 
PengajaranAllah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah,  bersuka-ria tanpa 
kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa 
 kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya.  Janganlah kita sombong dengan 
kelebihan yang sementara.








Tiada ulasan:
Catat Ulasan